ads

Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

chapter 2, page 8

out of 10 prof yang mengajar kitorang O&G ni kan, only seorang yang puji pencapaian student malaysia batch final year tahun lepas.
mostly doctor masuk kelas akan merungut kenapa batch tahun lepas punya paper teruk sangat. meaning tahun lepas satu lagi lebih excellent banding tahun lepas punya. kitorang pun hilang akal dah nak differential diagnose cemana boleh jadi macam tu.

lulus med school tak bawa makna apa-apa kalau knowledge takda.
luus med school tak bawa makna apa-apa kalau awak tak boleh nak treat patient dengan baik.
gitu lah lebih kurang ayat doktor. we were like, frozen. banggg! tepat bullet tembus kepala.

down sekejap sebab muka doktor semua macam disappointed sangat nyaaa lah.
kitorang yang dengar ni pun laaagi lah disappointed. hampir 6 tahun belajar rasa macam tak tahu apa-apa. Allahu.

its time to make the difference.







Wednesday, 23 July 2014

of respiratory.

minggu ni minggu chesto punya round.
kiranya esok end of round exam.
start hari sabtu lepas, rabu cuti dan khamis exam.

menariknya round chest sebab belajar 4 hari sahaja.
kehkeh.
lagi disaster daripada round cardio hari tu.
tapi tak berapa disaster sangat sebab senang telan, tak berat. hihi.

paling terkesan sekali sepanjang round chest ni bilamana Dr. Ragia (assistant prof) cakap pasal kebergantungan mereka terhadap history dan examination pada patient untuk dapatkan almost 95% of diagnosis tanpa perlu buat investigation yang complicated. katanya nak minta patient run investigation is quite hard sebab mahal dan patient kat sini kebanyakannya low socio-economic, mereka memang tak afford nak bayar.

jadi, setiap doctor akan sedaya upaya mengurangkan kos rawatan mula dari investigation sampai patient discharge dan menggunakan semaksimum kepakaran dan kebijaksanaan mereka untuk setel kes. sebab tu kot doctor-doctor zaman dulu semua bijak-bijak. tak bergantung kepada machines and technology. saya sangat respek kat doktor mesir sebab diorang sangat pakar dalam diagnosis walau tanpa advanced technology. berbanding dengan doktor barat eropah yang mungkn banyak bergantung kepada technology yang sedikit sebanyak menghadkan keupayaan mereka kalau tetiba kena masuk kawasan pedalaman kee masuk kawasan baru lepas bencana alam kee. kan? tak ke macam tu?

plus, doctor is to treat human, not just to fulfill the report card and simply discharging them. kita perlu lebih empathy semasa deal dengan patient, kena consider semua minute little things yang related to patient. untuk patient yang sakit kronik with poor background, try to cut down any possible waste of money during the whole treatment. paling kurang cuba letak diri kita pada tempat patient. if it is hard for you, then it is far more hard for them

teringat awal tahun hari tu pernah terserempak dengan seorang pak cik 50an kat kedai jahit, kepala berbalut penuh darah membuak-buak keluar. pak cik tu kata ada bata besar jatuh atas kepala masa dia tengah buat kerja kat site. saya bagitahu pak cik tu suruh pergi hospital rather than balut kepala je macam tu. kepala kot, bukan boleh buat main kalau berdarah gitu. dia kata dia tak ada duit, kalau pergi hospital kena banyak keluar duit bayar itu bayar ini. saya jadi terdiam seribu bahasa. sedih kesian semua ada. kenapa dunia ni kejam sangatttt.



do more. shall we?



apabenda aku mengarut sebegini panjang kalah karangan spm ni......
esok exam! adios amigos. ;)




Thursday, 17 July 2014

of cardiology.

khamis 17.7
habis satu minggu paling hektik sepanjang tahun lima ni.
heart feels so heavy.
phewww.


no. not yet.

3 minggu belajar dermatology tapi cardiology hanya 5 hari.
i cannnot brain apa rasionalnya department susun jadual macam tu.
benda senang belajar lama sampai ulang 4-5 kali tapi benda rumit payah macam cardio ni terkejar-kejar belajar 5 hari sahaja? sampai kadang-kadang doktor tunjuk slides pun laju tahap ferrari dan banyak slides yang doktor suruh baca sendiri.

here goes perbandingan round dermatology dan round cardiology.

satu,
derma paling awal habis kelas around 12pm tapi cardio paling awal is like at 3pm baru boleh gerak balik. tu pun kalau tak kena ambik kes, kalau ambik kes dekat meghrib baru nampak rumah.

dua,
kes derma is sooo simple sekali tengok je boleh diagnos tanpa perlu ambik history berjela-jela, unlike cardio like aaarrggghhhh why so susah and why sooo panjang history dan examinationnya.

tiga,
buku teks derma is so nipis with tulisan besar bergambar segala. while cardio is so tebal tulisan besar sikitttt je daripada anak semut and tak ada gambar langsung.

empat,
end of round exam derma sangat senang, 10 soalan MCQ dengan 5 spots diagnosis. cardio pulak got 10 MCQ, 1 ECG reading, OSCE, VIVA, cardio sheet and assignmenttt.

lima,
lecture derma sangatlah sekejap, ulang-ulang-ulang tajuk yang sama tapi tak masuk pun exam end of round baru ni. lain cerita dengan cardio. lecture dia panjang berkajang-kajang, ada certain tajuk yang doktor suruh kitorang baca sendiri sebab tak cukup masa tapi penting dan masuk exam.

zzzzzz.
dah habis exam ni boleh lah bragging dengan jayanya pasal tak puas hati segala benda. haha!
harapnya tabiat bragging ni berhenti setakat ini sahaja. minggu depan start round chest, semoga sinar harapan akan subur kembali. fuh.





Saturday, 12 July 2014

of dermatology

dah habis round derma.
yeayy berguling guling guling guling guling.


the good thing about dermatology's round is all the specialists here are beautiful.
haha

serius.




Friday, 20 June 2014

of brain-ology.

makanan ruji zombi.

otak,
setiap emosi perasaan, setiap langkah pergerakan, setiap fight or fright, setiap kawalan badan, setiap cita mimpi dan angan-angan, setiap segalanya beredar dalam tu.
menarik tak? haaa cakap menarik cepat. cakappp la. hehe

Alhamdulillah.
rabu lepas dah selamat habis end of round exam untuk neuropsychiatry.
semua neurology campur part of  psychiatry.
cabang-cabang je yang kami belajar. common cases, mula daripada macam mana nak ambik sheet, diagnosis approach sampailah present case to the class. gitu je.
sebelum present case kat depan kelas, kami 4 orang akan ambil history daripada patient kat bilik khusus, bertemankan seorang resident, kadang-kadang 2 resident yang teman. kot-kot la patient mengamuk nak ngapp orang ke apa ke kan.

lepas tu bawak patient masuk ke kelas, present kes dengan doktor dan seantero kelas.
sapa yang kena present kes masa ni memang beruntung sebab kalau ada any tiny-little mistake dalam pembentangan kes, doktor akan tegur directly, so kalau yang salah tu memang akan ingat melekat dalam kepala terus.

setakat ni, round psychiatry paling best. hakhak
selalu saya akan bercerita detail pasal kes kat Abah dan Umi. mereka pendengar paling setia ecececey.
oh ya. kadang-kadang Abah lebih minat nak dengar cerita patient lagi daripada cerita keadaan kat Mesir.
kadang-kadang jugak kalau saya terlupa nak bercerita, Abah yang lebih dahulu bertanya. wahhh gituu.

subjek neuro pulak agak kompleks bersimpang-siur.
kes-kes yang kami terima pun agak rumit. rumit for me la.
serius. tapi menarik dia sama macam psychiatry.
Abah selalu pesan suruh belajar betul-betul and sambung specialty neuro.
cemana Abah tahu saya minat neuro niiiii.
hmmm tak tahu lagi Abah. masih jauh masa depan, sekejap mendung sekejap cerah sekejap bersalji sekejap ada meteor sekejap hujan sekejap hujan ikan pun adaaa.

pernah dengar hujan ikan? sedap kot kalau hujan ikan. boleh makan ikan hari-hari.
boring dah kat Mesir payah nak dapat ikan. heh
ohhh hujan ikann turunlah kat Mesir niiiii pleaseeee.

okay takda kena mengena hujan ikan dengan neuro.
bye.


 


Monday, 3 March 2014

of obstetrics.


hey baby hey.
doktor perempuan tudung biru tu tengah mengajar dengan garangnya waa takut.
dia hanya assist. watak utama is doktor lelaki belah kanan.
doktor lelaki tu doktor baru lagi. intern kot. tapi first attempt succeed.



once delivered, doktor pediatrics akan take over the baby immediately.
untuk resuscitation and what not.



Hari tu pergi labour room,
tengok cs.
sorok-sorok fon tangkap gambar.

select gambar yang paling tak mengaibkan patient.
hantar kat wasep Abah right away.

Abah reply,
asha ni duduk mesir ke afrika?
awat sedih sangat alat-alat dia.

*okay izinkan anakmu yang naif ini bantai gelak dulu barang sebakul dua

Abah, mesir tu bukan ke kat utara afrika?
lebih kurang lah tuu mesir dengan afrika. eh
hospital gomen memang macam tuuu.
everything is percuma.
hospital admin tadak ongkos gamaknya nak update facilities.
tu belum send gambar surroundings dia lagi.
mau menangis Abah tengok betapa tabahnya anak perempuan dia hidup di mesir. Kuang3

duduk mesir ni bagus.
jalan je setapak, tengok keadaan manusia di sekeliling terus mengucap syukur dalam hati.
nak complain itu tak kena, ini tak kena pun rasa malu. telankan saja dan bersyukur.


“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”





Wednesday, 6 November 2013

#of pediatric 1



mong mong!
bagi umpan buku. digigitnya buku tu penuh air liur campur roti.


berpagi-pagian pergi mengambik kes dengan semangatnya.
730 pagi lagi dah turun meredah kesejukan musim sejuk. tangan dah tremors kalah pak cik Alzheimer. haha *letak hyperbola sikit kasi feeeel

bukan rounds saya sebenarnya untuk ambik kes paeds ni. saja menyemak nak tengok macam mana diorang ambik kes.
ayat pertama terpacul kat mulut Cah (batchmate) is "mak cik, kami tak reti sangat nak berbahasa arab."
hahahaha gelak dalam hati bersetuju dengan Cah.

tapi mak cik tu tolong ja. peramah pulak tu.
boleh dapat rough history tu kira ok sangat dah. alhamdulillah.




Monday, 4 November 2013

#of internal medicine 1

26 julai - 26 oktober

3 bulan cuti summer tahun ni.
diisi dengan 6 minggu elective posting. di dua department.
O&G (obstetric and gynecology) dan A&E (accident and emergency)
di hosp. raja perempuan zainab II, kota bharu.
harap-harap kerja nanti pun dapat kat sini jugak. amiiinn.

26 oktober balik mesir.
still kepala rasa kosong.
seperti ada sesuatu yang hilang dan tertinggal di malaysia.
*memang pun

untuk tahun 5, kami belajar internal med (IM) dan pediatric.
internal med bahagi 2 - general dan special.
so sekarang ni tengah round IM general.

setiap pagi akan start dengan rotation : ambik case 8-9, sambung lecture 9-11 dan clinical round 11-1.
ambik case pulak dalam bahasa arab. gggahhhhh matilah kali ni.
terkeluar bahasa tamil kang. hakhak

blurrrr.......blur.
tiba-tiba rasa nak tukar kos. erkk
and why did i toook medicine in the first place? whyyyy?? T___T
soalan sama macam ni lah yang selalu merasuk jiwa kalau stresss. haha.

**shuuuhh shuuuh syaiton penghasut sekalian.

best sebenarnya internal med ni.
tak boring pun. integhesting apaaa.
cuma pembelajaran dia berat dan sarat.
lecture campur aduk segala subjek dari tahun 1 sampai 4.
pening pening.



pening sungguh tak tipu.
pening tahap kambing dengan belalang pun boleh tertukar.



life re-sketching.
berusaha nak mem-positifkan ion dalam kepala.
stigma IM tu susah kena buang jauh-jauh.
jauh sampai planet namik.


oh ya.
selamat tahun baru!
it is 1435 hijrah.
ahlan wasahlan. :)



Monday, 18 March 2013

habis ophthal.

16/3
hari last case taking untuk round ophthalmology.

sungguh saya terhutang budi dengan mereka, pakcik-makcik arab yang datang hospital.

ada yang dipimpin anak.
ada yang bertongkat.
ada yang berjubah lusuh, hampir hilang warna asal.
ada yang jalannya meraba, lalu dituntun doktor ke kerusi.
ada yang terlalu tua, berjalan masuk seorang, tangannya tremors.

diminta buka mata luas-luas, mereka akur saja.
diminta pandang ke kiri-kana atas-bawah berpuluh kali, mereka relakan saja.
diminta letakkan kepala pada slit-lamp berkali-kali, mereka ikut saja.
tanpa banyak tentangan.

terkadang saya rasa bersalah, tak sanggup nak test diorang secara detail step-by-step.
sebab apa?
sebab mereka tua dan nampak sangat menyedihkan.

ada masa tu, doktor suruh kitorang bergilir-gilir buat test red reflex kat seorang pakcik, late 60 i guess. 
bayangkan kitorang satu group 10 orang, 10 kali kena buat test tu.
pakcik ini terlalu tua untuk diperlakukan sedemikian. T_T
tak sampai hati dan serba salah jadinya.

suara dari belakang.
"kesian pakcik ni, banyak kali kena pusing kepala, bukak mata macam tu. dah la dia sakit."
"kasar nya doktor, cuba perlahan sikit."

oh ada sekali tu, pakcik yang sangat bersemangat, dia masuk bilik dengan muka gembira, senyum tak putus. sampai tersalah duduk di kerusi doktor.
betapa eksaitednya dia. baru dapat gaji barangkali.
sebelum dia keluar, dia pesan kat kitorang supaya belajar rajin-rajin dan jadi macam doktor case taking kitorang tu.
hehe sempat lagi buat motivasi. thanks ammu!

ringan saja mulut kami semua cakap "syukran" kat semua pakcik-makcik sebelum diorang melangkah keluar dari bilik.
antara dengar dan tidak.
tak apa lah, at least, mereka tahu kami sangat berterima kasih atas susah payah mereka.



Friday, 8 March 2013

duit.

slide diseased retina yang agak complicated dan rare terpampang kat depan.

doctor minta kitorang diagnose detail punya.

ni tahap postgraduate ni. tak aci. (alasan)

senyap sunyi kelas.

lalu,

doctor letak duit 20 pound atas meja.

semua angkat tangan nak jawab.

see?!

#medical-student-big-money oriented.
bukan mata duitan tapi lebih kepada motivasi untuk perah otak fikir lebih.
doctor yang didik kitorang jadi macam ni. haha
kan doctor? ishh 


Wednesday, 27 February 2013

being an asian.

we have a lecture today, about angle-closure glaucoma.
a very interesting topic as the professor, Doctor Saied Shalaby started the slide presentation with a short verse in holy quran and stressed on how we are not greatful enuf for being a muslim.
we are indeed a muslim but sometimes we dont act like one.
sighed that i cant remember the exact verse. =.=

being a medical student in mid-east, i think all of us are lucky for having a free-everyday reminder about islam in between the hectic lectures.
its like pergi kuliah agama. eheh

at the point that the doctor said,

"south east asia people tends to get angle-closure glaucoma because they are dwarf."

what? dwarf?! 
i think i heard you wrong professor!
the whole class are froze by the dwarf word. haha

but then he repeated, "yes, asians are dwarf. dont you agree?"

"you, *fingers pointed at us* asians are quite short compared to the other races. short body comes with short axial length of the globe, and of course short-small eyes will give you shallow anterior chamber and small vitreous humour."

yes we are but not to that extend la.
dwarf?! aaaargghhh haku takleh terima ini.

teringat ada dialog dalam cerita A Little Thing Called Love,
ulang banyak kali scene ni sebab kelakar gila. :D

i just cant accept that!





Thursday, 17 January 2013

merry go round.

public health and community medicine.
YOSHH!


round PH ni dah habis alhamdulillah. tapi satu entry pasal PH langsung tak tulis.
nampak sangat tak minat. =,=

oh sabtu ni end round exam untuk PH.
esoknya terus sambung round Ophthal.
kejam sangat HOD nya puuun. beri lah rest 2-3 hari ye dak?
moga tenang-tenang saja hendaknya. :)






Sunday, 30 September 2012

forensic

hari ni shift kelas daripada ENT kepada Forensic and Toxicology, sepatutnya teruskan ENT sampai akhir bulan november, tapi tukar group, jadi subjek pun tukar jugak. =.=

masa tengah belajar forensic, cuba teka muka siapa yang tersengih2 dalam kepala ni?
jeng jeng jeng.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADDDAA!


Pornthip Rojanasunand
come greet my kekasih gelap. *salam tangan
dr. Pornthip
a Thailand forensic pathologist.
ganas tak muka dia? muka je ganas hati dia baik. [kot]
Nat Geo pernah buat documentary pasal dia ni. kira hebat lah tu kan?
siap ada bodyguard bermuka gangsta segala you!

dia pernah terlibat dengan kes bunuh mendiang Teoh Beng Hock (saksi penting SPRM dalam kes penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor)  yang dituduh bunuh diri padahal dibunuh dan dicampak ke bawah dari tingkat 14.
wallahua'lam sejauh mana cerita sebenar dia.
saya tak follow up sangat kes Teoh ni sebab media banyak putar belit. heh

but, the point here is I adore you dr. Pornthip Rojanasunand!
sampai muka awak yang masuk kepala saya masa saya belajar forensic tadi.
awak bangga tak? tak? hahaha. cesss!

i adore your hair more actually. berani gila you menghadap mayat dengan rambut macam tu.
sebab nak jaga aib, [takut sebenarnya] saya letak gambar awak yang paling solehah, ada lagi gambar rambut awak yang lebih ganas tahap tikam kepala orang. kan?
tak nak mengaku lah tu pernah buat rambut trojan kaler oren kan?

tapi saya letak yang ni sebab saya baik hati. kalau ada gambar awak pakai telekung sekalipun saya letak jugak. hehehe. peace yo dr!







*ada banyak cerita negatif pasal dr. ni, pandai-pandai lah tapis saring ye, ambik yang baik sudah.
**dah tengah malam ni, tiba-tiba rasa seram. erk. aiyyyokk tak tahuuuuuu

Tuesday, 21 August 2012

us!

this is us!

http://amalinasazlan.blogspot.com/2012/08/rock-kapak.html


haha. :D
kami dua beranak memang suka layan rock kapak masa final.
'masuk air'.
sekadar mencari ruang melepas tension.



dari meja belajar, pandang kiri mata jatuh kat sini.

pandang atas.


pandang depan.



zaman final exam, may-june-july.
cukup lah sekali. penat oh.


_________________________________________________________________________________


call Umi, Umi cerita 2 kakak saya sedang berinai untuk walimah mereka khamis ni.

*gasping for air

ewah ewah ewah.
(:

hati bahagia utk mereka, walau dari jauh.



Wednesday, 20 June 2012

pretest.

ya tuhan. banyakkk nya drugs kena hafal.
tak cukup hari tak cukup hari.
kenapa dulu tak mahu hafal awal-awal?



tick-tock tick-tock
*pleasseeeee stop ticking!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
tensi. T_T

bukak al-Quran, baca perlahan.
ya Allah..tenangkanlah hati hamba mu ini.
sobsobsob

tiba2.
nampak kak ina bersiap nak keluar.
"kak ina. tensionnn nya! tolong belikan ais krim boleh? teehehehe."









bunyi pintu rumah ditutup seseorang.
*ais krim?!
berlari ke bilik sebelah sambil mata bersina-sinar macam shin chan tengok perempuan seksi.

"kak ina, nak ais krim?"
"tu dalam plastik hitam. tapi kak ina beli perisa coklat. oke ke?"
"coklat? laagi best! terima kasih kak ina."

saya berlalu dengan ais krim korneto perisa coklat di tangan.
sedapnya Allah sahaja yang maha mengetahui. hahah
tension hilang begitu sahaja.
rugi plak tak kirim dua tadi.

oh baru perasan, ini ais krim kedua selepas hampir 2 bulan saya dilarang makan ais krim oleh doktor.
ini pun masih dalam pantang, tapi ahhh x kira. nak makan jugak!

________________________________________________________________________










rindu la.
:)




Thursday, 14 June 2012

to take something, give something.


Some says, dont expect too much when you give too little and dont expect anything if you give nothing. yet, we tend to expect a lot but what do we give.

A simple question which could lead to the realization of our behaviour. That is the thing that I would like to share, "to take something, give something".

This phrase might not be true in all conditions. But it does in most conditions. To take something from a shop, you have to give money. That is the simplest and most practical example. Dont expect others to give their love to you when you never give your love to them.

You study very little and yet you expect to be success with full marks. Does it make sense?

Answer it by yourself.

It's foolish to ask someone to make Du'a for you while you do not do so for your own self.

From my view, we have to ask ourselves about what we have contribute to others rather than counting on what contributions have others gave to us. But when everybody is thinking to contribute something, everyone will have benefits from that. Isnt that sound coooool and awesome ?

Wow! how nice if we could have a contributive community like that.

So, giving something is not losing it, but it rather a way to get something better. If not now, maybe later in hereafter. Allah knows everything. So why worry?

Make sure what you give to others is not harmful or else you will get something more harmful. If you dont believe, try it! Dont blame others.

In Islam, giving something we like most to others is even better. Be sincere and dont always wait for rewards. The rewards from Allah are the best. So why worry?

Let us think positively and act accordingly.

Be happy! Make others happy too.

For those of you who are stressed over exams, just relax!!

You're going to be fine. Do your part and put your trust in Allah. Success comes from  Allah.





#source

Sunday, 25 March 2012

Why? They are so cute.


Hahaha. Berderai satu kelas.

Izani tersipu-sipu malu. Haha. Stomach met the butterflies!

“I've never see your face in this group. Why? Where have you been?” Dr. Dahlia.
“I entered the other group, which is on monday.” Izani

Pelik. Dalam 4 orang pelajar lelaki ‘baru’ dalam group kami untuk presentation ni, tapi muka Izani jugak yang Dr. spot. Hanya Izani yang kena soal siasat. Wapek, Dayat dan Hadi mengucap syukur dalam hati.

“Why you didn’t enter my group? You don’t like me? My lecture?” tanya Dr. Dahlia dengan touching-nya.

Hah sudah!

“no no no Dr. SORRY! but this group got so many female.” Izani jawab teragak-agak.

“why? They are so cute!” Dr. Dahlia.

Kehkehkeh

Mereka 4 orang baru tunjuk muka hari ni sebab ada presentation parasite dan markah sum up masuk final.

Group kami, ratio lelaki perempuan 1:4. haaaaa..
kalau ditakdirkan saya di tempat Izani,  saya pun akan angkat kaki masuk group lain!

________________________________________________________________________


hey...are you ok?


Dan hari ini, balik daripada tengok result untuk mid sem exam 2 bulan lepas.

Markah macam hidup segan mati tak mahu. sobsob

L Baru plan dengan Umi, nak balik awal Malaysia. Kena cancel ke? Allah….

Renovate hati. Cari mana silap.
Tukar niat, baca Bismillah.




Tuesday, 7 February 2012

talk talk.




talk yg sangat best.
membuatkan saya dah tak sabar-sabar nak habis belajar, jadi doktor dan sambung kepakaran.
mudah-mudahan insyaAllah.
nanti ada masa free saya buka cerita pasal ni.

bai. (:

Tuesday, 13 December 2011

praktikal terindah.




2.02 petang.
Dr. Wafa' masuk kelas, awalnya masuk kali ni. tak sempat saya nak berguling-guling selepas 2 jam tepu dengan kuliah pharmaco Dr. Walid sekejap tadi.
daripada baris meja ketujuh di belakang nun, saya beralih ke meja depan sekali. dengan niat suci, akan memberikan sepenuh konsentrasi untuk praktikal petang ni. acececece
padahal, kuliah Dr. Walid tadi sangat penuh sebab tu dapat seat belakang. sekarang, untuk praktikal ni, pelajar sudah tinggal separuh, seat pun banyak tak terisi.
"biasa praktikal pharmaco sekejap je kot. boleh la balik awal hari ni!" saya memujuk hati dengan bersungguh-sungguh.


3.19 petang.
malam tadi tak cukup tidur, perut kenyang makan shawarma ayam dekat The Hut tengah hari tadi, suasana petang ni pulak suram dan sedikit sejuk, kelas gelap-gelap, tajuk pharmacodinamic hari ni agak membosankan, sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan slides 100 peratus, seharusnya tidur dalam kelas adalah satu-satunya pilihan terbaik untuk anda.
tapi niat dibatalkan apabila ternampak 2 orang jejaka kacak di belakang saya sedang fokus memandang ke slides dengan dahi berkerut serius. pehhh. ini tak boleh jadi. malu kalau mereka perasan saya tidur. perhatian kembali terarah kepada Dr. yang tak berhenti-henti bercakap.
saya pun bangun, "Dr. can you give us a break for..err..maybe 5 minutes?" kata saya tegas. tapi dalam hati je lah. hahah


3.50 petang.
fuuhh. lagi 10 minit. sabar, sabar.
memang langsung tak faham apa yang ajar kat depan, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. satu haram tak melekat kat kepala. cepatlaa habis. saturated sangat dah ni.
mata saya bersinar-sinar bila Dr. nak click butang pangkah kat slides tu. ini sudah bagus!
tapi, harapan berderai apabila Dr. cakap "ok,lets continue to our next session. Depression."
satu kelas bising, memang kena sangat tajuk session hari ni. DEPRESSION. har har har
lalu, kami pun belajar, belajar dan belajar lagi sampai sawan.


4.10 petang.
akhirnya! habis jgk slide ni! banyak gila. seisi kelas sedang sibuk kemas buku segala. dan tiba-tiba.
"no no, please wait, i have my last 2 words for you. emmm.. for our experiment today, spinal cord stimulants."
wutttt? wuttt? salah dengar ke? mustahil sebab saya duduk baris paling depan.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa.
terpaksa bukak buku semula. bukan 2 words, tapi 2 million words. keh keh keh.


4.25 petang
"do you have any question?"
"nooooooooooooo." bergema kelas tu. pantas dan padat.
lepas dapatkan tanda tangan Dr. untuk buku praktikal, kami pun marathon pulang ke rumah.
asar belum settle, maghrib tinggal lagi 30 minit.
kelas tadi di tingkat 5, berjalan kaki dari universiti sejauh 1.5 kilometer, panjat tangga ke rumah di tingkat 6.


letih la. kalau hari-hari macam ni.



tapi,
saya mula sayang kehidupan kalut-riuh-takcukupmasa macam ni.
saya tak ada banyak masa untuk merewang-rewang tak ada hujung pangkal.
saya tak ada banyak waktu untuk fikir apa jasa orang lain pada saya, cukup hanya mempersoalkan apa jasa saya pada mereka.
saya tak ada banyak ruang untuk bermain-main dengan amanah dan tanggungjawab.
saya sudah terlalu sibuk.





berdoalah agar kita tidak terlalu disibukkan dengan dunia sehingga kita terlupa dan tiada masa untuk Dia di atas sana.
learn to pray, not because you need something, but because you ought to thank Him about everything.
just say your pray. tak susah kan?
(:








*shawarma : kebab

Monday, 12 December 2011

parasit!



mulakan hari indah dengan menonton video di atas. hahah.
diorang tengah kutip ascaris daripada usus.
ascaris buat spagetti goreng. nak?

Ascaris lumbricoides adalah sejenis cacing parasit yang hidup dalam usus kecil manusia. Mereka boleh berpindah-pindah, memberi kesan kepada organ-organ yang lain, seperti hati, paru-paru, jantung, otak dan selainnya.
Dalam parasitology ni, kalau parasite tu nama Ascaris, penyakitnya akan jadi Ascariasis, parasite Fasciola, penyakitnya Fascioliasis, parasite Schistosoma, penyakitnya Schistosomiasis. Ada jugak penyakit bawaan parasite yang tidak menggunakan sistem suffix macam ni.

Untuk tahun 3, saya kena hadam segala jenis parasite yang menjadikan badan manusia sebagai syurga dunia mereka. Tak banyak pun, lebih kurang 90 jenis sahaja. SAHAJA.

.
Antaranya :
 Fasciola gigantica
Fasciola hepatica
Clonorchis sinensis
Opisthorchis felinius
Opisthorchis viverrini
Heterophyes heterophyes
Metagonimus yokogawai
Fasciolopsis buski
Paragonimus westermani
Schistosoma hematobium
Schistosoma mansoni
Schistosoma japonicum
Echinococcus granulosus
Echinococcus multilocularis
Taenia saginata
Taenia solium
Hymenolepis nana
Hymenolepis diminuta
Dipylidium caninum
Diphyllobothrium latum
Ascaris lumricoides
Enterobius vermicularis

semua tu saya dah belajar, tapi saya tak ingat semua pun. masih baaaaaaaanyak lagi yang kena belajar, ini pun sudah muak!

mula-mula belajar parasitology ni, nak sebut nama sekor-sekor pun tak reti.
terbelit lidah, gigi dan gusi.
tapi lama-lama, boleh la. hafal nama parasite macam hafal sifir. nama je la, tak termasuk dengan nama semasa mereka melalui larval stage, diognastic stage, dan infective stage. nama mereka akan berubah-ubah setiap kali bertukar stage. mencik lah!

dan yang paling bestnya, terdapat sesetengah parasite yang mendiami siput untuk melengkapkan kitaran hidup mereka. contohnya, untuk Fasciola gigantica, siputnya adalah Lymnaea cailliaudi. untuk Schistosoma mansoni, siputnya adalah Biomphalaria alexandria. semua tu kena hafal. selagi anda tak kena demam kuning, selagi tu kena hafal. faham kan?

terdetik dalam hati, kalau lah saya jadi cikgu tadika. kan senang......
melainkan jadi susah kalau anak murid saya mempunyai nama semirip dengan spesis parasite.
jenuh gua nak panggil sorang-sorang kalau masuk waktu makan nasik.

tapi, Abah selalu pesan, tak ada benda yang senang dalam hidup ni, ye tak?

oh ya. esok ada kuiz parasite. semoga baik-baik semuanya.






This girl has cancer but that didn't stop her from dreaming and drawing her self hair in the mirror.





*semoga saya istiqamah. aminnn.
*boringnya buat entry skema-skema. maaf.