ads

Showing posts with label aset. Show all posts
Showing posts with label aset. Show all posts

Tuesday, 2 July 2013

karma.


2003

buku sains upsr 4.5.6 tu dia tatap lama.
saya tanya,
"ada tak buku macam ni? senang sebab dia combine semua chapter darjah 4 sampai 6."

dia jawab tak ada.

balik rumah.
"mi, ada tak buku gini lebih kat sekolah umi?"
umi saya cikgu secondary school, mana nak cari buku rujukan darjah 6 macam tu.

"kawan asha mi. sedih tengok dia. revise pakai buku teks je. umi try tnya orang cina jual buku kat sekolah, kot2 dia ada."
"nanti umi try tanya." kata umi lagi.

esok esoknya umi bawak balik buku. yahuuu!
untung jadi anak cikgu, senang dapat buku.

saya pun pass kat budak tu.




2012

dia tanya, ada tak buku Kumar Basic Pathology.
saya jawab yang kumar punya tak ada lagi.

dia cakap dia ada lebih. boleh lah kalau nak sebab tak tahu nak pass kat sapa.



weee rezeki jangan ditolak.
menarimenari



cuti summer raya ke-berapa-entah-lupa-dah. dia datang hantar buku.
datang dengan adik dia.

"ni sapa? adik ka?"
muka sama kot. photostat dna ni barangkali.

"ahah. tolong bawakkan motor ni. saya tak reti bawak motor."

pelik.
lelaki tak reti bawak motor.

nak kata nya karma. bukan kurma.
its not like you've done something today and the karma will hit you the day after.
maybe take months? years? haa kan siapa tahu.

banyak kali dia tanya, pernah bagi buku tak kat dia. saya jawab tak kot. awak salah orang ni. bersungguh-sungguh cakap tak.
saya pun tak teringat lansung saya ada bagi buku kat seseorang. sebab benda tu dah lama.
serius tak ingat. banyak makan semut ke apa.
i was like, "apa kena dengan dia. orang cakap tadak, tadak la."

sehinggalah beberapa hari lepas tertengok buku upsr sapa entah.
patut lahhhh!!!
arghhh macam mana haku boleh tak teringat langsung. hakuna matataaaa betul.

bagi buku kurang 300 muka surat, lepas 9 tahun dapat balik buku 900 muka surat.
haaa untung tak i buat bisness?
skim lambat kaya ni. haha



#hey i know you read this, thankss.
maaf baru teringat pernah bagi buku dulu.
:)


Monday, 18 March 2013

soul sister.

dedikasi pendek sempena hari kelahiranmu yang ke 25. *apake skemanya bahasa.

once upon a time.....last july.

dalam kereta, traffic light depan KBmall.

"sha, tengok la gambar Ahh ni. muka macam zirafah."

"ahah. betul jugak. sebijik macam zirafah." ketawa pecah lepas tengok gambar pasport yang ada kat tangan dia.

"muka zirafah gini boleh ke tampal kat borang kahwin? lulus tak?" saya provok.

-muka dia dah cuak.

"ini semua salah fotografer indon kat kedai tu lah. alaaaahh. dia suruh Ahh buat macam ni."

"buat apa salahkan indon kalau muka zirafah sejak azali lagi. haha." saya tambah. :D

zirafah sekalipun dia, dia tetap kakak saya. ehem.


#Ahh, selamat hari jadi sekali lagi. pendek2 sudah, yang panjang asha dah post kat fb. hihi
hari jadi Abah pun asha tak buat entry hokay. sila bangga sekarang.

till then, bai. :o)



Monday, 10 September 2012

welcoming the new clan.


barakallah!
alhamdulillah.
5 syawal 1433.
as we welcoming the two new heroes of Abah.
Fauzi dan Fadhli
apa kes nama sejenis? tak ada variasi biologi sungguh.
welcome to the clan of kami adik beradik yang tak berapa nak senonoh dan huru-hara ni.
haha.  tapi kalau duduk separate plus ada tetamu kami semua jadi sopan.
adapt to it please dear bro.
teknologi berubah pantas, tapi perangai kami adik beradik berubah agak slow begitu.

oke, sekarang boleh lah pergi tebas rumput lalang belakang rumah Abah.
lepas tu cuci kebun kasi licin.
cepat! move move!
*orientasi freshies. kejam2. :)

_________________________________________________________________________________


old clan.
hujung kiri- kak Long. melayu panggil kakak iparku sayang.

pak aji : peace yo.
"eh, kita bukan lembu lah."
ingat? tak ingat?
minum susu Anmum bnyk2 supaya berhubung semua neuron, DHA dan gangliosida.
sini.
ingat dah? haaaa good girl!





Tuesday, 21 August 2012

us!

this is us!

http://amalinasazlan.blogspot.com/2012/08/rock-kapak.html


haha. :D
kami dua beranak memang suka layan rock kapak masa final.
'masuk air'.
sekadar mencari ruang melepas tension.



dari meja belajar, pandang kiri mata jatuh kat sini.

pandang atas.


pandang depan.



zaman final exam, may-june-july.
cukup lah sekali. penat oh.


_________________________________________________________________________________


call Umi, Umi cerita 2 kakak saya sedang berinai untuk walimah mereka khamis ni.

*gasping for air

ewah ewah ewah.
(:

hati bahagia utk mereka, walau dari jauh.



Monday, 23 July 2012

pak aji.

conversation time makan nasi goreng antara Umi dgn pak aji :

"sedapnya cik long masak!"
"sedap pak aji?"
"sedap. mak masak tak sedap, cik long masak sedap. cik long pandai masak."
"tu kan mak beli lauk?"
"mak tak pandai masak. mak tak beli lauk pun, datang sini baru nak beli lauk."
"haha. ooh. kalau macam tu, duduk la kat rumah ni, cik long bela pak aji, nak?"
"ehh. kite bukan lembu la."


sempat jugak dia tangkap perkataan 'bela' tu.
cess pak aji. sepak nak? :D

"pak aji, tok soh la kecek luar. dh duduk kelantan ni."
"tak boleh. kite kena cakak luar. haha."

sudu nasi goreng disua ke mulut. lagi dan lagi.

pak aji (faizi) baju melayu biru.






mereka antara yang AKAN saya rindu kalau tak beraya di Malaysia.



Saturday, 7 July 2012

hero malaya.

tiada sehari yg berlalu tanpa ku mengingati mu.
oh abah. cewaaah.



#the serious side :




"abah! buat apa tu..."
"ni abah baca buku. lambat lagi flight pergi kk. check in awal sgt tadi."
"ooooo. boring nyaa."
"asha, dengar ni abah nak baca."
"ok."
"tapi abah baca yg translate. cepat sikit."
"ok2. abah baca lah."
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) : "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu."
"ooooo. faham."
"asha faham betul ke?"
"err. sikit2 la. dia kata kita kena istiqamah?"
"iya. bla bla bal bla bla bla"
dan abah pun memulakan lecture nya sampai dekat 10 minit. :)

abah cikgu ekonomi, merangkap cikgu disiplin. garang ohh.
tapi kat rumah abah jadi pak ustaz.
dalam kereta dari sekolah nak balik rumah pun dia buat ceramah. siap ada ucapan pembuka majlis lagi.
tu bab dalam kereta. kalau kat rumah? toksah ceghita lah!


#the other side :



pengutip daun teh yg berjaya.


"sha nanti balik ni, tak balik rumah terus."
"hah? kenapa? kenapa tak boleh balik?"
"tak boleh."
"alaa abah. kenapa?"
"sebelum balik,  kita kena pergi makan makan satay dulu."
"hahah. ingat apa la tadi. mesti! sedap tuu."
"sedap. fuyoyoyoyoo"
"hahaha. abah, asha lama dah tak dengar abah sebut 'fuyoyoyoyoo'. rindu lah!"
"hoooo. kalau rindu, cepat la balik."

ada banyak lagi the-other-side of him. cukup yang ni dulu.
kang tak pasal2 abah jeling suruh delete post.
abah malu2 letttew. :")




*agak2 dah habis exam ni, boleh layan lagu 'Rahimah Rahim : selamat hari raya' doploh empat jam tak?
boleh la boleh la..



Wednesday, 13 June 2012

sedikit harapan.

dalam kesedihan tak boleh jawab patho,
dalam kesedikit-kegembiraan jawab parasitology,
tiba-tiba....


"asha dah beli tiket? bila? asha ambik la tiket cepat." Umi



umi......
[mata tiba2 masuk habuk]


senyum sampai lenguh pipi dan segala isi hati.
insyaAllah. mudah-mudahan ya umi.


i wanna go home.

 because i miss you. and i want to be there.



ada 2 kertas sahaja lagi.
pharmacology dan microbiology.
insyaAllah.
doakan kami. boleh? terima kasih banyak. (:




#belog ni sekejap public, sekejap private. tadak kheja sungguh.

Friday, 23 December 2011

berita gembira berduet.

i got 2 good news here.


dedicated for the birthday boy :
i love the way he smiled. muka suci.


satu :  21/12/11
happy 15th birthday! 
semoga Ame menjadi anak yang soleh, penyejuk mata Abah dan Umi.
ingat, redha Allah pada redha mereka.
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah swt.


dua :  22/12/11
TAHNIAH untuk keputusan PMR!!
7A's and 2B'S.
apalah sangat 2B'S tu. jangan risau lah.
Allah dah susun yang terbaik, insya Allah.
belajar rajin-rajin ye tahun depan.

oh satu lagi.
tak kisah lah masuk sekolah mana-mana pun.
sekolah planet marikh sekalipun, kalau tak reti 'bentang sejadah' tak guna jugak kan?
jom kita sama-sama mumtaz dunia dan akhirat.


"the most beautiful thing in this world is to see your parent smiling and knowing that you are the reason behind that smile."-quoted



You had made Abah and Umi proud of you. alhamdulillah.
and one thing for sure, i definitely happy for your excellence. keep it up!






*salam sayang banyak-banyak dari belakang piramid.
*asha balik ni, jangan lupa belanja. ini adalah kewajipan ke atas kamu. hahah


Monday, 5 September 2011

al-kisah abang tan.

2007.








2008.







2009.




2010.



2011.





everybody's changing, so do him. sudah hensem sekarang ni. hahak.

abang tan ni dah balik ke asrama sabtu lepas, askar wataniah kat rumah sudah kurang satu. rindu la nak buat ice blended dengan abang tan! :(