ads

Wednesday 11 December 2013

dreary death.

got a heart breaking news today. 
it’s about the death of our patient.

we’ve been following up her case since last week.
she admitted to the hospital due to chronic SLE – systemic lupus erythematosus, an auto-immune disease affecting multi organ.

the last time I saw her, she was very week and hardly breathing through the nebulizer.
i dont even expect that she will pass away that early.

my first patient who died right before my eyes.
 :’(


Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.
Allahummaghfirlaha warhamha.









Saturday 30 November 2013

mad world.


Hari ni baru terasa kesan kejatuhan ikhwan muslimin di mesir bilamana Ustazah Hebah (murabbi) bagitahu yang kelas mengaji kami tak lagi dibenarkan untuk dibuat di mana-mana masjid.

Masjid hanya dibuka untuk umum pada waktu solat sahaja.
Tak boleh buat liqa' dalam masjid.
Tak boleh belajar agama dalam masjid.

Masjid di mesir sudah hilang fungsi.
How sickening.





Saturday 23 November 2013

eye detox.

sakit mata pulak scroll down blog nampak gambar baba.
boleh membawa kepada hepatic toxicity kot. kehkeh


nah. ganti dengan bunga ni.

Friday 22 November 2013

baba.

ingat tak cerita pasal baba?
baba tuan rumah.

tadddaa.



nama dirahsiakan. lol
watak sampingan dalam hidup.
gitu.
tapi penting juga sebenarnya.




Wednesday 6 November 2013

#of pediatric 1



mong mong!
bagi umpan buku. digigitnya buku tu penuh air liur campur roti.


berpagi-pagian pergi mengambik kes dengan semangatnya.
730 pagi lagi dah turun meredah kesejukan musim sejuk. tangan dah tremors kalah pak cik Alzheimer. haha *letak hyperbola sikit kasi feeeel

bukan rounds saya sebenarnya untuk ambik kes paeds ni. saja menyemak nak tengok macam mana diorang ambik kes.
ayat pertama terpacul kat mulut Cah (batchmate) is "mak cik, kami tak reti sangat nak berbahasa arab."
hahahaha gelak dalam hati bersetuju dengan Cah.

tapi mak cik tu tolong ja. peramah pulak tu.
boleh dapat rough history tu kira ok sangat dah. alhamdulillah.




Monday 4 November 2013

#of internal medicine 1

26 julai - 26 oktober

3 bulan cuti summer tahun ni.
diisi dengan 6 minggu elective posting. di dua department.
O&G (obstetric and gynecology) dan A&E (accident and emergency)
di hosp. raja perempuan zainab II, kota bharu.
harap-harap kerja nanti pun dapat kat sini jugak. amiiinn.

26 oktober balik mesir.
still kepala rasa kosong.
seperti ada sesuatu yang hilang dan tertinggal di malaysia.
*memang pun

untuk tahun 5, kami belajar internal med (IM) dan pediatric.
internal med bahagi 2 - general dan special.
so sekarang ni tengah round IM general.

setiap pagi akan start dengan rotation : ambik case 8-9, sambung lecture 9-11 dan clinical round 11-1.
ambik case pulak dalam bahasa arab. gggahhhhh matilah kali ni.
terkeluar bahasa tamil kang. hakhak

blurrrr.......blur.
tiba-tiba rasa nak tukar kos. erkk
and why did i toook medicine in the first place? whyyyy?? T___T
soalan sama macam ni lah yang selalu merasuk jiwa kalau stresss. haha.

**shuuuhh shuuuh syaiton penghasut sekalian.

best sebenarnya internal med ni.
tak boring pun. integhesting apaaa.
cuma pembelajaran dia berat dan sarat.
lecture campur aduk segala subjek dari tahun 1 sampai 4.
pening pening.



pening sungguh tak tipu.
pening tahap kambing dengan belalang pun boleh tertukar.



life re-sketching.
berusaha nak mem-positifkan ion dalam kepala.
stigma IM tu susah kena buang jauh-jauh.
jauh sampai planet namik.


oh ya.
selamat tahun baru!
it is 1435 hijrah.
ahlan wasahlan. :)



Saturday 2 November 2013

bawak anjing masuk mimpi.

malam semalam mimpi anjing siberian husky.

"siberian husky....siberian husky...."
dia tengah nak lompat keluar tingkap.
4-5 kali duk panggil tapi tak berpaling sampai ke sudah.

huahua. dah la panggil nama genetik terus.
paling kurang letak la nama abu ke, meon ke.

umpamanya, bela kucing.
tapi kucing tu nama kucing. faham tak?
tak faham takpe. malas nk ekseplen. agagagaga

macam dah tak ada makhluk lain atas dunia ni nak bawak masuk mimpi.
pergi mimpi anjingggg buat apaaaa. hahahahahahah

tak rasional. heh

*blog dah kembali jadi tempat aduan haiwan-haiwan. the whole zoo erupt! kahkah

Friday 1 November 2013

immortal no more.

it was during the last hari raya aidil adha when the flu struck.

"ummi, lets go for a doctor. the flu doesnt seems to regress any better. its forth day already."

"the immunity of yours can fight the flu away. they can easily fends off flu. but with time. so no need doctor." she said.

"like a booster rite. how bout medication? no need?" i asked.
"yes. just drink a lot of water." she added.

i said okay, and alhamdulillah the flu just got away on the next day.
how miraculous is my mother. haha

i rarely longing for medication whenever i got sick. except if its very severe and unbearable.
but now, absence from lectures and clinical round mean demerit,
so yesterday i surrendered toward a week of light head-ache, runny nose and sore throat.
*white flag raised
i went to the pharmacy and took a comtrex and vitacid C forcefully

sorry Ummi. my immune system ran an amok. blergghhh!



a bunny a day keeps the doctor away. 



Wednesday 30 October 2013

old is 22.

surgical mask abused!
bersama cinta terbang dari USIM ke Tanta Uni. ahak



jenis pegang garpu macam ni pun adaaa.
pang dgn garpu kang. hewhew



jenuh plan baik punya nak sambut hari jadi kat msia, last-last terdampar di mesir juga. cessshh.
kelas start awal punya pasal. so better safe than sorry ye dak.





Tuesday 2 July 2013

a mess.


so many words left unsaid.
they're all a jumbled mess in my head.
need to spill them out here a bit.
and to swallow some if fits.
*pantun dua kupang



on your mark, go!
curi nina jadi model jap.
source





karma.


2003

buku sains upsr 4.5.6 tu dia tatap lama.
saya tanya,
"ada tak buku macam ni? senang sebab dia combine semua chapter darjah 4 sampai 6."

dia jawab tak ada.

balik rumah.
"mi, ada tak buku gini lebih kat sekolah umi?"
umi saya cikgu secondary school, mana nak cari buku rujukan darjah 6 macam tu.

"kawan asha mi. sedih tengok dia. revise pakai buku teks je. umi try tnya orang cina jual buku kat sekolah, kot2 dia ada."
"nanti umi try tanya." kata umi lagi.

esok esoknya umi bawak balik buku. yahuuu!
untung jadi anak cikgu, senang dapat buku.

saya pun pass kat budak tu.




2012

dia tanya, ada tak buku Kumar Basic Pathology.
saya jawab yang kumar punya tak ada lagi.

dia cakap dia ada lebih. boleh lah kalau nak sebab tak tahu nak pass kat sapa.



weee rezeki jangan ditolak.
menarimenari



cuti summer raya ke-berapa-entah-lupa-dah. dia datang hantar buku.
datang dengan adik dia.

"ni sapa? adik ka?"
muka sama kot. photostat dna ni barangkali.

"ahah. tolong bawakkan motor ni. saya tak reti bawak motor."

pelik.
lelaki tak reti bawak motor.

nak kata nya karma. bukan kurma.
its not like you've done something today and the karma will hit you the day after.
maybe take months? years? haa kan siapa tahu.

banyak kali dia tanya, pernah bagi buku tak kat dia. saya jawab tak kot. awak salah orang ni. bersungguh-sungguh cakap tak.
saya pun tak teringat lansung saya ada bagi buku kat seseorang. sebab benda tu dah lama.
serius tak ingat. banyak makan semut ke apa.
i was like, "apa kena dengan dia. orang cakap tadak, tadak la."

sehinggalah beberapa hari lepas tertengok buku upsr sapa entah.
patut lahhhh!!!
arghhh macam mana haku boleh tak teringat langsung. hakuna matataaaa betul.

bagi buku kurang 300 muka surat, lepas 9 tahun dapat balik buku 900 muka surat.
haaa untung tak i buat bisness?
skim lambat kaya ni. haha



#hey i know you read this, thankss.
maaf baru teringat pernah bagi buku dulu.
:)


Thursday 30 May 2013

pau kacang.

bertanya pada kakak, dia di jordan berperang dengan pantang, saya di mesir berperang dengan exam final.

"apa perasaan dapat baby? best tak?"

-asking the obvious-
apa jenis soalan macam tu. *facepalm




haiiii nama saya wan abdul fattah.
beraset pipi pau cina.



sudah botak!
lepas seminggu baru boleh skype tengok live.




Monday 27 May 2013

biskut satu?

yahh yaaahh yahh.
curi satu boleh?


but study shows bunny cannot eat sugar.
alolllolooo.



#dah macam zoo dah blog ni. -.-

shorto.

next on the list :

Ajak abah pergi pulau.


Saturday 25 May 2013

2 reflections into 1

konklusi awal, perangai sama.
kan?
sama. tak beza.
cuma lain cara.




*sebagai contoh mudah

its like you're my mirror.
as
i can see myself in you.




jadi mari kita muhasabah. :3
sambil makang timun cina sejuuuuk di bawah matahari mesir 38dc.
om nom nom!



#post pasca ustazah cancel kelas ngaji hari ni.ekeke



Tuesday 21 May 2013

ergghhh.

esok exam,
malam ni tadak letrik.








Allahu Allahu.





gelap,
tapi
muka Umi je yang nampak.
T.T




Umi, ketahuilah anakmu ini sedang berperang.
berperang dengan air mata.
sikit lagi empangan pergau ni nak pecah.


nasib baik tadak nyamuk.
kalau tidak bertambah satu lagi peperangan.
ingin saja kubakar satu bangunan ni. *amboi garang

"marahkan nyamuk, kelambu dibakar."



high five sikit Bie?
tanak.
orang tengah sedih ni.




Monday 20 May 2013

ENT it is.

pernah rasa jawab exam, 30 soalan dalam 30 minit?

bermakna, satu soalan untuk satu minit.
ENT baq ang. ENT! *geleng kepala tak percaya


haaa hari rabu ni mari kita rasa sama-sama.
tengok apa rasa dia.
ada rasa kerabu jantung pisang ke tak.




terdampar di pantai.
kepenatan
seharian berenang di lautan.



i bet you, a bear can swim in an open ocean.
cant they?


#kalau tak mengarut sehari rasa tak sedap. haha. bai.


Sunday 12 May 2013

peti kayu manis.

tangan bukak peti rumah orang.
buat macam rumah sendiri.

"ada makanan tak?"

"ni ada nasik. makanlah."

"taknak nasik. nak makanan mengarut2. ada tak?"

"nah."

dihulurkannya sebotol kulit kayu manis.
muka beliau serius, riak membohong tidak sama sekali.

GRRRGRRR.
mata kasi keluar laser beam.

"lah?! tadi kata nak makanan mengarut."

budak Imah ni.
ada jugak perasaan nak baham kepala beliau serta merta dengan lahapnya.
otak auta nombor satu.




Friday 12 April 2013

bones?

petang jumaat minggu lepas.

*bunyi loceng*

tengah ngadap Dexter, malasnya lah nak bangun buka pintu.
cara bunyi loceng pun dah tahu siapa yang tekan : Baba!

lari perlahan ke dapur, hari ni turn kak Ina masak.

"kak Ina, Baba tu. sal malas la nak bukak pintu..kak Ina la bukak pleasee?"

"alaah pergi lah bukak kak Ina nak masak."

*bunyi loceng lagi*

"alaaa takmahuuuu." sambil berlari pakai telekung dan buka pintu, senyum 300 mega watt. faked.

dulang besar penuh tulang lembu (agaknya) ditatang penuh kasih sayang oleh Baba.

salam disambut.

"i bring this for you salsabila!" Baba excited. seperti kebiasaannya.




macam ni lebih kurang.
ngeh3


"err. thank you so much Baba but we dont eat this."

saya perhati tulang-tulang tu kat dulang yang dihulurkan. tulang semata. habis dikikisnya dek tok arab. licin!
at least kalau nak buat soup, haruslah ada fleshes sikit-sikit ye tak?

"why? its goood. you can make a soup out of it. i knew in malaysia its expensive."
(aik? tahu-tahu pulak dia. saya sendiri tak tahu harga tulang lembu kat msia.)

"yes maybe i dont know. but Baba, sorry! we dont eat this. plus, only Amalina and I left in the house now, others are in Cairo."

"why? you can put it in the freezer and cook it after they come back?"

haishh susah nk nego dengan arab ni.
'why' sokmo.
2 bulan lepas kitorang pernah dapat tulang-tulang macam ni, tadak orang makan jugak, ended up buang. takke membazir tu?

"no Baba sorry. we dont eat it Baba. seriously im not joking." saya geleng lagi.

muka beliau berubah.

"its okay then,i bring all of these up, its so heavy. and yet you dont want it." Baba kecewa, boleh pasang lagu Jack-Rose titanic kat sini. ambik feel.


"Baba, its not like we dont want it, but we dont eat it Baba. im really sorry for the trouble. sorry Baba." buat muka sedih sikit.hehe

"its okay its okay salsabila."

"alfu syukran Baba. sorry again."

beliau berlalu turun selepas beri salam.

tipulah kalau tak ada rasa bersalah lepas cakap macam tu.
apa nak buat, redhakan saja. maafkan kami Baba. TT_TT



meoww.
ehh
moooooooo!


Baba saya bekas pilot. english dia A+ lah kalau nak compare dengan arab lain. satu kerugian bagi kami sebab tak ada effort langsung nak cakap arab dengan dia.
dulu kitorang selalu jugak naik ke bumbung rumah ni dan berbual-bual pasal segala masalah dunia. dari pengalaman dia jadi juruterbang tentera udara mesir sampailah hijaunya padi di bumi malaysia.

Baba terlalu baik dengan kitorang sampai tahap kitorang tak nak minta tolong dia kalau ada masalah. sebab? sebab Baba akan setelkan masalah tu sampai menyusahkan diri dia sendiri. so, better setel sendiri kalau taknak susahkan dia.

sehinggalah bulan 6 tahun lepas, masalah timbul antara kami dan kami dah tak rapat macam dulu-dulu dah. awkward sampai sekarang dan saya pun jadi malas nak ambik tahu.

saya tuliskan juga cerita pasal Baba kat sini.
paling kurang ada jugak kenangan ber-tuan-rumah seorang pilot dan seorang pro Husni Mubarak. kehkeh


Tuesday 2 April 2013

sakit rumah.

'thank you sha.' - he said, twice.

saya jadi terdiam. 
*senyum 

cair pun ada, terharu pun ada.
bangga pun ada. hah!



4933 miles from home.
:')



Thursday 21 March 2013

untold.

2 days before.

it was raining inside.

and today, still persist.


Monday 18 March 2013

soul sister.

dedikasi pendek sempena hari kelahiranmu yang ke 25. *apake skemanya bahasa.

once upon a time.....last july.

dalam kereta, traffic light depan KBmall.

"sha, tengok la gambar Ahh ni. muka macam zirafah."

"ahah. betul jugak. sebijik macam zirafah." ketawa pecah lepas tengok gambar pasport yang ada kat tangan dia.

"muka zirafah gini boleh ke tampal kat borang kahwin? lulus tak?" saya provok.

-muka dia dah cuak.

"ini semua salah fotografer indon kat kedai tu lah. alaaaahh. dia suruh Ahh buat macam ni."

"buat apa salahkan indon kalau muka zirafah sejak azali lagi. haha." saya tambah. :D

zirafah sekalipun dia, dia tetap kakak saya. ehem.


#Ahh, selamat hari jadi sekali lagi. pendek2 sudah, yang panjang asha dah post kat fb. hihi
hari jadi Abah pun asha tak buat entry hokay. sila bangga sekarang.

till then, bai. :o)



habis ophthal.

16/3
hari last case taking untuk round ophthalmology.

sungguh saya terhutang budi dengan mereka, pakcik-makcik arab yang datang hospital.

ada yang dipimpin anak.
ada yang bertongkat.
ada yang berjubah lusuh, hampir hilang warna asal.
ada yang jalannya meraba, lalu dituntun doktor ke kerusi.
ada yang terlalu tua, berjalan masuk seorang, tangannya tremors.

diminta buka mata luas-luas, mereka akur saja.
diminta pandang ke kiri-kana atas-bawah berpuluh kali, mereka relakan saja.
diminta letakkan kepala pada slit-lamp berkali-kali, mereka ikut saja.
tanpa banyak tentangan.

terkadang saya rasa bersalah, tak sanggup nak test diorang secara detail step-by-step.
sebab apa?
sebab mereka tua dan nampak sangat menyedihkan.

ada masa tu, doktor suruh kitorang bergilir-gilir buat test red reflex kat seorang pakcik, late 60 i guess. 
bayangkan kitorang satu group 10 orang, 10 kali kena buat test tu.
pakcik ini terlalu tua untuk diperlakukan sedemikian. T_T
tak sampai hati dan serba salah jadinya.

suara dari belakang.
"kesian pakcik ni, banyak kali kena pusing kepala, bukak mata macam tu. dah la dia sakit."
"kasar nya doktor, cuba perlahan sikit."

oh ada sekali tu, pakcik yang sangat bersemangat, dia masuk bilik dengan muka gembira, senyum tak putus. sampai tersalah duduk di kerusi doktor.
betapa eksaitednya dia. baru dapat gaji barangkali.
sebelum dia keluar, dia pesan kat kitorang supaya belajar rajin-rajin dan jadi macam doktor case taking kitorang tu.
hehe sempat lagi buat motivasi. thanks ammu!

ringan saja mulut kami semua cakap "syukran" kat semua pakcik-makcik sebelum diorang melangkah keluar dari bilik.
antara dengar dan tidak.
tak apa lah, at least, mereka tahu kami sangat berterima kasih atas susah payah mereka.



Friday 8 March 2013

duit.

slide diseased retina yang agak complicated dan rare terpampang kat depan.

doctor minta kitorang diagnose detail punya.

ni tahap postgraduate ni. tak aci. (alasan)

senyap sunyi kelas.

lalu,

doctor letak duit 20 pound atas meja.

semua angkat tangan nak jawab.

see?!

#medical-student-big-money oriented.
bukan mata duitan tapi lebih kepada motivasi untuk perah otak fikir lebih.
doctor yang didik kitorang jadi macam ni. haha
kan doctor? ishh 


Wednesday 27 February 2013

being an asian.

we have a lecture today, about angle-closure glaucoma.
a very interesting topic as the professor, Doctor Saied Shalaby started the slide presentation with a short verse in holy quran and stressed on how we are not greatful enuf for being a muslim.
we are indeed a muslim but sometimes we dont act like one.
sighed that i cant remember the exact verse. =.=

being a medical student in mid-east, i think all of us are lucky for having a free-everyday reminder about islam in between the hectic lectures.
its like pergi kuliah agama. eheh

at the point that the doctor said,

"south east asia people tends to get angle-closure glaucoma because they are dwarf."

what? dwarf?! 
i think i heard you wrong professor!
the whole class are froze by the dwarf word. haha

but then he repeated, "yes, asians are dwarf. dont you agree?"

"you, *fingers pointed at us* asians are quite short compared to the other races. short body comes with short axial length of the globe, and of course short-small eyes will give you shallow anterior chamber and small vitreous humour."

yes we are but not to that extend la.
dwarf?! aaaargghhh haku takleh terima ini.

teringat ada dialog dalam cerita A Little Thing Called Love,
ulang banyak kali scene ni sebab kelakar gila. :D

i just cant accept that!





Tuesday 19 February 2013

random.

skype, selasa, 1.40 pagi. GMT +2.

"i miss to have a nonsense-talk with you."

"tu lah. i miss all those misbehavior things we did back then. well, crazy is us."

blablablabla yadaayadaayadaa
tak expect pulak nak jadi panjang macam ni. ;p

-
-
-
-
-
-
-

tiba-tiba!

"suka dia lagi?" *gila tak gila soalan

"tak tahu. sometimes."

"pernah tak frust before this?"

"pernah. cakap sebab ada pengalaman la ni."

"err. o..kaaayyy." "so, buat apa bila frust?"

"buat 'malah bbaso'."

"hoho. dah berapa kali frust?"

"sekali."

"ceh. sembang macam dah banyak kali."

"pengalaman mengajar erti kehidupan. saya ni jenis setia, kalau suka kat seseorang, memang gila-gila punya suka. sebab tu ada hadis kata, bersederhana dalam semua benda."

"betul jugak. benda fitrah, nak lari pun susah."



*saya sebagai pihak yang bertanya.
good night people! :)



Tuesday 12 February 2013

blur.

tak tahu nak buat apa.
konfius.



"Sal ni kea sokmo blur tahu tak? blur ppah ceroh."

"err. maybe. blurred by. its not an option pun. haha. bukan salah saya la mam!"

"ye lah tu. tak nak mengaku. sepak nak?"

"tak best la. aci tuduh-tuduh. serius, tak faham. Sal blur lagi. Explain laa."

"ahh shadap yu!"

dia sudah jenuh nak jawab soalan saya.
baru perasan 'counter-attack' conversation tu dah masuk jam kedua.




hijrah.

"pakcik, nak hijrah."
Izah muka konfiden dan bersungguh-sungguh mintak kuih 'hijrah'.

pakcik tu buat muka blurr 700 mega watt.

huh?! apakah?

"hijrah? apa benda hijrah Izah?"

"ni...makanan makan masa maulid nabi."

"asyura?"

"ohhh asyuraa laa. bukan hijrah."

berdekah2 kami gelak lepas tu.


bubur hijrah - katanya Izah.
HAHA!


_____________________________________________________________________________________________


oleh kerana Izah duduk Cairo, saya duduk Tanta, dia tahun 2 dan saya tahun 4,
orang selalu tanya macam mana kitorang kenal dan jalan-jalan Jordan sekali.
saya selalu tergagap tak reti nak jawab.

"Izah ni adik ipar saya. ehh bukan! saya tak kahwin lagi mana ada adik ipar. dia adik ipar kepada kakak saya."

atau jawab macam ni.

"errr, kami biras."
klasik oke. tak semua orang familiar dengan term tu.
dan ended up saya pula yang terpaksa malah gigih explain term 'biras' tu.



Izah dan kak Bella.
burj el-arab airport, Alexandria



"kakak dia kahwin dengan abang saya."
jawab Izah pendek.

haaaa kan senang tuu.







Thursday 7 February 2013

tersalah tapak.

Isnin 5 feb.
4.35 petang

"kak ji..macam mana boleh salah masuk ni? ishh."
"tu lah, tadi rasa macam ramai perempuan. tengok-tengok dah ghaib terus. magik!"



tersalah masuk coach lelaki sahaja. deng!

dari metro sayyidah zainab balik ke ramsis, 6 kali stop. 
berdiri bergoyang-goyang. nak paku tangan kat tiang, tapi arab penuh pulak tadak space.
 terkulat-kulat kami berdua bawah ketiak arab-balik-ofis-pukul-lima-petang.

apa perasaan?
oh mai soo heaven.


mata secara tidak lansung melakukan ujian saringan jantina.
seriously tak ada perempuan lansung?

ehh adaaa!
haaaa hujung tu. tudung purple.
lepas 2 kali stop, dia pun turun.
ngaaaaa



suffocate and insecure.
mahu terjun turun pada saat itu juga.

Sunday 3 February 2013

malu haih.

"..entah masihkah adaaa cinta di hatiku untukmu."
"entah masihkah kapan kanku dapat membuka hati untukmu.."

suara hensem afgan memenuhi ruang bilik.
alarm volume 8 tu terus berbunyi..
tuan telefon kat sebelah masih nyenyak tidur.

pelik pulak si Azira ni.
ada ke patut pakai lagu ni buat alarm. lagi mau tidur ada lah.

baru 530, pantas jari slide kat telefon screen penuh tu- stopkan dia.

lepas 10 minit, tersentak lagi dengan alarm kat telefon sendiri.
kali ni bunyi macam warning spaceship nak crash dgn meteor.

"tang tang tang tang!"
laju-laju jari ni slide screen telefon, nak dismisskan alarm.

nak dekat berpuluh kali jari tapping kat screen tapi tak jadi.
kenapa tak jadi? hailaaa bising nyaaa bunyi dia. nak bangun tapi awal lagi ni.

mamai punya pasal.
lepas 5 minit gigih tapping screen, baru perasan yang bb saya ni bukan touch screen.

huaarrrgggghh!
dushh dussh ketuk kepala ke dinding. cesss

senyum lebar, kaki terus melangkah ke bilik air. bikin malu setahun.
nasib baik tadak orang tengok.
kalau tak, terasa juga mahu pindah keluar pergi sambung belajar kat afreka.




Thursday 17 January 2013

merry go round.

public health and community medicine.
YOSHH!


round PH ni dah habis alhamdulillah. tapi satu entry pasal PH langsung tak tulis.
nampak sangat tak minat. =,=

oh sabtu ni end round exam untuk PH.
esoknya terus sambung round Ophthal.
kejam sangat HOD nya puuun. beri lah rest 2-3 hari ye dak?
moga tenang-tenang saja hendaknya. :)






Tuesday 15 January 2013

anak arab

eddges.
restoran ala-ala mcD tu penuh dengan kanak-kanak mesir. bising macam tadika.
kami duduk berdua di meja 4 kerusi bersebelahan dgn meja anak-anak arab.
lamanyaaaa abang Eddges ni hantar makanan.

sambil tu bukak fon nak buffer youtube, wifi free apa lagi.

tiba-tiba, budak arab 4 orang tu pandang-pandang.
kami senyum, lambai tangan dan diorang bergerak rapat ke arah meja kami.
kebetulan makanan diorang pun tak sampai lagi.

saya pun apa lagi. kid-ish mode activated!
"heyy you! nama apa..."
and the conversation went mad. haha

ada seorang budak ni, agak tembam dan sihat! banyak makan burger ni. heh
saya pegang perut dia, unconsciously cakap "perut awak besar lah!"
semua kawan dia yg 3 orang lagi tu gelak satu restoran dengar.
dia lari malu-malu. then patah balik, pegang perut, muka geram sambil cakap "ni belum cukup besar!"

hahaha.

makanan diorang pun sampai, diam terus bila dapat makanan.

tengah-tengah pegang fon nak bkk twitter, tiba-tiba
"akak nak bb pin." tegur Kareem berambut-kerinting-muka-hensem.

"huh?! oh sekejap."

tunjuk pin. baca kat dia laju-laju.

"perlahan sikit, laju nya!"

"hahaha okay sorry!"

kecik2 dah pandai minta pin. heh


lagi 2 orang kena tolak tepi dek Kareem (kanan). kesian dia.



"can you give me the picture?" - Kareem on bbm

terus dia set gambar ni sebagai profile picture.
u_u'

kami berbual pasal apa entah lepas tu. berbelit2 jari nak reply soalan dia.



well. ejas adik, siapa tahu dapat abang? :p jk

hibernasi?

ranting, writing.

and publish something.





its just not in the blood anymore.


sangkut dagu. malas.



#bajet pernah publish empatbelasratus entries. haha