ads

Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

random.

skype, selasa, 1.40 pagi. GMT +2.

"i miss to have a nonsense-talk with you."

"tu lah. i miss all those misbehavior things we did back then. well, crazy is us."

blablablabla yadaayadaayadaa
tak expect pulak nak jadi panjang macam ni. ;p

-
-
-
-
-
-
-

tiba-tiba!

"suka dia lagi?" *gila tak gila soalan

"tak tahu. sometimes."

"pernah tak frust before this?"

"pernah. cakap sebab ada pengalaman la ni."

"err. o..kaaayyy." "so, buat apa bila frust?"

"buat 'malah bbaso'."

"hoho. dah berapa kali frust?"

"sekali."

"ceh. sembang macam dah banyak kali."

"pengalaman mengajar erti kehidupan. saya ni jenis setia, kalau suka kat seseorang, memang gila-gila punya suka. sebab tu ada hadis kata, bersederhana dalam semua benda."

"betul jugak. benda fitrah, nak lari pun susah."



*saya sebagai pihak yang bertanya.
good night people! :)



Tuesday, 20 November 2012

rubix cube.

tengah browsing deviantart, ternampak gambar rubix cube.
terus terbayang muka ame.



saya rindu nak main rubix cube.
dia ajar saya macam mana nak setel benda tu.
dia buat laju laju.
saya tak dapat ikut.
saya ganggu dia buat matematik sebab nak suruh ajar buat rubix cube sampai siap jugak tak kira.
dia ajarkan saja, tanpa banyak cakap.
dia ajar saya, saya ingat, saya turun bawah, dia sambung baca buku.
lepas satu step, saya lupa step seterusnya.
saya jerit "ame, susah la asha nk buat benda ni. ajar!"
dia tak layan.
saya lari naik atas, dia berhenti baca buku, "buat gini laaa. senang."
"ame buat laju sangat, cuba slow sikit."
"habis slow dah ni."
"hahah, oke ingat ingat."
laju tangan dia zip-zap-zip-zap putar rubix cube, kadang-kadang tak payah tengok pun, tangan gerak sendiri. fuyyyoo
"keras sangat ni, x boleh pusing laju-laju."
"eleh padahal ame tu x reti nak pusing laju-laju. hahaha. salahkan benda ni pulak dahh."
"betul lah, kita letak minyak sikit kat tengah2 ni. baru lah nak pusing-pusing tu jadi laju."
"eee x payah. nanti berminyak tangan nak.."
tak payah habis cakap, memang dia dah lari pergi dapur ambik minyak.

minggu berlalu dengan kitaran rubix cube yang sama.
saya tak pernah rasa boring belajar buat rubix cube sebab geram kenapa susah sangat nk setel?!
sampai si abdul hadi pernah bagitahu kat ame, "ame, tak payah ajar asha tu, dia x ingat pun.hari ni siap penuh, esok tanya balik."
hahah. kureng hensem punya adik.

dan saya hampir pandai buat 90 percent.
tiba-tiba ternampak cebisan rubix cuba atas almari tepi tv. pelik ni.
"ame, mana rubix cube?"
"err, hancur,pecah."
"huh? alaaaaaaaa. sapa buat? asha tak sempat belajar sampai habis laaa."
"ame la buat. kelmarin nak ceraikan satu-satu. bila dah ceraikan, nak pasang balik tu tak reti."
"erkk.hahahaha. bukak reti, pasang balik xreti! jom kita beli baru!"




malam-malam kerja kami lastik cicak sambil towaf satu rumah.
satu ekor abah upah seringgit. hew hew.
memang kecoh habis sebab dia geli nak pegang cicak, dia pandai lastik je, saya dan abdul hadi tukang kutip masuk plastik.
lepas dia lastik, cicak jatuh ke lantai, cicak menggeliat nazak, dia pun lari tak cukup tanah.
nama je anak jantan, tapi cicak pun geli.

ada satu malam tu dapat cicak gemuk pehh!
idea jahat ame pun bermula.
"sha, kita belah perut cicak ni nak?"
"wow jom!" kakak beliau yang solehah tu terus bersetuju dengan mata bersinar-sinar.
kami ambik pisau Gillette, jarum dan berbekalkan torchlite yang agak hidup-segan-mati-takmau, kami pun operate sama itu cicak.
mula-mula make sure dia mati dulu, then dissect cicak gemuk tu dari bawah dagu straight sampai ke anus dia.
dan buang organ dia satu persatu. sampai kosong terus perut cicak tu. hahaha. weng.
bau dia jangan cakap lah. macam harom. hanyir gila lekat kat tangan 2 hari tak hilang.

tu semua cerita setahun lepas. sobs
balik summer baru-baru ni tak sempat nak buat apa-apa.
sebab balik 2 minggu je, lepas tu kena pergi mesir semula, resit 2 paper.
sedih sungguh tak puas lagi main dengan adik-adik.
hanya sempat beramah mesra depan tv sahaja.

petang-petang sambil tunggu berbuka, saya, ame dan abdul hadi selalu masuk kebun, duduk atas rumput, mengadap sawah padi.
"buat apa nak maghrib dah ni?!" jerit abah dari dalam pagar rumah bila nampak kami bertiga yang seakan buat liqa' picnic bawah pokok.
"meeting.hahaha" saya jawab.
"oooo.balik balik!" abah.

hari tu telefon rumah, lepas seminggu datang sini.
"sha, bila nak balik lagi? rinduuu. dah tak ada orang teman ame masuk kebun."
air mata saya jatuh. T_T
esakan di hujung talian. hahah. rindu nya serius tak tipu.







*tengah baca toxic untuk exam end round khamis ni, mata terus berat. bukak draft, lama dah tulis cuma tak sempat publish. update sikit, and done! mata terus ringan, lajuu baca buku.


Sunday, 28 October 2012

weirdooo

perbualan ringkas, 
tapi mampu bawa senyum sampai pagi esok.
*there goes the unconscious smile again. and again.

sebab jarang berhubung, hati jadi rindu.
phewwwwitt

rindu kan fitrah.
:)



_________________________________________________________________________________


orang yang kita terlupa nak tanya khabar paling kurang sekali dalam seminggu,                                                
orang yang tak pernah terjah masuk fikiran kita, atau paling ekstrem drag sekali masuk mimpi,                  
orang yang jarang terdetik dalam hati kita dan bertanya "sihatkah dia?                                                      
adalah orang yang selalu ingat akan kita.



"the one that you care the least, is the one that care about you the most."



#come here and prove me wrong.








Tuesday, 2 October 2012

bukan di takuk lama.

"asha dah lain laa sekarang ni."

"huh. errr." *dalam hati, hahhh sudahh.

"nak asha yang dulu ke nak asha yang sekarang?"

"nak yang sekarang. hehehe"

"hahah. tahu pun."

"betul lah orang kata, kita akan jadi lain, jadi lebih matang selepas Allah swt datangkan ujian. kita grow into someone stronger."

:) alhamdulillah thumma alhamdulillah.






FIGHT!!
"Regret nothing because at some point it was exactly what you wanted."





Wednesday, 12 September 2012

ricochet.


ric·o·chet
Noun:
A shot or hit that rebounds one or more times off a surface.
Verb:
(of a bullet, shell, or other projectile)
Rebound one or more times off a surface. eg : "a bullet ricocheted off the wall".

"you shoot me down, but i wont fall."
-titanium by david guetta
source


dalam hidup ni, saya jumpa ramai orang yang bersifat ricochet.
dengan kata lain, rebound.
contoh terdekat :
Bedah dapat keputusan SPM biasa-biasa sahaja, tapi dia rebound dari 'biasa-biasa sahaja' itu kepada dean-list, 4 flatter, muka pentas dan banyak lagi.
Biasa-biasa sahaja di sini bermakna memang terlalu biasa. Faham kan?
Gila tak gila Bedah ni, saban tahun, dia lah antara yang melangkah naik ke pentas menerima anugerah dekan. Hebat.

rebound tinggi terus.
pernah jatuh sekali, tapi reflex kepada kejatuhan, terus melantun ke atas.
bukan sekali, tapi berkali-kali.

normalnya, orang yang ricochet ni dia ada 'bulletproof'. sebab itu lah bullet tak tembus ke dalam. dan dirinya elok, tak terjejas.
dan cuba bayangkan, anda diserang 'peluru' daripada sebuah machine gun, 50g bullets at a speed of 700m/s.
agak-agak, anda ada 'bulletproof' tak?

'peluru' di sini merujuk kepada segala unsur negatif.
'bulletproof' pulak ialah iman yang dapat resist negatif itu dari meresap ke dalam diri.

oh ya.
kenapa saya tulis pasal ricochet?
kenapa pulak daripada cerita rebound pergi melalut sampai ke bulletproof?
tak tahu.
mungkin sebab saya lapar.


#tadak kheja. rindu nk tengok cerita SWAT kat tv.



Monday, 10 September 2012

learning how to fall.

a kcik-start for today. er maybe?
:")



3 hari lepas resit final exam.
penat gila.

pertama kali jatuh teruk, susahnya nak bangun balik.
susah. sangat susah.
dan Allah swt menjadikan semuanya senang sehingga saya mampu berdiri dan senyum untuk saat ini.
terima kasih Allah. untuk segala ujian dugaan air mata senyum ketawa segala.
sokongan Abah Umi adik beradik.
dan semangat sahabat2 yang 'paksa' bangun dari belakang.
alhamdulillah.

berbual-bual dengan kak Ina beberapa hari lepas.
saya tak ingat the exact date. tapi conversation tu lekat terus dalam kepala.

"kak Ina, susah gila kan tahun 3 ni? gila pun tak susah macam ni."
"lahhh. memang la. semua senior cakap tahun 3 susah. tahun paling horror. biasa lah tu. banyak subjek nak kena baca, faham, hadam. kalau baca faham sahaja, tak ada hal, tapi nak hadam tu masalah."
saya iakan saja.
"tapi bagi Sal la, tahun 3 sangat susah sebab 'the life in it' itu sendiri. bukan susah sebab kena hadam bnyk subjek, tapi susah sebab life sepanjang tahun 3 itu yang membawa kepada susah."
kata2 mati dalam hati. tak terkeluar.
entah la. tak semua orang faham.

malu nak mengeluh dengan ujian sekecil ni.
nak mengomel mempersoalkan ujian sepanjang tahun ni?
mengada2 dan kebudakan.
macamlah orang lain Allah tak uji. bahkan mungkin Allah uji mereka lebih berat.
saya sahaja yang sengaja pejamkan mata, pekakkan telinga.
tak mahu berusaha untuk mengalah dengan takdir.
malu dengan diri sendiri. serius malu.





andai saya jatuh sekali lagi.
mampukah saya bangun semula?
bangun berdiri senyum seperti hari ini?

*saya tak yakin. tergugat. hehe




#mari bilang berapa patah "susah" dalam entry ni. hahah. weng.

Tuesday, 21 August 2012

10.38pm




fabiayyi aalaa irabbikumaa tukazzibaan
maka apakah dua nikmat tuhanmu yang engkau dustakan?

:)

tuhan itu paling adil.

orang dapat pintu, kau dapat tingkap.

bukan pintu dan tingkapnya patut dikira--
tapi udara yang lalu lewat ruang itu--
yang membantu kau bernafas di hari2mu.



us!

this is us!

http://amalinasazlan.blogspot.com/2012/08/rock-kapak.html


haha. :D
kami dua beranak memang suka layan rock kapak masa final.
'masuk air'.
sekadar mencari ruang melepas tension.



dari meja belajar, pandang kiri mata jatuh kat sini.

pandang atas.


pandang depan.



zaman final exam, may-june-july.
cukup lah sekali. penat oh.


_________________________________________________________________________________


call Umi, Umi cerita 2 kakak saya sedang berinai untuk walimah mereka khamis ni.

*gasping for air

ewah ewah ewah.
(:

hati bahagia utk mereka, walau dari jauh.



Friday, 20 July 2012

patah hati.

if you want to cry, just cry it out.
dont hold.



#bearing a heart broken. sakit kan? Sabar lah.

_________________________________________________________________________________




" ajaib sungguh orang mukmin itu. 
semua yang datang pada dia, adalah yang terbaik. jika di beri nikmat, dia bersyukur, dan itu baik untuk dia. jika diberi ujian, dia bersabar, dan itu baik untuk dia. "





kehabisan air mata.
saya hilang kata. entah. donno. blurr.




Wednesday, 20 June 2012

pretest.

ya tuhan. banyakkk nya drugs kena hafal.
tak cukup hari tak cukup hari.
kenapa dulu tak mahu hafal awal-awal?



tick-tock tick-tock
*pleasseeeee stop ticking!

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
tensi. T_T

bukak al-Quran, baca perlahan.
ya Allah..tenangkanlah hati hamba mu ini.
sobsobsob

tiba2.
nampak kak ina bersiap nak keluar.
"kak ina. tensionnn nya! tolong belikan ais krim boleh? teehehehe."









bunyi pintu rumah ditutup seseorang.
*ais krim?!
berlari ke bilik sebelah sambil mata bersina-sinar macam shin chan tengok perempuan seksi.

"kak ina, nak ais krim?"
"tu dalam plastik hitam. tapi kak ina beli perisa coklat. oke ke?"
"coklat? laagi best! terima kasih kak ina."

saya berlalu dengan ais krim korneto perisa coklat di tangan.
sedapnya Allah sahaja yang maha mengetahui. hahah
tension hilang begitu sahaja.
rugi plak tak kirim dua tadi.

oh baru perasan, ini ais krim kedua selepas hampir 2 bulan saya dilarang makan ais krim oleh doktor.
ini pun masih dalam pantang, tapi ahhh x kira. nak makan jugak!

________________________________________________________________________










rindu la.
:)




Friday, 15 June 2012

hoyeah.

gap sebelum final pharmacology 26.6 ni ada lebih kurang 2 minggu.
doktor bagi gap banyak supaya kami dapat lah nak khatam 2-3 kali 2 bijik buku teks tu.
[konon nya lah]


gap ada lagi 11 hari.
tapi....
buku volume 1  haram tak berganjak muka surat.
dan saya tak rasa bersalah langsung.



aaaaaaaaaaaapaaaa nak jaaaaaadi...........


oh ya.
saya ada buat satu keputusan mendadak onthedot yang saya rasa telah merendahkan ego seseorang.
ego lelaki lah senang cerita.
daripada setinggi everest, ego tu dah jadi melata rata di bumi. seperti dihenyak-henyak dek rhino.
[itu dia hyperbola] :D

redha Allah lebih saya dahului daripada redha manusia.
mudah-mudahan.


#selamat hari jumaat yang indah! :)

Thursday, 14 June 2012

to take something, give something.


Some says, dont expect too much when you give too little and dont expect anything if you give nothing. yet, we tend to expect a lot but what do we give.

A simple question which could lead to the realization of our behaviour. That is the thing that I would like to share, "to take something, give something".

This phrase might not be true in all conditions. But it does in most conditions. To take something from a shop, you have to give money. That is the simplest and most practical example. Dont expect others to give their love to you when you never give your love to them.

You study very little and yet you expect to be success with full marks. Does it make sense?

Answer it by yourself.

It's foolish to ask someone to make Du'a for you while you do not do so for your own self.

From my view, we have to ask ourselves about what we have contribute to others rather than counting on what contributions have others gave to us. But when everybody is thinking to contribute something, everyone will have benefits from that. Isnt that sound coooool and awesome ?

Wow! how nice if we could have a contributive community like that.

So, giving something is not losing it, but it rather a way to get something better. If not now, maybe later in hereafter. Allah knows everything. So why worry?

Make sure what you give to others is not harmful or else you will get something more harmful. If you dont believe, try it! Dont blame others.

In Islam, giving something we like most to others is even better. Be sincere and dont always wait for rewards. The rewards from Allah are the best. So why worry?

Let us think positively and act accordingly.

Be happy! Make others happy too.

For those of you who are stressed over exams, just relax!!

You're going to be fine. Do your part and put your trust in Allah. Success comes from  Allah.





#source

Wednesday, 13 June 2012

sedikit harapan.

dalam kesedihan tak boleh jawab patho,
dalam kesedikit-kegembiraan jawab parasitology,
tiba-tiba....


"asha dah beli tiket? bila? asha ambik la tiket cepat." Umi



umi......
[mata tiba2 masuk habuk]


senyum sampai lenguh pipi dan segala isi hati.
insyaAllah. mudah-mudahan ya umi.


i wanna go home.

 because i miss you. and i want to be there.



ada 2 kertas sahaja lagi.
pharmacology dan microbiology.
insyaAllah.
doakan kami. boleh? terima kasih banyak. (:




#belog ni sekejap public, sekejap private. tadak kheja sungguh.

Sunday, 1 April 2012

pak cik Cohen.


Leonard Cohen - A Thousand Kisses Deep


sila tekan play dan pejam mata. *perlukepejammatasegala
sweet. kan?
saya suka part ini.


"I loved you when you opened
Like a lily to the heat
You see Im just another snowman
Standing in the rain and sleet"

____________________________________________________________________________________



baru lepas dengar cerita dari sahabat dari tanah seberang.
cerita cinta dia tak bersambung.
dia baru nak petik bunga idaman, tapi si bunga sudah dipetik orang. 
dan dia si kumbang yang kesedihan. huuuuuu
dia buat poem ni sebagai background muzik.
saya layan je. buat2 concern. hahah

[:
tapi poem ni best!






Friday, 16 December 2011

realiti.

kita cenderung untuk memandang kepada keburukan manusia.
walau segunung kebaikan yang jelas terkesan pada kehidupan, tapi secubit keburukan jualah yang dicanang seisi alam.


kita = manusia = saya.