ads

Tuesday, 5 May 2015

the one fine Friday.

hari jumaat lepas kan,
saya join MARA education enhancement program (MEEP) bertempat di Alexandria.
workshop untuk basic surgical skill.
pagi sampai petang, ada small workshop untuk dressing/srubbing, surgical knot and surgical suture. and doctor selitkan lecture sikit tengah tu. takda la sikit sangat banyak sebenanya hahah. stended arab la mana pernah nak ngajar sikit-sikit neh.

doctor team dari Kasr el Aini.


depan hall tu apa entah nama dia. regional for women something.
lupa dah.


lepas tu kan, kannn. lepass tuu
Nadh ajak makan seafood tapi dia taktahu tempat. so saya pun bawakkan laa newly weds ni makan seafood.
"nice lah sebab Sal ada. boleh tunjuk jalan." cakap Ery.
gituu. dah macam tourist guide dah saya masa tu.
sebab diorang tak pernah sampai and saya pulak dah banyak kali pergi restoran seafood. takde lah banyak kali sangat, cuma dah biasa pergi alex so macam tahu sikit selok belok dia.

restoran seafood Syaaban kat Manshia.
restoran ni quite affordable, boleh pilih sendiri nak ikan apa, nak ikan berapa kilo and boleh pilih sendiri nak masak cemana. rebus ke goreng ke bakar ke ikut suka hati sanubari. just prepare duit sahaja. heee.
first time saya datang sini masa tahun satu 5 tahun lepas. masa tu ada field trip university, kitorang pergi Africano safari and ended lunch kat sini. masa tu semua university support. kitorang maaakaaan je. heaven oh.
sekarang tidak lagi. field trip sekarang tak sedia makan dah. diorang bayarkan trip je, makan sendiri-sendiri. bajet tak cukup bajet padahal kitorang bayar yuran banyak. takpe kita kena bersyukur ada trip percuma daripada tadak langsung heh.

back to Syaaban, masa kami sampai tu restoran ni sesak gila.
sampai nak cari table pun kena queue. bayangkan nak pilih makanan pun kena queue panjang berkajang.
kitorang selit-selit celah arab. lupa yang hari ni hari jumaat. kemain ramai arabs.
biasa lengang je tak payah beratur.

Ery dengan Nadh.

lepas order kitorang pun duduk borak-borak. first time saya duduk setable dengan Ery and Nadh. rasa janggal jugak mula-mula even kitorang sebatch. janggal dengan Ery la sebab tak pernah bercakap dengan Ery sebelum ni kecuali dalam meeting 2 tahun lepas tak silap. tu je lah.. tahun lepas pernah balik Malaysia sekali dengan diorang. masa tu tengok Ery macam garang betei. saya tengok Ery kot. muka dia masa bercakap dengan Nadh tak senyum pun. cemana Nadh boleh nak kawen dengan Ery neh. mihmih. *suka hati je kan cakap macam tuh tak baik!! haks*

borak punya borak, rupanya banyak gelak si Ery ni sebenanya. kalah Nadh. benda tak lawak sangat pun gelak macam apa dah. Nadh ni cakap jugak, tapi laki dia laaagi banyak cakap. okay la tu, complementing orang kata. dan mungkin jugak sebab dia dah selesa dengan perempuan sebab kan dia dah kawen. maka dia selesa la nak cakap dengan kawan perempuan.

point saya sebenar-benar kejadiannya adalah first impression tak selalunya betul.
kenal dulu kemudian baru tahu. jauh tak melencong sebelum masuk point sebanar? hahahaha

kena mengenanya sebab saya teringat masa playdate hari tu.
diorang (AJK batch) ada buat game yang kena tulis nama and opinion kita ataupun first impression kita dekat kawan sebatch (sebatch 40 orang) ni.
kiranya akan dapat 40 opinions untuk setiap orang. saya dapat palingg banyak orang komen kata saya pendiam.
i was like, huh biar benaaaa. celah mananya saya pendiam?
i am bising kot. tak pernah pendiam seumur hidup.

saya macam tak puas hati. saya pun tanya budak batch lain, Alon.
"Alon, Alon tengok Sal ni jenis pendiam ke senyap?"
"pendiam. pendiam kan?"
grrgrgrrr rasa nak gigit jeee Alon masa tuh. sebbaik i pakai braces. payah nak menggigit.

ces. tanak kawan dia. hahaha

saya tak pendiam pun. surrounding ni yang pendiam.
apa laa surrounding ni tak membina masyarakat sungguh.

okay la, nak gi kelas dah.
ciao~ :)







Sunday, 3 May 2015

busy nyaaaaa.

aha! cerita playdate hari tu.
tak sempat nak cerita.
time tengah free, internet pulak selol kalah siput hemiplegic.
time internet laju, takde masa free pulak. -..-
bajet busy. lol

teaser lah dulu kehkeh.
tengah cari masa ni tengah cari masa.






Saturday, 2 May 2015

friends, once.


From a good friend to a total stranger.

Tak pernah terlintas terfikir terdetik pun dalam kepala boleh sampai tahap ni.

Tak semua orang yang walk with us akan stay with us.
some are just walk in and leaves.
people leaves, memories remain. uhuuuu.

sobs sedihnya.
Malas nya nak fikir tapi terfikir-fikir.
Bukan lah malas sangat, lebih kepada kecewa and tak larat dah nak fight for us any longer.

Pulling myself together and carry on.
Tak pe je. Saya tak pernah lupa selit nama dia dalam doa hari-hari.
Sayang masih tetap ada tak berkurang sikit pun. Jangan risau haha.

Ini lah orang panggil kehidupan. Tak semua benda yang kita nak, kita dapat. 

kan?

*peace


Thursday, 23 April 2015

A Playdate

                   


This coming saturday we're gonna have a small class gathering. The theme is playdate. Romeo and Juliet kinda. Basically semua orang akan ada Romeo and Juliet masing-masing. Either awak jadi Romeo and akan ada Juliet awak sendiri. Vice versa.

Tahun last, semua nak create memories la kan. :)
2 minggu lepas kitorang buat mini sports untuk class and my team JUARA kottt. Haha. Ni kita cerita lain kay. 

So today i got a card and a poem. 


                 Lawa sangat dia lukis.
  Saya ni setakat lukis dinosaur sekor tu boleh laaa. 



                                                  Belakang. 


Mula-mula dapat card je. 
But then ada orang pass kertas kecik sekeping. Uuuu.  


         Puisinya goes like thiss. 
       Ececeh. 


Tak sabar nak tahu sapa Romeo tu. 
Tapi macam dah boleh agak. Haha. 

Monday, 20 April 2015

rutin baru.

rutin baru bila dah masuk round surgery ni,
keluar rumah 840 pagi balik paling awal pukul 7 malam.
orang dah iqamat maghrib baru nak jalan balik.

kadang2 ada gap sekejap tengah hari tu akan balik untuk solat.
hmm lapar. cari chips ke biskut ke. makan sekeping dua dengan air kotak sambil tengok Grey's. 
dah pukul 2 petang jalan turun pergi kelas sampai dekat nak maghrib baru habis.
kadang2 terserempak dengan budak melayu balik masjid. aiyak. buat-buat tak nampak je. 

balik rumah penat otak concentrated tak leh fikir dah.
solat makan semua lepas tu kembali ke meja.
pukul 8, rumah senyap. kadang2 bunyi mesin basuh memecah sunyi.
Achik tidur, nanti dia bangun balik at 2am. Alang, Adik and Kakjuju mesti tengah study neh.

kat meja, mata berat. aaargh mengantuknyaaaa lah.
bangun pergi dapur panaskan air.
battle-ing antara nak buat green tea ke coffee?
alah minum coffee pun bukan ada effect boleh hilang mengantuk pun. dah tolerated dah dengan coffee ni. ambik gelas letak satu beg jasmine green tea.

sambil tunggu air masak, cek atas meja dapur. oh ada pisang. tak pun ada oren. wajib dah dua beradik buah ni ada kat dapur. kalau takda tu memang pelik sangat. buah dapat free daripada university time lunch.
pisang je lah sebab malas nak kotor tangan potong oren. nanti nak kena sentuh air basuh pisau laa basuh chopping board laa. kehkeh
bukak peti pulak, deretan air kotak dan yogurt. nak perisa apa semua ada neh.
tangan capai yogurt kaler pink zero fat, hmm letak balik. malas nak makan, tunggu esok je lah buat breakfast. 

air dah masak, kembali ke bilik.
battle-ing antara nak tidur ke nak study untuk lecture esok ataupun revise lecture hari ni.
hmm. jeling katil. empuk nyaaa best nya. comforter tu macam best je kalau boleh guling-guling dalam tu. uuuuu.
last2 bukak buku jugak.
ces. 

study 2-3 pages tengok2 dah nak dekat pukul 12.
awat la cepat benar. rasa macam baruuuu je baca sikit neh. ahaha alasan padahal berangan sampai afrika.
hmmm. rindu malaysia. ehh tiba-tiba.
lastly cari baju kurung untuk pakai esok, pilih tudung. gosok.







maka begitu lah hari-hari.
6 hari seminggu.
hari jumaat je freeeee. tapi ada kelas ngaji lepas jumaat.
haha tak free jugak jumaat pun. padan muka. 



tadak life betei. :3