ads

Tuesday 31 January 2012

cerpen malam 31 januari.

short update sempena header versi 'gegirl' yang baru. cewwwah.
saya pilih background ringkas, paper-line sahaja sebab header pun dah nampak serabut.
dengan daun-daun berguguran segala. (_ _)!

baiklah, tolak tepi pasal header.
saya dah start winter break untuk 2 minggu, sambung dengan mid-term exam yang juga 2 minggu.
sum up jadi sebulan jugak lah cutinya, sebab kalau exam memang tak ada kelas.
oleh kerana x ada fulus nak melancong plus exam selepas cuti, makanya cuti kali ini dimanfaatkan dengan aktiviti menjelajah buku-buku teks 300 muka surat, makan dan tidur seperti beruang lagaknya.

tinggal kak ina dan saya sahaja di rumah tingkat 6 ni. aku tengok kau, kau tengok aku.
kak piqah dan kak effa pergi UK.
kak fana pulak pergi Sinai sampai hari ni tak balik-balik.

ini cerita 23 januari lepas :





dalam majlis yang serba kekurangan (kurang dan tak berseri sebab saya tak dapat balik)
my kakak merangkap puteri sulung encik Abah telah selamat bertunang dengan buah hati pengarang jantung dia. Alhamdulillah.

gambar tunang dia tak boleh letak kerana masih tidak saf taraf. kehkehkeh
kalau dah sah, jangan kan tunang dia, gambar jiran-jiran sekampung tunang dia pun saya letak kasi semak dalam blog ni. weeeee :D
dan insyaAllah walimah 23 ogos. semoga saya dapat balik, amiiiin.
walimah abang sulung saya 2 tahun lepas, terlepas sebab saya ada final exam masa tu.
yang ini harapnya tak terlepas lagi. mudah-mudahan.


 lagi 6 bulan. cepat lah masa......



Saturday 21 January 2012

kekasih.

Assalamualaikum wbt. hello!


i got a new interest for these past few days.
*wink wink

mereka adalah pasangan bahagia yang selalu kejutkan saya pada waktu pagi.
tadddda!




ada satu malam tu, saya pandang tingkap bilik dan cakap, semoga esok mereka singgah dulu kat sini, sebelum terbang cari rezeki.
bangun-bangun esoknya mereka tak ada!
biasa area 7-8 pagi diorang sampai, tapi sampai 9 pagi suku-suku macam tu, diorang tak singgah pun.
haishhhh. musykil.
pergi bulan madu kah?
saya bermonolog sendirian.
ke diorang sakit? siapa tahu kan musim-musim sejuk ni.
sakit dada ke. bird flu ke. darah tinggi ke. kencing manis ke.
tiba-tiba saya risau.

petang tu, masa saya tengah mimpi indah pergi cambodia, saya terjaga sebab terdengar bunyi burung merpati ramai-ramai.
aiiii. punya bising. dia bawak kroni nak balas dendam. ramai! lebih daripada 5 ekor mungkin.
duk berkokok-kokok, buat demo depan tingkap ni.
bising sampai tak boleh tidur!
saya malas nak bersalam mesra mahupun bertanya khabar.
tidur masih lebih enakkk. haha
5 minit lepas tu, diorang blah.

terfikir jugak, apa benda yang diorang cuba sampaikan sehingga perlu singgah dengan kroni bagai. huh.
adakah ianya alamat yang tidak baik? atau datang dengan niat merisik?
tak ada pulak nampak surat-cinta-sampul-warna-pink-ada-bunga.
lain kali alang-alang singgah reramai macam tu, bawak laa buah tangan. limau mandarin sekotak pun jadi.


dannn..
pagi tadi, saya bangun tanpa bergantung kepada alarm handfon, mereka datang berdua kejutkan saya. wuhhuuu
macam ibu-ibu gitu.
"hai! selamat pagi." saya sapa. mereka tak jawab. lah?! sombong.

saya harap pagi saya akan lebih indah!
ada orang cakap, kalau pagi-pagi lagi muka dah senyum berseri bunga-bunga, bahagia pagi tu akan berterusan sampai ke malam! tapi dengan syarat senyum tu kena ikhlas lah, walaupun tak ada orang nak tengok kita senyum. senyum lah untuk diri sendiri.



walaupun ianya sekecil cuma, namun tetap membawa bahagia.
it depends on how we tackle the situation lah kan.
peace :)





*saya suka bercerita, tapi tak tahu cara. ajarkan saya, boleh?



ikan keli.


Assalamualaikum wbt.

saya tersangatlah boring. sungguh.
sunyi gila rumah kalau tak ada kak ina dan kak fana.
diorang sleep over rumah kak faezah. tinggal kak piqah, kak syafa, kak effa and me. :)
tapi semua dalam bilik, macam biasa.

hari ni saya ganti kak fana memasak. but. saya malas gila nak masak. makanya, order ikan keli sambal merah kat kedai makan Andalas. wuhuuu.

the conversation goes like this.

me : assalamualaikum ustaz Andalas ye?
ostad : waalaikumsalam. iya? 
me : ustaz! hari ni boleh order x? saya malas nak masak. 
ostad : oh ya? bisa bisa. hahahaha

=.=
boleh plak dia gelak. cessss

me : ustaz, saya nk order ikan keli sambal merah 3 lah. boleh? nak sambal lebih?
ostad : oh ada ada. 
me : ada lauk apa lagi ya?
ostad : errr. kami ada ayam bakar, ayam masak merah, ayam goreng andalas bla bla bla bla bla bla. 
me : ooooooooooooooh. lagi?
ostad : ustazah mahunya apa? bilang saja sih.
me : ok2. saya nak ikan keli je lah 3.
ostad : ikan kelinya 3. apa lagi ya ustazah? nasinya nggak mahu? hahahahaha
me : hahaha. saya udah masak nasi nya. cuma lauknya belum ada ni.
ostad : ooh. hahaha. mahunya delivery di mana ni?
me : kat eminent, bangunan warna hijau, tepi kedai gunting.
ostad : ohh, kedai gunting rambut itu ya?
me : bukan! TEPI kedai gunting rambut.
ostad : oooh. itu saya kenal. ok bisa bisa.
me : ok. ustaz jap! ada bakso tak?
ostad : ada ada. mahu?
me : ehh tak tak. tak mahu. 
ostad : kamu ini saja nanya ya? hahahaha
me : erkk.


hyperactive betul ustaz indon kedai makan Andalas ni. melebih-lebih pulak dia gelak. haha

setengah jam kemudian. lama gila tunggu.
*dail number Andalas sekali lagi.

me : assalamualaikum ustaz.
ostad : waalaikumsalam. iya ustazah?
me : ustaz. lama lagi ke? dah sejam setengah ni. nasi saya dah sejuk lah.
ostad : oh ya? maaf ya. ustaz delivery nya lagi di luar. ikan kelinya sudah siap kok. sebentar ya.
me : oh. oh. ok. terima kasih. salam
ostad : sama-sama. waalaikumsalam.

lapar.....
saya pergi goreng telur dan panaskan kari ikan yang kak piqah masak semalam.
dan ustaz Andalas tu call, cakap dia dah nak gerak untuk delivery.

lepas bungkus duit dalam kertas, saya pakai tudung dan jenguk kat beranda. tak ada pun.
lamanya ustaz..
jalan kaki kot.
tiba-tiba nampak ada motor, dan ada orang lambai-lambai tangan kat bawah nun.
siapa pulak laa nak mengorat aku memalam ni?
dari beranda tingkat enam, mustahil lah nak cam betul-betul muka dia.
saya intai lagi, dia lambai-lambai lagi.
lama jugak laa duduk main intai-intai macam tu.
kalau ustaz Andalas, mesti dia call kalau dah sampai bawah.
dan akhirnya, dia mengalah sambil tunjukkan plastik makanan kat saya.
ohhhhhh. iya laaa.
hahaha. malu!!
lain kali call laa kalau dah sampai bawah! ini tidak, duk main lambai-lambai sape suruh!




              








3 ikan keli utk LE 25 sekali dgn upah delivery.
dulu saya tak makan ikan keli walaupun abah saya pernah jadi penternak ikan keli, semua askar wataniah kat rumah makan, kecuali saya.
bila tak ada depan mata, baru terhegeh-hegeh nak belajar makan makhluk ni. sedap boleh tahan. :)

     "you will never miss the water till its gone." 
-quoted