ads

Saturday 21 January 2012

ikan keli.


Assalamualaikum wbt.

saya tersangatlah boring. sungguh.
sunyi gila rumah kalau tak ada kak ina dan kak fana.
diorang sleep over rumah kak faezah. tinggal kak piqah, kak syafa, kak effa and me. :)
tapi semua dalam bilik, macam biasa.

hari ni saya ganti kak fana memasak. but. saya malas gila nak masak. makanya, order ikan keli sambal merah kat kedai makan Andalas. wuhuuu.

the conversation goes like this.

me : assalamualaikum ustaz Andalas ye?
ostad : waalaikumsalam. iya? 
me : ustaz! hari ni boleh order x? saya malas nak masak. 
ostad : oh ya? bisa bisa. hahahaha

=.=
boleh plak dia gelak. cessss

me : ustaz, saya nk order ikan keli sambal merah 3 lah. boleh? nak sambal lebih?
ostad : oh ada ada. 
me : ada lauk apa lagi ya?
ostad : errr. kami ada ayam bakar, ayam masak merah, ayam goreng andalas bla bla bla bla bla bla. 
me : ooooooooooooooh. lagi?
ostad : ustazah mahunya apa? bilang saja sih.
me : ok2. saya nak ikan keli je lah 3.
ostad : ikan kelinya 3. apa lagi ya ustazah? nasinya nggak mahu? hahahahaha
me : hahaha. saya udah masak nasi nya. cuma lauknya belum ada ni.
ostad : ooh. hahaha. mahunya delivery di mana ni?
me : kat eminent, bangunan warna hijau, tepi kedai gunting.
ostad : ohh, kedai gunting rambut itu ya?
me : bukan! TEPI kedai gunting rambut.
ostad : oooh. itu saya kenal. ok bisa bisa.
me : ok. ustaz jap! ada bakso tak?
ostad : ada ada. mahu?
me : ehh tak tak. tak mahu. 
ostad : kamu ini saja nanya ya? hahahaha
me : erkk.


hyperactive betul ustaz indon kedai makan Andalas ni. melebih-lebih pulak dia gelak. haha

setengah jam kemudian. lama gila tunggu.
*dail number Andalas sekali lagi.

me : assalamualaikum ustaz.
ostad : waalaikumsalam. iya ustazah?
me : ustaz. lama lagi ke? dah sejam setengah ni. nasi saya dah sejuk lah.
ostad : oh ya? maaf ya. ustaz delivery nya lagi di luar. ikan kelinya sudah siap kok. sebentar ya.
me : oh. oh. ok. terima kasih. salam
ostad : sama-sama. waalaikumsalam.

lapar.....
saya pergi goreng telur dan panaskan kari ikan yang kak piqah masak semalam.
dan ustaz Andalas tu call, cakap dia dah nak gerak untuk delivery.

lepas bungkus duit dalam kertas, saya pakai tudung dan jenguk kat beranda. tak ada pun.
lamanya ustaz..
jalan kaki kot.
tiba-tiba nampak ada motor, dan ada orang lambai-lambai tangan kat bawah nun.
siapa pulak laa nak mengorat aku memalam ni?
dari beranda tingkat enam, mustahil lah nak cam betul-betul muka dia.
saya intai lagi, dia lambai-lambai lagi.
lama jugak laa duduk main intai-intai macam tu.
kalau ustaz Andalas, mesti dia call kalau dah sampai bawah.
dan akhirnya, dia mengalah sambil tunjukkan plastik makanan kat saya.
ohhhhhh. iya laaa.
hahaha. malu!!
lain kali call laa kalau dah sampai bawah! ini tidak, duk main lambai-lambai sape suruh!




              








3 ikan keli utk LE 25 sekali dgn upah delivery.
dulu saya tak makan ikan keli walaupun abah saya pernah jadi penternak ikan keli, semua askar wataniah kat rumah makan, kecuali saya.
bila tak ada depan mata, baru terhegeh-hegeh nak belajar makan makhluk ni. sedap boleh tahan. :)

     "you will never miss the water till its gone." 
-quoted





2 comments:

Magic said...

hahaha..sdp owh ikan keli..

Salsabila said...

seddddapp!