ads

Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Friday, 8 March 2013

duit.

slide diseased retina yang agak complicated dan rare terpampang kat depan.

doctor minta kitorang diagnose detail punya.

ni tahap postgraduate ni. tak aci. (alasan)

senyap sunyi kelas.

lalu,

doctor letak duit 20 pound atas meja.

semua angkat tangan nak jawab.

see?!

#medical-student-big-money oriented.
bukan mata duitan tapi lebih kepada motivasi untuk perah otak fikir lebih.
doctor yang didik kitorang jadi macam ni. haha
kan doctor? ishh 


Wednesday, 27 February 2013

being an asian.

we have a lecture today, about angle-closure glaucoma.
a very interesting topic as the professor, Doctor Saied Shalaby started the slide presentation with a short verse in holy quran and stressed on how we are not greatful enuf for being a muslim.
we are indeed a muslim but sometimes we dont act like one.
sighed that i cant remember the exact verse. =.=

being a medical student in mid-east, i think all of us are lucky for having a free-everyday reminder about islam in between the hectic lectures.
its like pergi kuliah agama. eheh

at the point that the doctor said,

"south east asia people tends to get angle-closure glaucoma because they are dwarf."

what? dwarf?! 
i think i heard you wrong professor!
the whole class are froze by the dwarf word. haha

but then he repeated, "yes, asians are dwarf. dont you agree?"

"you, *fingers pointed at us* asians are quite short compared to the other races. short body comes with short axial length of the globe, and of course short-small eyes will give you shallow anterior chamber and small vitreous humour."

yes we are but not to that extend la.
dwarf?! aaaargghhh haku takleh terima ini.

teringat ada dialog dalam cerita A Little Thing Called Love,
ulang banyak kali scene ni sebab kelakar gila. :D

i just cant accept that!





Tuesday, 12 February 2013

hijrah.

"pakcik, nak hijrah."
Izah muka konfiden dan bersungguh-sungguh mintak kuih 'hijrah'.

pakcik tu buat muka blurr 700 mega watt.

huh?! apakah?

"hijrah? apa benda hijrah Izah?"

"ni...makanan makan masa maulid nabi."

"asyura?"

"ohhh asyuraa laa. bukan hijrah."

berdekah2 kami gelak lepas tu.


bubur hijrah - katanya Izah.
HAHA!


_____________________________________________________________________________________________


oleh kerana Izah duduk Cairo, saya duduk Tanta, dia tahun 2 dan saya tahun 4,
orang selalu tanya macam mana kitorang kenal dan jalan-jalan Jordan sekali.
saya selalu tergagap tak reti nak jawab.

"Izah ni adik ipar saya. ehh bukan! saya tak kahwin lagi mana ada adik ipar. dia adik ipar kepada kakak saya."

atau jawab macam ni.

"errr, kami biras."
klasik oke. tak semua orang familiar dengan term tu.
dan ended up saya pula yang terpaksa malah gigih explain term 'biras' tu.



Izah dan kak Bella.
burj el-arab airport, Alexandria



"kakak dia kahwin dengan abang saya."
jawab Izah pendek.

haaaa kan senang tuu.







Thursday, 7 February 2013

tersalah tapak.

Isnin 5 feb.
4.35 petang

"kak ji..macam mana boleh salah masuk ni? ishh."
"tu lah, tadi rasa macam ramai perempuan. tengok-tengok dah ghaib terus. magik!"



tersalah masuk coach lelaki sahaja. deng!

dari metro sayyidah zainab balik ke ramsis, 6 kali stop. 
berdiri bergoyang-goyang. nak paku tangan kat tiang, tapi arab penuh pulak tadak space.
 terkulat-kulat kami berdua bawah ketiak arab-balik-ofis-pukul-lima-petang.

apa perasaan?
oh mai soo heaven.


mata secara tidak lansung melakukan ujian saringan jantina.
seriously tak ada perempuan lansung?

ehh adaaa!
haaaa hujung tu. tudung purple.
lepas 2 kali stop, dia pun turun.
ngaaaaa



suffocate and insecure.
mahu terjun turun pada saat itu juga.

Thursday, 17 January 2013

merry go round.

public health and community medicine.
YOSHH!


round PH ni dah habis alhamdulillah. tapi satu entry pasal PH langsung tak tulis.
nampak sangat tak minat. =,=

oh sabtu ni end round exam untuk PH.
esoknya terus sambung round Ophthal.
kejam sangat HOD nya puuun. beri lah rest 2-3 hari ye dak?
moga tenang-tenang saja hendaknya. :)






Tuesday, 15 January 2013

hibernasi?

ranting, writing.

and publish something.





its just not in the blood anymore.


sangkut dagu. malas.



#bajet pernah publish empatbelasratus entries. haha

Tuesday, 20 November 2012

it’s the thought that counts.

somehow teringat,
dulu saya ada seorang sahabat yang sangat seronok dibawa berjalan.
dua-dua kongsi minat yang sama : jalan-jalan, aiskrim dan kek.

"boringnyaaa, jom jalan?"
"jom!"
otak tepu baca anat, plan terus on tanpa banyak fikir.

berjalan sama-sama pada waktu petang is like a wow!
dari awwal-bahr (tempat macam pasar tani) balik ke rumah, sepanjang jalanraya tu ada taman  kat tengah-tengah, jadi kami jalan je straight sampai habis taman tu, bonus untuk angin petang yg sepoi-sepoi bahasa. nostalgik sungguh.
balik rumah tu baru terfikir,
 "aih jauh jugak kita jalan. tak ada orang atas dunia ni sanggup jalan kaki dari awwal bahr sampai rumah la! jauh kot."
minda separa sedar. phewww
lepas tu buat lagi, tak serik.

paling ingat berjalan bawah hujan, tapi buat tak endah.
basah pun tak kisah. sampai arab tenung kami. gila ke apa budak ni?
hayunan langkah tak nampak macam nak bergegas lansung. serius! haha. bila lagi nak main hujan, kat sini memang sangat jarang hujan turun. sampai rumah, baju basah-basah.

dan ada satu masa tu, kami makan aiskrim sama-sama, rela balik berjalan kaki sebab nak makan aiskrim sambil jalan. tiba-tiba bunyi azan maghrib, rumah jauh lagi nak smpai, tapi kami buat muka 'waklek', terus berjalan perlahan, tangan pegang aiskrim dan mata pandang langit tengok burung terbang balik sarang. dua-dua senyum penuh, sama-sama faham yang tak nak balik lagi sebab aiskrim kat tangan belum habis.

"dah maghrib la. macam mana?"
"lek lah. kalau jumpa JAKSI, bagitahu kita datang dari Cairo."
"kahkahkah. nice."

ni cerita dulu, sekarang tak buat dah macam ni. dah solehah la katakan.
lepas tu nak dijadikan cerita........tiba-tiba....

-lain kali lah sambung.



*JAKSI : jawatankuasa keselamatan dan sosial islam. aka badan pencegah maksiat kalau kat msia. kot.
*cerita belum tamat, tapi saya malas nak tulis lagi dah. exam end round hoi. till we meet again friends!



Tuesday, 2 October 2012

bukan di takuk lama.

"asha dah lain laa sekarang ni."

"huh. errr." *dalam hati, hahhh sudahh.

"nak asha yang dulu ke nak asha yang sekarang?"

"nak yang sekarang. hehehe"

"hahah. tahu pun."

"betul lah orang kata, kita akan jadi lain, jadi lebih matang selepas Allah swt datangkan ujian. kita grow into someone stronger."

:) alhamdulillah thumma alhamdulillah.






FIGHT!!
"Regret nothing because at some point it was exactly what you wanted."





Tuesday, 31 January 2012

cerpen malam 31 januari.

short update sempena header versi 'gegirl' yang baru. cewwwah.
saya pilih background ringkas, paper-line sahaja sebab header pun dah nampak serabut.
dengan daun-daun berguguran segala. (_ _)!

baiklah, tolak tepi pasal header.
saya dah start winter break untuk 2 minggu, sambung dengan mid-term exam yang juga 2 minggu.
sum up jadi sebulan jugak lah cutinya, sebab kalau exam memang tak ada kelas.
oleh kerana x ada fulus nak melancong plus exam selepas cuti, makanya cuti kali ini dimanfaatkan dengan aktiviti menjelajah buku-buku teks 300 muka surat, makan dan tidur seperti beruang lagaknya.

tinggal kak ina dan saya sahaja di rumah tingkat 6 ni. aku tengok kau, kau tengok aku.
kak piqah dan kak effa pergi UK.
kak fana pulak pergi Sinai sampai hari ni tak balik-balik.

ini cerita 23 januari lepas :





dalam majlis yang serba kekurangan (kurang dan tak berseri sebab saya tak dapat balik)
my kakak merangkap puteri sulung encik Abah telah selamat bertunang dengan buah hati pengarang jantung dia. Alhamdulillah.

gambar tunang dia tak boleh letak kerana masih tidak saf taraf. kehkehkeh
kalau dah sah, jangan kan tunang dia, gambar jiran-jiran sekampung tunang dia pun saya letak kasi semak dalam blog ni. weeeee :D
dan insyaAllah walimah 23 ogos. semoga saya dapat balik, amiiiin.
walimah abang sulung saya 2 tahun lepas, terlepas sebab saya ada final exam masa tu.
yang ini harapnya tak terlepas lagi. mudah-mudahan.


 lagi 6 bulan. cepat lah masa......



Friday, 23 December 2011

berita gembira berduet.

i got 2 good news here.


dedicated for the birthday boy :
i love the way he smiled. muka suci.


satu :  21/12/11
happy 15th birthday! 
semoga Ame menjadi anak yang soleh, penyejuk mata Abah dan Umi.
ingat, redha Allah pada redha mereka.
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah swt.


dua :  22/12/11
TAHNIAH untuk keputusan PMR!!
7A's and 2B'S.
apalah sangat 2B'S tu. jangan risau lah.
Allah dah susun yang terbaik, insya Allah.
belajar rajin-rajin ye tahun depan.

oh satu lagi.
tak kisah lah masuk sekolah mana-mana pun.
sekolah planet marikh sekalipun, kalau tak reti 'bentang sejadah' tak guna jugak kan?
jom kita sama-sama mumtaz dunia dan akhirat.


"the most beautiful thing in this world is to see your parent smiling and knowing that you are the reason behind that smile."-quoted



You had made Abah and Umi proud of you. alhamdulillah.
and one thing for sure, i definitely happy for your excellence. keep it up!






*salam sayang banyak-banyak dari belakang piramid.
*asha balik ni, jangan lupa belanja. ini adalah kewajipan ke atas kamu. hahah