ads

Thursday 21 March 2013

untold.

2 days before.

it was raining inside.

and today, still persist.


Monday 18 March 2013

soul sister.

dedikasi pendek sempena hari kelahiranmu yang ke 25. *apake skemanya bahasa.

once upon a time.....last july.

dalam kereta, traffic light depan KBmall.

"sha, tengok la gambar Ahh ni. muka macam zirafah."

"ahah. betul jugak. sebijik macam zirafah." ketawa pecah lepas tengok gambar pasport yang ada kat tangan dia.

"muka zirafah gini boleh ke tampal kat borang kahwin? lulus tak?" saya provok.

-muka dia dah cuak.

"ini semua salah fotografer indon kat kedai tu lah. alaaaahh. dia suruh Ahh buat macam ni."

"buat apa salahkan indon kalau muka zirafah sejak azali lagi. haha." saya tambah. :D

zirafah sekalipun dia, dia tetap kakak saya. ehem.


#Ahh, selamat hari jadi sekali lagi. pendek2 sudah, yang panjang asha dah post kat fb. hihi
hari jadi Abah pun asha tak buat entry hokay. sila bangga sekarang.

till then, bai. :o)



habis ophthal.

16/3
hari last case taking untuk round ophthalmology.

sungguh saya terhutang budi dengan mereka, pakcik-makcik arab yang datang hospital.

ada yang dipimpin anak.
ada yang bertongkat.
ada yang berjubah lusuh, hampir hilang warna asal.
ada yang jalannya meraba, lalu dituntun doktor ke kerusi.
ada yang terlalu tua, berjalan masuk seorang, tangannya tremors.

diminta buka mata luas-luas, mereka akur saja.
diminta pandang ke kiri-kana atas-bawah berpuluh kali, mereka relakan saja.
diminta letakkan kepala pada slit-lamp berkali-kali, mereka ikut saja.
tanpa banyak tentangan.

terkadang saya rasa bersalah, tak sanggup nak test diorang secara detail step-by-step.
sebab apa?
sebab mereka tua dan nampak sangat menyedihkan.

ada masa tu, doktor suruh kitorang bergilir-gilir buat test red reflex kat seorang pakcik, late 60 i guess. 
bayangkan kitorang satu group 10 orang, 10 kali kena buat test tu.
pakcik ini terlalu tua untuk diperlakukan sedemikian. T_T
tak sampai hati dan serba salah jadinya.

suara dari belakang.
"kesian pakcik ni, banyak kali kena pusing kepala, bukak mata macam tu. dah la dia sakit."
"kasar nya doktor, cuba perlahan sikit."

oh ada sekali tu, pakcik yang sangat bersemangat, dia masuk bilik dengan muka gembira, senyum tak putus. sampai tersalah duduk di kerusi doktor.
betapa eksaitednya dia. baru dapat gaji barangkali.
sebelum dia keluar, dia pesan kat kitorang supaya belajar rajin-rajin dan jadi macam doktor case taking kitorang tu.
hehe sempat lagi buat motivasi. thanks ammu!

ringan saja mulut kami semua cakap "syukran" kat semua pakcik-makcik sebelum diorang melangkah keluar dari bilik.
antara dengar dan tidak.
tak apa lah, at least, mereka tahu kami sangat berterima kasih atas susah payah mereka.



Friday 8 March 2013

duit.

slide diseased retina yang agak complicated dan rare terpampang kat depan.

doctor minta kitorang diagnose detail punya.

ni tahap postgraduate ni. tak aci. (alasan)

senyap sunyi kelas.

lalu,

doctor letak duit 20 pound atas meja.

semua angkat tangan nak jawab.

see?!

#medical-student-big-money oriented.
bukan mata duitan tapi lebih kepada motivasi untuk perah otak fikir lebih.
doctor yang didik kitorang jadi macam ni. haha
kan doctor? ishh