ads

Tuesday 31 January 2012

cerpen malam 31 januari.

short update sempena header versi 'gegirl' yang baru. cewwwah.
saya pilih background ringkas, paper-line sahaja sebab header pun dah nampak serabut.
dengan daun-daun berguguran segala. (_ _)!

baiklah, tolak tepi pasal header.
saya dah start winter break untuk 2 minggu, sambung dengan mid-term exam yang juga 2 minggu.
sum up jadi sebulan jugak lah cutinya, sebab kalau exam memang tak ada kelas.
oleh kerana x ada fulus nak melancong plus exam selepas cuti, makanya cuti kali ini dimanfaatkan dengan aktiviti menjelajah buku-buku teks 300 muka surat, makan dan tidur seperti beruang lagaknya.

tinggal kak ina dan saya sahaja di rumah tingkat 6 ni. aku tengok kau, kau tengok aku.
kak piqah dan kak effa pergi UK.
kak fana pulak pergi Sinai sampai hari ni tak balik-balik.

ini cerita 23 januari lepas :





dalam majlis yang serba kekurangan (kurang dan tak berseri sebab saya tak dapat balik)
my kakak merangkap puteri sulung encik Abah telah selamat bertunang dengan buah hati pengarang jantung dia. Alhamdulillah.

gambar tunang dia tak boleh letak kerana masih tidak saf taraf. kehkehkeh
kalau dah sah, jangan kan tunang dia, gambar jiran-jiran sekampung tunang dia pun saya letak kasi semak dalam blog ni. weeeee :D
dan insyaAllah walimah 23 ogos. semoga saya dapat balik, amiiiin.
walimah abang sulung saya 2 tahun lepas, terlepas sebab saya ada final exam masa tu.
yang ini harapnya tak terlepas lagi. mudah-mudahan.


 lagi 6 bulan. cepat lah masa......



4 comments:

KeMa said...

gamba meh nikoh doh... weeee.. :D

Salsabila said...

hahah. agak la :)

Ain Fatihah said...

sal, kak faten ko btunang?

Salsabila said...

ni faten hok sore lagi ain. kak faten hok joden tu x tune lg. :D