ads

Tuesday, 20 November 2012

it’s the thought that counts.

somehow teringat,
dulu saya ada seorang sahabat yang sangat seronok dibawa berjalan.
dua-dua kongsi minat yang sama : jalan-jalan, aiskrim dan kek.

"boringnyaaa, jom jalan?"
"jom!"
otak tepu baca anat, plan terus on tanpa banyak fikir.

berjalan sama-sama pada waktu petang is like a wow!
dari awwal-bahr (tempat macam pasar tani) balik ke rumah, sepanjang jalanraya tu ada taman  kat tengah-tengah, jadi kami jalan je straight sampai habis taman tu, bonus untuk angin petang yg sepoi-sepoi bahasa. nostalgik sungguh.
balik rumah tu baru terfikir,
 "aih jauh jugak kita jalan. tak ada orang atas dunia ni sanggup jalan kaki dari awwal bahr sampai rumah la! jauh kot."
minda separa sedar. phewww
lepas tu buat lagi, tak serik.

paling ingat berjalan bawah hujan, tapi buat tak endah.
basah pun tak kisah. sampai arab tenung kami. gila ke apa budak ni?
hayunan langkah tak nampak macam nak bergegas lansung. serius! haha. bila lagi nak main hujan, kat sini memang sangat jarang hujan turun. sampai rumah, baju basah-basah.

dan ada satu masa tu, kami makan aiskrim sama-sama, rela balik berjalan kaki sebab nak makan aiskrim sambil jalan. tiba-tiba bunyi azan maghrib, rumah jauh lagi nak smpai, tapi kami buat muka 'waklek', terus berjalan perlahan, tangan pegang aiskrim dan mata pandang langit tengok burung terbang balik sarang. dua-dua senyum penuh, sama-sama faham yang tak nak balik lagi sebab aiskrim kat tangan belum habis.

"dah maghrib la. macam mana?"
"lek lah. kalau jumpa JAKSI, bagitahu kita datang dari Cairo."
"kahkahkah. nice."

ni cerita dulu, sekarang tak buat dah macam ni. dah solehah la katakan.
lepas tu nak dijadikan cerita........tiba-tiba....

-lain kali lah sambung.



*JAKSI : jawatankuasa keselamatan dan sosial islam. aka badan pencegah maksiat kalau kat msia. kot.
*cerita belum tamat, tapi saya malas nak tulis lagi dah. exam end round hoi. till we meet again friends!



rubix cube.

tengah browsing deviantart, ternampak gambar rubix cube.
terus terbayang muka ame.



saya rindu nak main rubix cube.
dia ajar saya macam mana nak setel benda tu.
dia buat laju laju.
saya tak dapat ikut.
saya ganggu dia buat matematik sebab nak suruh ajar buat rubix cube sampai siap jugak tak kira.
dia ajarkan saja, tanpa banyak cakap.
dia ajar saya, saya ingat, saya turun bawah, dia sambung baca buku.
lepas satu step, saya lupa step seterusnya.
saya jerit "ame, susah la asha nk buat benda ni. ajar!"
dia tak layan.
saya lari naik atas, dia berhenti baca buku, "buat gini laaa. senang."
"ame buat laju sangat, cuba slow sikit."
"habis slow dah ni."
"hahah, oke ingat ingat."
laju tangan dia zip-zap-zip-zap putar rubix cube, kadang-kadang tak payah tengok pun, tangan gerak sendiri. fuyyyoo
"keras sangat ni, x boleh pusing laju-laju."
"eleh padahal ame tu x reti nak pusing laju-laju. hahaha. salahkan benda ni pulak dahh."
"betul lah, kita letak minyak sikit kat tengah2 ni. baru lah nak pusing-pusing tu jadi laju."
"eee x payah. nanti berminyak tangan nak.."
tak payah habis cakap, memang dia dah lari pergi dapur ambik minyak.

minggu berlalu dengan kitaran rubix cube yang sama.
saya tak pernah rasa boring belajar buat rubix cube sebab geram kenapa susah sangat nk setel?!
sampai si abdul hadi pernah bagitahu kat ame, "ame, tak payah ajar asha tu, dia x ingat pun.hari ni siap penuh, esok tanya balik."
hahah. kureng hensem punya adik.

dan saya hampir pandai buat 90 percent.
tiba-tiba ternampak cebisan rubix cuba atas almari tepi tv. pelik ni.
"ame, mana rubix cube?"
"err, hancur,pecah."
"huh? alaaaaaaaa. sapa buat? asha tak sempat belajar sampai habis laaa."
"ame la buat. kelmarin nak ceraikan satu-satu. bila dah ceraikan, nak pasang balik tu tak reti."
"erkk.hahahaha. bukak reti, pasang balik xreti! jom kita beli baru!"




malam-malam kerja kami lastik cicak sambil towaf satu rumah.
satu ekor abah upah seringgit. hew hew.
memang kecoh habis sebab dia geli nak pegang cicak, dia pandai lastik je, saya dan abdul hadi tukang kutip masuk plastik.
lepas dia lastik, cicak jatuh ke lantai, cicak menggeliat nazak, dia pun lari tak cukup tanah.
nama je anak jantan, tapi cicak pun geli.

ada satu malam tu dapat cicak gemuk pehh!
idea jahat ame pun bermula.
"sha, kita belah perut cicak ni nak?"
"wow jom!" kakak beliau yang solehah tu terus bersetuju dengan mata bersinar-sinar.
kami ambik pisau Gillette, jarum dan berbekalkan torchlite yang agak hidup-segan-mati-takmau, kami pun operate sama itu cicak.
mula-mula make sure dia mati dulu, then dissect cicak gemuk tu dari bawah dagu straight sampai ke anus dia.
dan buang organ dia satu persatu. sampai kosong terus perut cicak tu. hahaha. weng.
bau dia jangan cakap lah. macam harom. hanyir gila lekat kat tangan 2 hari tak hilang.

tu semua cerita setahun lepas. sobs
balik summer baru-baru ni tak sempat nak buat apa-apa.
sebab balik 2 minggu je, lepas tu kena pergi mesir semula, resit 2 paper.
sedih sungguh tak puas lagi main dengan adik-adik.
hanya sempat beramah mesra depan tv sahaja.

petang-petang sambil tunggu berbuka, saya, ame dan abdul hadi selalu masuk kebun, duduk atas rumput, mengadap sawah padi.
"buat apa nak maghrib dah ni?!" jerit abah dari dalam pagar rumah bila nampak kami bertiga yang seakan buat liqa' picnic bawah pokok.
"meeting.hahaha" saya jawab.
"oooo.balik balik!" abah.

hari tu telefon rumah, lepas seminggu datang sini.
"sha, bila nak balik lagi? rinduuu. dah tak ada orang teman ame masuk kebun."
air mata saya jatuh. T_T
esakan di hujung talian. hahah. rindu nya serius tak tipu.







*tengah baca toxic untuk exam end round khamis ni, mata terus berat. bukak draft, lama dah tulis cuma tak sempat publish. update sikit, and done! mata terus ringan, lajuu baca buku.