ads

Showing posts with label undefined. Show all posts
Showing posts with label undefined. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

eye detox.

sakit mata pulak scroll down blog nampak gambar baba.
boleh membawa kepada hepatic toxicity kot. kehkeh


nah. ganti dengan bunga ni.

Saturday, 2 November 2013

bawak anjing masuk mimpi.

malam semalam mimpi anjing siberian husky.

"siberian husky....siberian husky...."
dia tengah nak lompat keluar tingkap.
4-5 kali duk panggil tapi tak berpaling sampai ke sudah.

huahua. dah la panggil nama genetik terus.
paling kurang letak la nama abu ke, meon ke.

umpamanya, bela kucing.
tapi kucing tu nama kucing. faham tak?
tak faham takpe. malas nk ekseplen. agagagaga

macam dah tak ada makhluk lain atas dunia ni nak bawak masuk mimpi.
pergi mimpi anjingggg buat apaaaa. hahahahahahah

tak rasional. heh

*blog dah kembali jadi tempat aduan haiwan-haiwan. the whole zoo erupt! kahkah

Tuesday, 2 July 2013

a mess.


so many words left unsaid.
they're all a jumbled mess in my head.
need to spill them out here a bit.
and to swallow some if fits.
*pantun dua kupang



on your mark, go!
curi nina jadi model jap.
source





Saturday, 25 May 2013

2 reflections into 1

konklusi awal, perangai sama.
kan?
sama. tak beza.
cuma lain cara.




*sebagai contoh mudah

its like you're my mirror.
as
i can see myself in you.




jadi mari kita muhasabah. :3
sambil makang timun cina sejuuuuk di bawah matahari mesir 38dc.
om nom nom!



#post pasca ustazah cancel kelas ngaji hari ni.ekeke



Friday, 12 April 2013

bones?

petang jumaat minggu lepas.

*bunyi loceng*

tengah ngadap Dexter, malasnya lah nak bangun buka pintu.
cara bunyi loceng pun dah tahu siapa yang tekan : Baba!

lari perlahan ke dapur, hari ni turn kak Ina masak.

"kak Ina, Baba tu. sal malas la nak bukak pintu..kak Ina la bukak pleasee?"

"alaah pergi lah bukak kak Ina nak masak."

*bunyi loceng lagi*

"alaaa takmahuuuu." sambil berlari pakai telekung dan buka pintu, senyum 300 mega watt. faked.

dulang besar penuh tulang lembu (agaknya) ditatang penuh kasih sayang oleh Baba.

salam disambut.

"i bring this for you salsabila!" Baba excited. seperti kebiasaannya.




macam ni lebih kurang.
ngeh3


"err. thank you so much Baba but we dont eat this."

saya perhati tulang-tulang tu kat dulang yang dihulurkan. tulang semata. habis dikikisnya dek tok arab. licin!
at least kalau nak buat soup, haruslah ada fleshes sikit-sikit ye tak?

"why? its goood. you can make a soup out of it. i knew in malaysia its expensive."
(aik? tahu-tahu pulak dia. saya sendiri tak tahu harga tulang lembu kat msia.)

"yes maybe i dont know. but Baba, sorry! we dont eat this. plus, only Amalina and I left in the house now, others are in Cairo."

"why? you can put it in the freezer and cook it after they come back?"

haishh susah nk nego dengan arab ni.
'why' sokmo.
2 bulan lepas kitorang pernah dapat tulang-tulang macam ni, tadak orang makan jugak, ended up buang. takke membazir tu?

"no Baba sorry. we dont eat it Baba. seriously im not joking." saya geleng lagi.

muka beliau berubah.

"its okay then,i bring all of these up, its so heavy. and yet you dont want it." Baba kecewa, boleh pasang lagu Jack-Rose titanic kat sini. ambik feel.


"Baba, its not like we dont want it, but we dont eat it Baba. im really sorry for the trouble. sorry Baba." buat muka sedih sikit.hehe

"its okay its okay salsabila."

"alfu syukran Baba. sorry again."

beliau berlalu turun selepas beri salam.

tipulah kalau tak ada rasa bersalah lepas cakap macam tu.
apa nak buat, redhakan saja. maafkan kami Baba. TT_TT



meoww.
ehh
moooooooo!


Baba saya bekas pilot. english dia A+ lah kalau nak compare dengan arab lain. satu kerugian bagi kami sebab tak ada effort langsung nak cakap arab dengan dia.
dulu kitorang selalu jugak naik ke bumbung rumah ni dan berbual-bual pasal segala masalah dunia. dari pengalaman dia jadi juruterbang tentera udara mesir sampailah hijaunya padi di bumi malaysia.

Baba terlalu baik dengan kitorang sampai tahap kitorang tak nak minta tolong dia kalau ada masalah. sebab? sebab Baba akan setelkan masalah tu sampai menyusahkan diri dia sendiri. so, better setel sendiri kalau taknak susahkan dia.

sehinggalah bulan 6 tahun lepas, masalah timbul antara kami dan kami dah tak rapat macam dulu-dulu dah. awkward sampai sekarang dan saya pun jadi malas nak ambik tahu.

saya tuliskan juga cerita pasal Baba kat sini.
paling kurang ada jugak kenangan ber-tuan-rumah seorang pilot dan seorang pro Husni Mubarak. kehkeh


Thursday, 21 March 2013

untold.

2 days before.

it was raining inside.

and today, still persist.


Sunday, 28 October 2012

weirdooo

perbualan ringkas, 
tapi mampu bawa senyum sampai pagi esok.
*there goes the unconscious smile again. and again.

sebab jarang berhubung, hati jadi rindu.
phewwwwitt

rindu kan fitrah.
:)



_________________________________________________________________________________


orang yang kita terlupa nak tanya khabar paling kurang sekali dalam seminggu,                                                
orang yang tak pernah terjah masuk fikiran kita, atau paling ekstrem drag sekali masuk mimpi,                  
orang yang jarang terdetik dalam hati kita dan bertanya "sihatkah dia?                                                      
adalah orang yang selalu ingat akan kita.



"the one that you care the least, is the one that care about you the most."



#come here and prove me wrong.








Tuesday, 2 October 2012

bukan di takuk lama.

"asha dah lain laa sekarang ni."

"huh. errr." *dalam hati, hahhh sudahh.

"nak asha yang dulu ke nak asha yang sekarang?"

"nak yang sekarang. hehehe"

"hahah. tahu pun."

"betul lah orang kata, kita akan jadi lain, jadi lebih matang selepas Allah swt datangkan ujian. kita grow into someone stronger."

:) alhamdulillah thumma alhamdulillah.






FIGHT!!
"Regret nothing because at some point it was exactly what you wanted."





Thursday, 27 September 2012

hilang

last night i dreamt of san pedro
just like i'd never gone, i knew the song.

- la isla bonita [madonna] 

_________________________________________________________________________________

bismillah. :)

lagu tak ada kaitan dengan benda yang tengah berkisar dalam otak ni hah
cuma terfikir
celah mana san pedro tu?


*senyum

ada banyak gila benda nak cerita
tapi tak tahu dari mana nak mula
hmmm

tunggu semua cool down dulu
ok?

jauh
pandang ke depan,
  fikiran melayang ke belakang
eh?




Thursday, 13 September 2012

stop!


om nom nom!


4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

by Kevin Zahri



*Umi, asha nak berhenti lah makan ais krim. insaf.



Monday, 23 July 2012

pak aji.

conversation time makan nasi goreng antara Umi dgn pak aji :

"sedapnya cik long masak!"
"sedap pak aji?"
"sedap. mak masak tak sedap, cik long masak sedap. cik long pandai masak."
"tu kan mak beli lauk?"
"mak tak pandai masak. mak tak beli lauk pun, datang sini baru nak beli lauk."
"haha. ooh. kalau macam tu, duduk la kat rumah ni, cik long bela pak aji, nak?"
"ehh. kite bukan lembu la."


sempat jugak dia tangkap perkataan 'bela' tu.
cess pak aji. sepak nak? :D

"pak aji, tok soh la kecek luar. dh duduk kelantan ni."
"tak boleh. kite kena cakak luar. haha."

sudu nasi goreng disua ke mulut. lagi dan lagi.

pak aji (faizi) baju melayu biru.






mereka antara yang AKAN saya rindu kalau tak beraya di Malaysia.



Friday, 20 July 2012

patah hati.

if you want to cry, just cry it out.
dont hold.



#bearing a heart broken. sakit kan? Sabar lah.

_________________________________________________________________________________




" ajaib sungguh orang mukmin itu. 
semua yang datang pada dia, adalah yang terbaik. jika di beri nikmat, dia bersyukur, dan itu baik untuk dia. jika diberi ujian, dia bersabar, dan itu baik untuk dia. "





kehabisan air mata.
saya hilang kata. entah. donno. blurr.




Wednesday, 11 July 2012

apa kes?


Kakak saya dua2 nak kahwin serentak, maka tempiasnya haruslah kena kepada saya yg x berapa nak bersalah ni.

Belum sampai msia lagi, semua saudara-mara-ipar-duai dah haru bertanya bila saya nak kahwin. 
Apa kes? tak aci tak aci! 
Saya ni baru masuk umur mengundi , bukannya 35. sobsob


Nak bawa diri pergi Jamaica lah kalau macam ni. T_T



rasa nak menangis seploh2 jari masuk mulut. serius.







Friday, 15 June 2012

hoyeah.

gap sebelum final pharmacology 26.6 ni ada lebih kurang 2 minggu.
doktor bagi gap banyak supaya kami dapat lah nak khatam 2-3 kali 2 bijik buku teks tu.
[konon nya lah]


gap ada lagi 11 hari.
tapi....
buku volume 1  haram tak berganjak muka surat.
dan saya tak rasa bersalah langsung.



aaaaaaaaaaaapaaaa nak jaaaaaadi...........


oh ya.
saya ada buat satu keputusan mendadak onthedot yang saya rasa telah merendahkan ego seseorang.
ego lelaki lah senang cerita.
daripada setinggi everest, ego tu dah jadi melata rata di bumi. seperti dihenyak-henyak dek rhino.
[itu dia hyperbola] :D

redha Allah lebih saya dahului daripada redha manusia.
mudah-mudahan.


#selamat hari jumaat yang indah! :)

Sunday, 25 March 2012

Why? They are so cute.


Hahaha. Berderai satu kelas.

Izani tersipu-sipu malu. Haha. Stomach met the butterflies!

“I've never see your face in this group. Why? Where have you been?” Dr. Dahlia.
“I entered the other group, which is on monday.” Izani

Pelik. Dalam 4 orang pelajar lelaki ‘baru’ dalam group kami untuk presentation ni, tapi muka Izani jugak yang Dr. spot. Hanya Izani yang kena soal siasat. Wapek, Dayat dan Hadi mengucap syukur dalam hati.

“Why you didn’t enter my group? You don’t like me? My lecture?” tanya Dr. Dahlia dengan touching-nya.

Hah sudah!

“no no no Dr. SORRY! but this group got so many female.” Izani jawab teragak-agak.

“why? They are so cute!” Dr. Dahlia.

Kehkehkeh

Mereka 4 orang baru tunjuk muka hari ni sebab ada presentation parasite dan markah sum up masuk final.

Group kami, ratio lelaki perempuan 1:4. haaaaa..
kalau ditakdirkan saya di tempat Izani,  saya pun akan angkat kaki masuk group lain!

________________________________________________________________________


hey...are you ok?


Dan hari ini, balik daripada tengok result untuk mid sem exam 2 bulan lepas.

Markah macam hidup segan mati tak mahu. sobsob

L Baru plan dengan Umi, nak balik awal Malaysia. Kena cancel ke? Allah….

Renovate hati. Cari mana silap.
Tukar niat, baca Bismillah.




Wednesday, 1 February 2012

kehujanan.

Assalamualaikum. :)

mutakhir ini Tanta asyik hujan dan hujan. (perlu ke guna mutakhir? haha)
beberapa hari lepas hujan lebat gila. tapi sekejap sangat, dalam 58 saat begitu.
dan subuh pagi tadi hujan lebat lagi. kali ni lama jgk, 3 minit ada kot.

pelik ke kalau hujan lebat?
kat sini hujan lebat lama-lama memang pelik, sebab Mesir sangat jarang hujannya.
kalau ada pun, renyai-renyai 2 3 kali setahun sebagai tanda perubahan musim.
kalau tiba-tiba hujan lebat, semua jadi seram! dah nak kiamat ni.


rumah kebasahan.

kan pagi tadi hujan lebat, saya pulak jenis tak tutup tingkap bilik. tingkap bilik ada dua lapis. (lapis?)
saya tutup tingkap paling dalam je, yg luar satu lagi tu saya biarkan terbukak. senang nak mengintai matahari.
disebabkan hujan lebat menggila tu, tempias dia masuk ke dalam bilik.
habis basah semua buku atas meja study. bercampur-aduk segala warna dia. T_T
nota-nota yg saya tampal kat dinding semua basah kuyup sampai boleh diperah-perah buat jus.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
nasib baik laptop berjaya diselamatkan. alhamdulillah.
gambar kejadian tak sempat diambil memandangkan jurukamera saya masih tidur pada masa itu.
sekian sahaja laporan untuk hari ini. 
thankies! :)



enjoying the rain. 




Doa semasa hujan : 
 اللهم صَيِّبًا نافعًا
Allaahumma soyyiban naafi'an.
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat."





nota kaki:
bagi sesiapa yg masih tak kenai Tanta, mari saya beri pencerahan.
Tanta adalah sebuah pekan kecil, 94 km dari Kaherah, dihuni lebih 500 ribu rakyat yg comel-comel dan kacak-kacak belaka. 
ia sangatlah maju dan moden dengan purata 1 dalam 5 orang memiliki galaxy tab 10.1.
anak-anak mudanya mahir menunggang kuda dan semestinya jaguh dalam sukan polo.
ibu-ibunya pula mempunyai suara nyaring, pandai bergusti tetapi amat baik hati.
jemputlah melancong ke Tanta. the paradise of Egypt u know!

wanna know the truth? go gooooogle.




Saturday, 21 January 2012

kekasih.

Assalamualaikum wbt. hello!


i got a new interest for these past few days.
*wink wink

mereka adalah pasangan bahagia yang selalu kejutkan saya pada waktu pagi.
tadddda!




ada satu malam tu, saya pandang tingkap bilik dan cakap, semoga esok mereka singgah dulu kat sini, sebelum terbang cari rezeki.
bangun-bangun esoknya mereka tak ada!
biasa area 7-8 pagi diorang sampai, tapi sampai 9 pagi suku-suku macam tu, diorang tak singgah pun.
haishhhh. musykil.
pergi bulan madu kah?
saya bermonolog sendirian.
ke diorang sakit? siapa tahu kan musim-musim sejuk ni.
sakit dada ke. bird flu ke. darah tinggi ke. kencing manis ke.
tiba-tiba saya risau.

petang tu, masa saya tengah mimpi indah pergi cambodia, saya terjaga sebab terdengar bunyi burung merpati ramai-ramai.
aiiii. punya bising. dia bawak kroni nak balas dendam. ramai! lebih daripada 5 ekor mungkin.
duk berkokok-kokok, buat demo depan tingkap ni.
bising sampai tak boleh tidur!
saya malas nak bersalam mesra mahupun bertanya khabar.
tidur masih lebih enakkk. haha
5 minit lepas tu, diorang blah.

terfikir jugak, apa benda yang diorang cuba sampaikan sehingga perlu singgah dengan kroni bagai. huh.
adakah ianya alamat yang tidak baik? atau datang dengan niat merisik?
tak ada pulak nampak surat-cinta-sampul-warna-pink-ada-bunga.
lain kali alang-alang singgah reramai macam tu, bawak laa buah tangan. limau mandarin sekotak pun jadi.


dannn..
pagi tadi, saya bangun tanpa bergantung kepada alarm handfon, mereka datang berdua kejutkan saya. wuhhuuu
macam ibu-ibu gitu.
"hai! selamat pagi." saya sapa. mereka tak jawab. lah?! sombong.

saya harap pagi saya akan lebih indah!
ada orang cakap, kalau pagi-pagi lagi muka dah senyum berseri bunga-bunga, bahagia pagi tu akan berterusan sampai ke malam! tapi dengan syarat senyum tu kena ikhlas lah, walaupun tak ada orang nak tengok kita senyum. senyum lah untuk diri sendiri.



walaupun ianya sekecil cuma, namun tetap membawa bahagia.
it depends on how we tackle the situation lah kan.
peace :)





*saya suka bercerita, tapi tak tahu cara. ajarkan saya, boleh?



ikan keli.


Assalamualaikum wbt.

saya tersangatlah boring. sungguh.
sunyi gila rumah kalau tak ada kak ina dan kak fana.
diorang sleep over rumah kak faezah. tinggal kak piqah, kak syafa, kak effa and me. :)
tapi semua dalam bilik, macam biasa.

hari ni saya ganti kak fana memasak. but. saya malas gila nak masak. makanya, order ikan keli sambal merah kat kedai makan Andalas. wuhuuu.

the conversation goes like this.

me : assalamualaikum ustaz Andalas ye?
ostad : waalaikumsalam. iya? 
me : ustaz! hari ni boleh order x? saya malas nak masak. 
ostad : oh ya? bisa bisa. hahahaha

=.=
boleh plak dia gelak. cessss

me : ustaz, saya nk order ikan keli sambal merah 3 lah. boleh? nak sambal lebih?
ostad : oh ada ada. 
me : ada lauk apa lagi ya?
ostad : errr. kami ada ayam bakar, ayam masak merah, ayam goreng andalas bla bla bla bla bla bla. 
me : ooooooooooooooh. lagi?
ostad : ustazah mahunya apa? bilang saja sih.
me : ok2. saya nak ikan keli je lah 3.
ostad : ikan kelinya 3. apa lagi ya ustazah? nasinya nggak mahu? hahahahaha
me : hahaha. saya udah masak nasi nya. cuma lauknya belum ada ni.
ostad : ooh. hahaha. mahunya delivery di mana ni?
me : kat eminent, bangunan warna hijau, tepi kedai gunting.
ostad : ohh, kedai gunting rambut itu ya?
me : bukan! TEPI kedai gunting rambut.
ostad : oooh. itu saya kenal. ok bisa bisa.
me : ok. ustaz jap! ada bakso tak?
ostad : ada ada. mahu?
me : ehh tak tak. tak mahu. 
ostad : kamu ini saja nanya ya? hahahaha
me : erkk.


hyperactive betul ustaz indon kedai makan Andalas ni. melebih-lebih pulak dia gelak. haha

setengah jam kemudian. lama gila tunggu.
*dail number Andalas sekali lagi.

me : assalamualaikum ustaz.
ostad : waalaikumsalam. iya ustazah?
me : ustaz. lama lagi ke? dah sejam setengah ni. nasi saya dah sejuk lah.
ostad : oh ya? maaf ya. ustaz delivery nya lagi di luar. ikan kelinya sudah siap kok. sebentar ya.
me : oh. oh. ok. terima kasih. salam
ostad : sama-sama. waalaikumsalam.

lapar.....
saya pergi goreng telur dan panaskan kari ikan yang kak piqah masak semalam.
dan ustaz Andalas tu call, cakap dia dah nak gerak untuk delivery.

lepas bungkus duit dalam kertas, saya pakai tudung dan jenguk kat beranda. tak ada pun.
lamanya ustaz..
jalan kaki kot.
tiba-tiba nampak ada motor, dan ada orang lambai-lambai tangan kat bawah nun.
siapa pulak laa nak mengorat aku memalam ni?
dari beranda tingkat enam, mustahil lah nak cam betul-betul muka dia.
saya intai lagi, dia lambai-lambai lagi.
lama jugak laa duduk main intai-intai macam tu.
kalau ustaz Andalas, mesti dia call kalau dah sampai bawah.
dan akhirnya, dia mengalah sambil tunjukkan plastik makanan kat saya.
ohhhhhh. iya laaa.
hahaha. malu!!
lain kali call laa kalau dah sampai bawah! ini tidak, duk main lambai-lambai sape suruh!




              








3 ikan keli utk LE 25 sekali dgn upah delivery.
dulu saya tak makan ikan keli walaupun abah saya pernah jadi penternak ikan keli, semua askar wataniah kat rumah makan, kecuali saya.
bila tak ada depan mata, baru terhegeh-hegeh nak belajar makan makhluk ni. sedap boleh tahan. :)

     "you will never miss the water till its gone." 
-quoted





Friday, 11 November 2011

hidung sejuk.


rumah dah dapat internet. YEAY!!

tapi

laptop xleh guna sbb x ada charger. YEAYY!!

bila laa charger nak sampai ni.........





syita' tahun lepas



sekarang tengah syita' (winter), sejuk dia tahap dewa langit ke tujuh. bangun subuh kena fikir 17 kali sebelum sentuh air. kuasa air pada pukul 3-4 pagi mampu menyebabkan anda terasa seperti terkena renjatan elektrik dan menggelupur dalam bilik air tanpa segan silu.

bilik baru saya ada satu bilik air, tapi x ada heater. makanya terpaksa berwudu' guna air batu. kemudian sembahyang subuh sambil terketar-ketar. sama macam nenek anda yang berusia lewat 80-an, menghidap penyakit parkinson sedang sembahyang. tapi nenek tu mampu baca doa lepas sembahyang subuh, saya kadang-kadang tak terbaca doa langsung sebab katil nampak sangat seksi dengan cadar warna merah petak-petak.

malamnya sejukkkk. cabaran untuk stay up revise segala cacing-cacing parasit.
pakai baju 3 helai, stokin 2 pasang, rambut kasi tutup cuping telinga, 1 teko kecik teh O limau panas.
terasa bagai di syurgaaaa.
bonus untuk comforter lembut dari kepala sampai kaki.

duduk cantik-cantik, bukak buku..bismillahhirrahmanirrahimm..



2 minit..













10 minit.....










zzzzzzzzzz
mimpi pergi ostolia main koala.





#in the mid of study, tiba-tiba bunyi kompang. kuat gila.
panggg panggg pongggg panggg panggg panggg.
persiapan untuk walimah senior tahun 6 jumaat ni. Abang Rusydi dan Kak Ja. Mabrouk2!
barakallahu lakuma

Tuesday, 4 October 2011

hurup wau.


Pertama kali tengok "Tanyalah Ustaz" kat tv9, padahal dah nak dekat 2 bulan merewang-rewang depan tv. shame on me. *ambil bantal kecik, pergi tidur bawah meja*

Semalam dah dapat jadual kuliah utk tahun 3 secara pejabatnya. (officially)
tapi masih x tahu termasuk dalam group mana. tahun lepas group D sebab dia sorting guna nama jawi.
kan hurup wau adalah yang terkebelakang maka, group D terkenal dengan orang2 gorjes dan hensem membawa nama 'wan'.
padahal kalau sorting guna nama rumi pun, hurup dabelyu (w) memang azali lagi duduk terkebelakang dan terkebawah. kesian dia.



jadual tampak agak loose.tak tahu sama ada jadual ni akan berubah atau tidak sebab kebiasaanya, Doc memang jeles kalau nampak kami, msia students duduk lepak-lepak makan pizza harga LE 1.50 kat belakang gama'ah . (universiti)

tiba-tiba rindu nak pergi kuliah. heh.
semoga saya akan rajin-rajin pergi kuliah macam dolu-dolu. ewwaaah



perempuan memang pemalu ea? :')



oh ye, Abg Tan aka Amir akan mula PMR pagi ni. doakan Amir dipermudahkan semua urusan peperiksaan dia. cepatlah habis examm, dan balik duduk rumah dengan saya. yey! :)