ads

Friday, 31 July 2015

Addoi

"Try this, smells like grave." Said the perfume seller.

Graveee?

"Yes grave. You love grave?"

What he really meant is GUAVA. 
HAHAHA!

Perfume bau kubur. Apaaa ni Ammu buat lawak ni.
Pakai perfume nampak kubur, dekat sikit kepada mati ye tak?
koh koh.



Thursday, 25 June 2015

Of sista

"Nak apa? Nak belanja."


"Baju kurung."
Jawab saya dua patah. 





Wednesday, 24 June 2015

cermin pecah.

Last week i left my beloved watch at the mosque. When i noticed i lost it, immediately i ran back, but unfortunately it was closed.
The day after that i went to take it back, but the mosque keeper said she took my watch home because she afraid others would steal it. So i said okay, i’ll come back tomorrow. It was originally my fault because i didnt double check my stuff before leaving the mosque.

Summer and ramadhan. How exhausting it could be for me to go back and forth just to take my watch.
So the next day i went to the mosque, the moment i ask about it, halfly angry she said “why you came so late? I already took it home. Why you didnt tell me first you wanna come at this time?” I was like 😭. Why arabs whyyy. I walked soo jauh like this soo panas out there and you said like that? I was so sad and dissapointed but i couldnt express it to her. I just nodded my head and promised to her i will come again tomorrow at dhuhr. I was so exhausted. I cant hold my tears as i walked down the stairs. It just rolled down fast. Sampai kena lap dengan tisu nasib baik tak basah tudung ni. Ish bikin malu saja. I was like “ahh beli baru je lah. Apa susah. Tak payah nak jumpa mak cik tu lagi dah. ”
“Tapi sayang..” Jawab hati perlahan.

Okay. Yesterday i took it from her. At last. But know what? The glass on my watch is BROKEN. Arghhhh. Useless.
I calmed myself down ‘asha, you’re fasting now so please dont get angry’. So i smiled and said my thank you to her.

My watch is broken so my heart.
Sobs

Friday, 19 June 2015

pinjaman sementara.

Jumaat, 2 ramadhan 1436.
Hari mulia, bulan mulia.
Mak achik kembali menemui Penciptanya yang paling dirindui awal subuh pagi tadi waktu Malaysia.

Saya seakan tak percaya.
Semudah itu.
Arwah mak tak sakit apa-apa. Sabtu masuk emergency, stroke membawa kepada pendarahan dalam kepala, dx as intracranial hemorrhage. Atas faktor usia doktor menasihatkan tak buat craniotomy, komplikasinya lebih teruk mungkin. Keadaan mak stabil, doktor nasihat bawa pulang ke rumah. Dekat dengan anak-anak, hilang sedikit stress mak. Mak sedar cuma tak responsive. Seminggu lepas tu mak pergi untuk selamanya.

اللم اغفرلها وارحمها
al-Fatihah.



"Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata : "sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu orang dilimpahi dengan pujian daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk." - surah al-Baqarah 155-157

Sabda Nabi s.a.w :
ما من شيء يصيب المؤمن حتى الشوكة تصيبه الا كتب الله له بها حسنة او حطت عنه بها خطئية
"Tiada apa pun yang menimpa seseorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)." riwayat muslim






Wednesday, 17 June 2015

Esok puasa.

Tengah hari tu kami jalan balik rumah dari revision untuk osce general surgery.
Exam endround sabtu ni dah. 
"Laparnya sha."
"Achik nak makan apaa?" Saya ni jenis tak boleh tengok orang lapar. Cepat kesian. Haha. Walaupun saya jenis tak makan sangat. 

"Macam best je kalau ada nasik lemak. Haha!" Achik balas dengan muka beriya-iya. Sebelum tu kitorang dah tour satu Maarad ni. Cari kedai makan tapi semua kedai makan ustaz indon tutup. Awal sangat lagi kot. 

"Aah. Best kan nasik lemak. Dah la feveret achik nasik lemak. Tapi rumah kita tu ada lagi ke ikan bilis? Macam dah habis je. " Pernah achik cerita dia makan 3 bungkus nasik lemak masa balik malaysia tahun lepas. Dah la time dinner. Bantai 3 bungkus terus. Gelak kami satu rumah masa dia cerita. 

Sampai rumah. 
"Achik nak makan nasik lemak ke? Meh asha buatkan."
"Uuu. Asha nak masak eh? Okay meh achik tolong."
"Tak payah. Achik tidur lah. Nanti nak gi kelas petang ni lagi. Tidur dulu. Penat kang. Nanti siap asha kejut. Sekejap je pun ni."

Saya terus ke dapur. Jumpa jugak ikan bilis yang disangka habis tadi. Ada lagi sikittt sekali makan je neh. 

Siap semua saya pun tidur. 
Tapi tidur petang tu dikejutkan dengan tangisan Achik dari bilik sebelah. Kuatnyaaa. Sampai sini boleh dengar padahal pintu tutup. Achik kenapa? Jenguk ke luar bilik. Semua pintu bilik housemate lain tertutup rapat. Hallway pun gelap je neh pacita. Masing-masih tidur agaknya.  Pintu bilik Achik saya ketuk. 

"Achikkk. Kenapa? Okay tak?"

"Jap." Tangisan tak berhenti lagi.  
Tengah cakap fon dengan Abang rupanya. Saya bingung dah. Saya  gosok bahu Achik. Achik ni kalau menangis gaya gini memang teruk betul lah sebab dia. Saya tunggu dia habiskan panggilan. 
"Sha. Mak achik. Mak achik masuk emergency. Stroke. Baru tadi achik call abah." Makin kuat tangisannya. Saya pun termenangis sama. Ya Allah. Sedih gila time tu. Saya pernah jumpa mak achik sekali je dulu. 2-3 tahun lepas. Tenang sangat raut wajah mak achik. Suka tengok. Disebabkan jauh beribu batu macam ni, macam-macam benda bermain dalam kepala. Saya peluk achik erat. Kami sama diam. 

"Sha. Macam mana ni? Achik takut." Esakannya belum mati di situ. 
"Takpa chik. Kita doa inshaa Allah takda apa-apa. Mild je kan? Kalau tak mesti abah call achik terus kan? Takpa chik. Kita doa. Nanti asha bagitahu diorang kita buat solat hajat sesama. Takda apa inshaa Allah chik." Saya pun kelu tak tahu nak cakap apa. Lama kami diam. 

"Achik dah makan nasik lemak?"
"Dahhh. Terima kasih asha." Dia senyum. 
"Okay je chik no hal lah. Sekejap je pun tak sampai sejam pun masak." 

Lega betul rasa. Achik sempat makan sebelum benda ni jadi. Kalau tak mesti takda selera dah nak makan. Telan nasik pun rasa pasir agaknya. 

"Achik, asha nk pergi kelas dah ni. Achik okay tak? Ke nak suruh asha panggil Alang?"
"Takpa2. Asha pergi lah bersiap. Achik okay je."

Masa dekat kelas saya dapat whatsapp dari Mai (housemate) yang dia akan teman achik balik malaysia esok. Esok. I didnt expect this. Achik cuma cakap tadi yang dia nak perawalkan tiket bukan nak balik esok. Saya agak keadaan mak makin teruk ni. 

Sebelum pergi airport, kami makan tengah hari sama-sama. Achik dah okay sikit daripada semalam. Dah boleh gelak. 
"Sha. Achik ingat achik boleh minta mak suapkan achik masa achik balik nanti. Seperti selalu kalau balik. Achik ingat mak akan suap achik. Tapi kali ni achik yang kena suapkan mak." Berderai air mata kami. Air mata achik toksah cerita lah. 

Hari ni masuk hari kedua diorang balik malaysia. Rumah ni sunyi terus. Hari pertama tanpa diorang, menitik juga lah air mata saya. Rindu. Padahal baru sehari diorang balik. 

Esok dah 1 ramadhan. Ramadhan kali ni macam sangat sunyi. Sabtu nanti saya exam osce general surgery. Ya Allah. Tak tahu nak hadap macam mana. 

Mak, semoga cepat sihat. Achik, semoga tabah. 

Nasihat saya untuk diri saya sendiri terutamanya, telefon lah ibubapa kita selalu. Dengar suara mereka bercerita. Minta nasihat daripada mereka. Mungkin itu adalah kali terakhir kita boleh dengar suara mereka. Nikmat yang kita selalu lupa untuk bersyukur. Nikmat yang kita remehkan walau kita tahu nikmat mendengar suara ibubapa tu Allah boleh tarik bila-bila masa saja. 

"Ampunilah dosa kami ya Allah dan ampuni dosa kedua ibubapa kami.
Kurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka. Kasihanilah dan rahmatilah mereka ya Allah." 



ramadhan kareem semua.
:'(