ads

Friday 31 July 2015

Addoi

"Try this, smells like grave." Said the perfume seller.

Graveee?

"Yes grave. You love grave?"

What he really meant is GUAVA. 
HAHAHA!

Perfume bau kubur. Apaaa ni Ammu buat lawak ni.
Pakai perfume nampak kubur, dekat sikit kepada mati ye tak?
koh koh.



Thursday 25 June 2015

Of sista

"Nak apa? Nak belanja."


"Baju kurung."
Jawab saya dua patah. 





Wednesday 24 June 2015

cermin pecah.

Last week i left my beloved watch at the mosque. When i noticed i lost it, immediately i ran back, but unfortunately it was closed.
The day after that i went to take it back, but the mosque keeper said she took my watch home because she afraid others would steal it. So i said okay, i’ll come back tomorrow. It was originally my fault because i didnt double check my stuff before leaving the mosque.

Summer and ramadhan. How exhausting it could be for me to go back and forth just to take my watch.
So the next day i went to the mosque, the moment i ask about it, halfly angry she said “why you came so late? I already took it home. Why you didnt tell me first you wanna come at this time?” I was like 😭. Why arabs whyyy. I walked soo jauh like this soo panas out there and you said like that? I was so sad and dissapointed but i couldnt express it to her. I just nodded my head and promised to her i will come again tomorrow at dhuhr. I was so exhausted. I cant hold my tears as i walked down the stairs. It just rolled down fast. Sampai kena lap dengan tisu nasib baik tak basah tudung ni. Ish bikin malu saja. I was like “ahh beli baru je lah. Apa susah. Tak payah nak jumpa mak cik tu lagi dah. ”
“Tapi sayang..” Jawab hati perlahan.

Okay. Yesterday i took it from her. At last. But know what? The glass on my watch is BROKEN. Arghhhh. Useless.
I calmed myself down ‘asha, you’re fasting now so please dont get angry’. So i smiled and said my thank you to her.

My watch is broken so my heart.
Sobs

Friday 19 June 2015

pinjaman sementara.

Jumaat, 2 ramadhan 1436.
Hari mulia, bulan mulia.
Mak achik kembali menemui Penciptanya yang paling dirindui awal subuh pagi tadi waktu Malaysia.

Saya seakan tak percaya.
Semudah itu.
Arwah mak tak sakit apa-apa. Sabtu masuk emergency, stroke membawa kepada pendarahan dalam kepala, dx as intracranial hemorrhage. Atas faktor usia doktor menasihatkan tak buat craniotomy, komplikasinya lebih teruk mungkin. Keadaan mak stabil, doktor nasihat bawa pulang ke rumah. Dekat dengan anak-anak, hilang sedikit stress mak. Mak sedar cuma tak responsive. Seminggu lepas tu mak pergi untuk selamanya.

اللم اغفرلها وارحمها
al-Fatihah.



"Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata : "sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu orang dilimpahi dengan pujian daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk." - surah al-Baqarah 155-157

Sabda Nabi s.a.w :
ما من شيء يصيب المؤمن حتى الشوكة تصيبه الا كتب الله له بها حسنة او حطت عنه بها خطئية
"Tiada apa pun yang menimpa seseorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)." riwayat muslim






Wednesday 17 June 2015

Esok puasa.

Tengah hari tu kami jalan balik rumah dari revision untuk osce general surgery.
Exam endround sabtu ni dah. 
"Laparnya sha."
"Achik nak makan apaa?" Saya ni jenis tak boleh tengok orang lapar. Cepat kesian. Haha. Walaupun saya jenis tak makan sangat. 

"Macam best je kalau ada nasik lemak. Haha!" Achik balas dengan muka beriya-iya. Sebelum tu kitorang dah tour satu Maarad ni. Cari kedai makan tapi semua kedai makan ustaz indon tutup. Awal sangat lagi kot. 

"Aah. Best kan nasik lemak. Dah la feveret achik nasik lemak. Tapi rumah kita tu ada lagi ke ikan bilis? Macam dah habis je. " Pernah achik cerita dia makan 3 bungkus nasik lemak masa balik malaysia tahun lepas. Dah la time dinner. Bantai 3 bungkus terus. Gelak kami satu rumah masa dia cerita. 

Sampai rumah. 
"Achik nak makan nasik lemak ke? Meh asha buatkan."
"Uuu. Asha nak masak eh? Okay meh achik tolong."
"Tak payah. Achik tidur lah. Nanti nak gi kelas petang ni lagi. Tidur dulu. Penat kang. Nanti siap asha kejut. Sekejap je pun ni."

Saya terus ke dapur. Jumpa jugak ikan bilis yang disangka habis tadi. Ada lagi sikittt sekali makan je neh. 

Siap semua saya pun tidur. 
Tapi tidur petang tu dikejutkan dengan tangisan Achik dari bilik sebelah. Kuatnyaaa. Sampai sini boleh dengar padahal pintu tutup. Achik kenapa? Jenguk ke luar bilik. Semua pintu bilik housemate lain tertutup rapat. Hallway pun gelap je neh pacita. Masing-masih tidur agaknya.  Pintu bilik Achik saya ketuk. 

"Achikkk. Kenapa? Okay tak?"

"Jap." Tangisan tak berhenti lagi.  
Tengah cakap fon dengan Abang rupanya. Saya bingung dah. Saya  gosok bahu Achik. Achik ni kalau menangis gaya gini memang teruk betul lah sebab dia. Saya tunggu dia habiskan panggilan. 
"Sha. Mak achik. Mak achik masuk emergency. Stroke. Baru tadi achik call abah." Makin kuat tangisannya. Saya pun termenangis sama. Ya Allah. Sedih gila time tu. Saya pernah jumpa mak achik sekali je dulu. 2-3 tahun lepas. Tenang sangat raut wajah mak achik. Suka tengok. Disebabkan jauh beribu batu macam ni, macam-macam benda bermain dalam kepala. Saya peluk achik erat. Kami sama diam. 

"Sha. Macam mana ni? Achik takut." Esakannya belum mati di situ. 
"Takpa chik. Kita doa inshaa Allah takda apa-apa. Mild je kan? Kalau tak mesti abah call achik terus kan? Takpa chik. Kita doa. Nanti asha bagitahu diorang kita buat solat hajat sesama. Takda apa inshaa Allah chik." Saya pun kelu tak tahu nak cakap apa. Lama kami diam. 

"Achik dah makan nasik lemak?"
"Dahhh. Terima kasih asha." Dia senyum. 
"Okay je chik no hal lah. Sekejap je pun tak sampai sejam pun masak." 

Lega betul rasa. Achik sempat makan sebelum benda ni jadi. Kalau tak mesti takda selera dah nak makan. Telan nasik pun rasa pasir agaknya. 

"Achik, asha nk pergi kelas dah ni. Achik okay tak? Ke nak suruh asha panggil Alang?"
"Takpa2. Asha pergi lah bersiap. Achik okay je."

Masa dekat kelas saya dapat whatsapp dari Mai (housemate) yang dia akan teman achik balik malaysia esok. Esok. I didnt expect this. Achik cuma cakap tadi yang dia nak perawalkan tiket bukan nak balik esok. Saya agak keadaan mak makin teruk ni. 

Sebelum pergi airport, kami makan tengah hari sama-sama. Achik dah okay sikit daripada semalam. Dah boleh gelak. 
"Sha. Achik ingat achik boleh minta mak suapkan achik masa achik balik nanti. Seperti selalu kalau balik. Achik ingat mak akan suap achik. Tapi kali ni achik yang kena suapkan mak." Berderai air mata kami. Air mata achik toksah cerita lah. 

Hari ni masuk hari kedua diorang balik malaysia. Rumah ni sunyi terus. Hari pertama tanpa diorang, menitik juga lah air mata saya. Rindu. Padahal baru sehari diorang balik. 

Esok dah 1 ramadhan. Ramadhan kali ni macam sangat sunyi. Sabtu nanti saya exam osce general surgery. Ya Allah. Tak tahu nak hadap macam mana. 

Mak, semoga cepat sihat. Achik, semoga tabah. 

Nasihat saya untuk diri saya sendiri terutamanya, telefon lah ibubapa kita selalu. Dengar suara mereka bercerita. Minta nasihat daripada mereka. Mungkin itu adalah kali terakhir kita boleh dengar suara mereka. Nikmat yang kita selalu lupa untuk bersyukur. Nikmat yang kita remehkan walau kita tahu nikmat mendengar suara ibubapa tu Allah boleh tarik bila-bila masa saja. 

"Ampunilah dosa kami ya Allah dan ampuni dosa kedua ibubapa kami.
Kurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka. Kasihanilah dan rahmatilah mereka ya Allah." 



ramadhan kareem semua.
:'(


Tuesday 5 May 2015

the one fine Friday.

hari jumaat lepas kan,
saya join MARA education enhancement program (MEEP) bertempat di Alexandria.
workshop untuk basic surgical skill.
pagi sampai petang, ada small workshop untuk dressing/srubbing, surgical knot and surgical suture. and doctor selitkan lecture sikit tengah tu. takda la sikit sangat banyak sebenanya hahah. stended arab la mana pernah nak ngajar sikit-sikit neh.

doctor team dari Kasr el Aini.


depan hall tu apa entah nama dia. regional for women something.
lupa dah.


lepas tu kan, kannn. lepass tuu
Nadh ajak makan seafood tapi dia taktahu tempat. so saya pun bawakkan laa newly weds ni makan seafood.
"nice lah sebab Sal ada. boleh tunjuk jalan." cakap Ery.
gituu. dah macam tourist guide dah saya masa tu.
sebab diorang tak pernah sampai and saya pulak dah banyak kali pergi restoran seafood. takde lah banyak kali sangat, cuma dah biasa pergi alex so macam tahu sikit selok belok dia.

restoran seafood Syaaban kat Manshia.
restoran ni quite affordable, boleh pilih sendiri nak ikan apa, nak ikan berapa kilo and boleh pilih sendiri nak masak cemana. rebus ke goreng ke bakar ke ikut suka hati sanubari. just prepare duit sahaja. heee.
first time saya datang sini masa tahun satu 5 tahun lepas. masa tu ada field trip university, kitorang pergi Africano safari and ended lunch kat sini. masa tu semua university support. kitorang maaakaaan je. heaven oh.
sekarang tidak lagi. field trip sekarang tak sedia makan dah. diorang bayarkan trip je, makan sendiri-sendiri. bajet tak cukup bajet padahal kitorang bayar yuran banyak. takpe kita kena bersyukur ada trip percuma daripada tadak langsung heh.

back to Syaaban, masa kami sampai tu restoran ni sesak gila.
sampai nak cari table pun kena queue. bayangkan nak pilih makanan pun kena queue panjang berkajang.
kitorang selit-selit celah arab. lupa yang hari ni hari jumaat. kemain ramai arabs.
biasa lengang je tak payah beratur.

Ery dengan Nadh.

lepas order kitorang pun duduk borak-borak. first time saya duduk setable dengan Ery and Nadh. rasa janggal jugak mula-mula even kitorang sebatch. janggal dengan Ery la sebab tak pernah bercakap dengan Ery sebelum ni kecuali dalam meeting 2 tahun lepas tak silap. tu je lah.. tahun lepas pernah balik Malaysia sekali dengan diorang. masa tu tengok Ery macam garang betei. saya tengok Ery kot. muka dia masa bercakap dengan Nadh tak senyum pun. cemana Nadh boleh nak kawen dengan Ery neh. mihmih. *suka hati je kan cakap macam tuh tak baik!! haks*

borak punya borak, rupanya banyak gelak si Ery ni sebenanya. kalah Nadh. benda tak lawak sangat pun gelak macam apa dah. Nadh ni cakap jugak, tapi laki dia laaagi banyak cakap. okay la tu, complementing orang kata. dan mungkin jugak sebab dia dah selesa dengan perempuan sebab kan dia dah kawen. maka dia selesa la nak cakap dengan kawan perempuan.

point saya sebenar-benar kejadiannya adalah first impression tak selalunya betul.
kenal dulu kemudian baru tahu. jauh tak melencong sebelum masuk point sebanar? hahahaha

kena mengenanya sebab saya teringat masa playdate hari tu.
diorang (AJK batch) ada buat game yang kena tulis nama and opinion kita ataupun first impression kita dekat kawan sebatch (sebatch 40 orang) ni.
kiranya akan dapat 40 opinions untuk setiap orang. saya dapat palingg banyak orang komen kata saya pendiam.
i was like, huh biar benaaaa. celah mananya saya pendiam?
i am bising kot. tak pernah pendiam seumur hidup.

saya macam tak puas hati. saya pun tanya budak batch lain, Alon.
"Alon, Alon tengok Sal ni jenis pendiam ke senyap?"
"pendiam. pendiam kan?"
grrgrgrrr rasa nak gigit jeee Alon masa tuh. sebbaik i pakai braces. payah nak menggigit.

ces. tanak kawan dia. hahaha

saya tak pendiam pun. surrounding ni yang pendiam.
apa laa surrounding ni tak membina masyarakat sungguh.

okay la, nak gi kelas dah.
ciao~ :)







Sunday 3 May 2015

busy nyaaaaa.

aha! cerita playdate hari tu.
tak sempat nak cerita.
time tengah free, internet pulak selol kalah siput hemiplegic.
time internet laju, takde masa free pulak. -..-
bajet busy. lol

teaser lah dulu kehkeh.
tengah cari masa ni tengah cari masa.






Saturday 2 May 2015

friends, once.


From a good friend to a total stranger.

Tak pernah terlintas terfikir terdetik pun dalam kepala boleh sampai tahap ni.

Tak semua orang yang walk with us akan stay with us.
some are just walk in and leaves.
people leaves, memories remain. uhuuuu.

sobs sedihnya.
Malas nya nak fikir tapi terfikir-fikir.
Bukan lah malas sangat, lebih kepada kecewa and tak larat dah nak fight for us any longer.

Pulling myself together and carry on.
Tak pe je. Saya tak pernah lupa selit nama dia dalam doa hari-hari.
Sayang masih tetap ada tak berkurang sikit pun. Jangan risau haha.

Ini lah orang panggil kehidupan. Tak semua benda yang kita nak, kita dapat. 

kan?

*peace


Thursday 23 April 2015

A Playdate

                   


This coming saturday we're gonna have a small class gathering. The theme is playdate. Romeo and Juliet kinda. Basically semua orang akan ada Romeo and Juliet masing-masing. Either awak jadi Romeo and akan ada Juliet awak sendiri. Vice versa.

Tahun last, semua nak create memories la kan. :)
2 minggu lepas kitorang buat mini sports untuk class and my team JUARA kottt. Haha. Ni kita cerita lain kay. 

So today i got a card and a poem. 


                 Lawa sangat dia lukis.
  Saya ni setakat lukis dinosaur sekor tu boleh laaa. 



                                                  Belakang. 


Mula-mula dapat card je. 
But then ada orang pass kertas kecik sekeping. Uuuu.  


         Puisinya goes like thiss. 
       Ececeh. 


Tak sabar nak tahu sapa Romeo tu. 
Tapi macam dah boleh agak. Haha. 

Monday 20 April 2015

rutin baru.

rutin baru bila dah masuk round surgery ni,
keluar rumah 840 pagi balik paling awal pukul 7 malam.
orang dah iqamat maghrib baru nak jalan balik.

kadang2 ada gap sekejap tengah hari tu akan balik untuk solat.
hmm lapar. cari chips ke biskut ke. makan sekeping dua dengan air kotak sambil tengok Grey's. 
dah pukul 2 petang jalan turun pergi kelas sampai dekat nak maghrib baru habis.
kadang2 terserempak dengan budak melayu balik masjid. aiyak. buat-buat tak nampak je. 

balik rumah penat otak concentrated tak leh fikir dah.
solat makan semua lepas tu kembali ke meja.
pukul 8, rumah senyap. kadang2 bunyi mesin basuh memecah sunyi.
Achik tidur, nanti dia bangun balik at 2am. Alang, Adik and Kakjuju mesti tengah study neh.

kat meja, mata berat. aaargh mengantuknyaaaa lah.
bangun pergi dapur panaskan air.
battle-ing antara nak buat green tea ke coffee?
alah minum coffee pun bukan ada effect boleh hilang mengantuk pun. dah tolerated dah dengan coffee ni. ambik gelas letak satu beg jasmine green tea.

sambil tunggu air masak, cek atas meja dapur. oh ada pisang. tak pun ada oren. wajib dah dua beradik buah ni ada kat dapur. kalau takda tu memang pelik sangat. buah dapat free daripada university time lunch.
pisang je lah sebab malas nak kotor tangan potong oren. nanti nak kena sentuh air basuh pisau laa basuh chopping board laa. kehkeh
bukak peti pulak, deretan air kotak dan yogurt. nak perisa apa semua ada neh.
tangan capai yogurt kaler pink zero fat, hmm letak balik. malas nak makan, tunggu esok je lah buat breakfast. 

air dah masak, kembali ke bilik.
battle-ing antara nak tidur ke nak study untuk lecture esok ataupun revise lecture hari ni.
hmm. jeling katil. empuk nyaaa best nya. comforter tu macam best je kalau boleh guling-guling dalam tu. uuuuu.
last2 bukak buku jugak.
ces. 

study 2-3 pages tengok2 dah nak dekat pukul 12.
awat la cepat benar. rasa macam baruuuu je baca sikit neh. ahaha alasan padahal berangan sampai afrika.
hmmm. rindu malaysia. ehh tiba-tiba.
lastly cari baju kurung untuk pakai esok, pilih tudung. gosok.







maka begitu lah hari-hari.
6 hari seminggu.
hari jumaat je freeeee. tapi ada kelas ngaji lepas jumaat.
haha tak free jugak jumaat pun. padan muka. 



tadak life betei. :3

Sunday 22 February 2015

Chapter 2 page 21

Petang tadi balik kelas dengan sejuk-sejuk nyaa. Sepatut ada round and masuk ot tengok cs tapi round tak jadi sebab doktor penat sangat and tak boleh masuk ot sebab saya lupa bawak white coat. Hmm. 

As semua geng dah jalan balik dulu sebab diorang punya round hari lain, so saya jalan balik sorang, heading to kak Naju's house to get my kipas in Kafr Isom. Kafr Isom ni kampung sebelah la lebih kurang. Made me think how to get there as quick as possible. Zohor tak setel lagi ni huiiii. Ada dalam sejam macam tu before asar. 

Nak pergi sendiri rumah kak Naju tapi tak kenal. Nak ajak kawan teman macam menyusahkan pulak. Saya sebolehnya taknak susahkan orang kalau benda tu saya boleh usaha buat sendiri. Lain cerita kalau memang far beyond my ability of tulang empat kerat ni. 

Masa lepas saya lintas jalan nak ke Kafr Isom tu Allah turun petunjuk supaya ambik tuk-tuk je. Kahkah bajet dapat petunjuk tak leh blah. Tuk-tuk tu macam motor roda tiga tuu la.

Probelemnya persatuan sangat tak bagi student naik tuk-tuk sensorang sebab bahaya dah banyak kes rompak, sexual harrasment and all. Tapi tapi memang desperado tahap dewa laut dah ni. Cant be help nymore. You gonna get your things done or you balik rumah sesaja?

Maka saya dengan berat hatinya bukak fon cari map yang kak Naju hantar semalam. Saya saaangat tak familiar dengan muka bumi geografi Kafr Isom ni.  Nak kata nya pertolongan dari Allah jugak ni bila tetiba ada tuk-tuk baikk punya parking tepi jalan time tu. Pakcik tuk-tuk tu macam tunggu someone. Saya tanya kenal tak tempat yang saya nak pergi tu, dia cakap tak unless saya yang tunjuk jalan. I was like puzzled. Alaaa cemanaa. Dah la jauh. Dah la tak kenal. Dah la bahaya. 

Then saya pun decide nak redah je. Baca doa, tawakkal nothing bad is going to happen. Pakcik ni nampak baik saja. Saya takut jugak nak naik benda alah ni as biasanya orang yang bawak tuk-tuk ni quite muka gangster ganas asyik nak pau duit orang je. Kira pakcik ni tahu draw the line la kot sebab dia baik, at least nampak baik. 



Selepas menempuh banyak onak dan duri landak laut akhirnya saya sampaiiii huwargghh. Minta pakcik tu tunggu jap kat depan rumah kak Naju sebab saya tak larat nak angkat kipas tu sendiri. Terima kasih pakcik! Pakcik baikk sangat yeayy! Paid him 10 pound and i got back to home safely after that. 

I did it by my own hoyeh. Magic ni. 
Alhamdulillah. 

"Preparation can only take you so far, after that you got to take a few leaps of faith." - lincoln burrow

Mudahnya, have a faith in Him. And you gonna be fine. Dont worry kay. 



Nak tido dah sebenarnya dahh pukul 1250 malam tapi kena tengok ni dulu. Harus neutralizing-kan kepala dengan UNIC tolama asyku lepas 2 jam ngadap prison break.




Friday 20 February 2015

happens all the time.

1.
"where are all the male in this class? did you ate them?"
-..-

setiap hari setiap saat dan ketika Doctor akan tanya soalan ni. kahkah
kelas kami memang semua perempuan pun sebab majoriti nama Nur atau 'nun' dalam list name. and beberapa kerat lelaki yang terperangkap dalam tu akan tukar masuk kelas lain.


2.
"bitkallim arabiy?" - boleh cakap arab tak?
"aiwah. syuwayya-syuwayya." - boleh. sikit-sikit
-..-

daripada tahun satu sampai tahun enam kalau arabs tanya kami duk ulang jawapan sama. more to malas nak jawab sebenarnya. jawab macam tu senang. kang jawab tahu kang ditanya macam-macam pulak.


3.
"why here in the faculty you speak english while whenever you're dealing with egyptians you speak arabic?"

-..-
sebab time terdesak jer bantai cakap arab. time ambik kes dengan patient atau time beli barang. and time pergi kelas Syeikh. Syeikh pulak cakap arab buku teks, senang la nak paham. arabs lain cakap bahasa pasar. boleh paham tapi lambat.


4.
"entum min sinn?" - kamu dari China ke?
"la. ehna min malizi." - tak. kami dari Malaysia

-..-
muka tak macam cina langsung. heh! penat dah di ni-hao kan oleh arabs ni. jawab wo ai ni kang baru taw.


5.
"cemana korang baca quran?"
"hafaz quran tak?"
X_X

soalan ni selalunya pakcik teksi suka tanya.
im dying inside la kalau dapat soalan ni. erk.

6.
"apa pendapat awak tentang Mesir? mana lagi best, to be here or Malaysia" - typical egyptians punya soalan.

subjective sangat soalan ni. nak jawab kena ready kertas kajang 74 keping.
depan arabs kita puji Mesir, tapi dalam hati Malaysia tetap bertaman indah. uuuuu.





Sunday 8 February 2015

chapter 2, page 8

out of 10 prof yang mengajar kitorang O&G ni kan, only seorang yang puji pencapaian student malaysia batch final year tahun lepas.
mostly doctor masuk kelas akan merungut kenapa batch tahun lepas punya paper teruk sangat. meaning tahun lepas satu lagi lebih excellent banding tahun lepas punya. kitorang pun hilang akal dah nak differential diagnose cemana boleh jadi macam tu.

lulus med school tak bawa makna apa-apa kalau knowledge takda.
luus med school tak bawa makna apa-apa kalau awak tak boleh nak treat patient dengan baik.
gitu lah lebih kurang ayat doktor. we were like, frozen. banggg! tepat bullet tembus kepala.

down sekejap sebab muka doktor semua macam disappointed sangat nyaaa lah.
kitorang yang dengar ni pun laaagi lah disappointed. hampir 6 tahun belajar rasa macam tak tahu apa-apa. Allahu.

its time to make the difference.







Thursday 5 February 2015

Chapter 2, page 5

                          Scofield. 


On my way balik ke Tanta dari Cairo.

Dalam bas, bukak laptop pasang Prison Break season 1 episode 11. Nasib baik laptop kecik and ringan, mudah nak usung. Jam pukul 530 petang, dah malam kalau kira sebab maghrib pukul 515 tadi. Perjalanan balik about 2 jam lebih. Bateri sempat 3-4 episode pun jadi la ni. Bosan dah taktahu nak buat apa. 

Maisyarah kat seat tepi dah lama lena, pening kepala agaknya. Cairo ni agak panas banding dengan Tanta. Maybe because if those sky high buildings, crowded traffics and sea of people made the temperature tense, masked the cold weather.

20 minutes passed when suddenly somebody poked my shoulder, asked me to turn my laptop's screen to his side. Haha! Ammu tepi nak join tengok Prison Break jugak. 

Okay Ammu no prob at all. Tak lama lepas tu saya perasan seat tepi and seat belakang pun join sama tengok cerita ni. Budak kecik seat belakang umur 8 tahun pun tengok. Elok jee dia menyandar kat kerusi saya. Oh man. Rasa nk skip je part the cons belasah orang dalam cerita tu. Tak elok untuk underages ni kan. Hahak. 

Muka solehah berbaju kurung elok tapi tengok cerita ganas. Hahahah. Okay bai. 



Wednesday 4 February 2015

Chapter 2, page 4

Pindah bilik kemas rumahh.

Allahu. Penatnyaaaa. 
Rasa nak kargo je semua buku ni. 
And penuhkan rak dengan buku o&g and surgery. 
Tambah buku anatomy sikit. 

Tak sabar nak masuk bilik baru. 
Tak sabar nak pasang langsir baruuu.
Penat dah menumpang bilik orang. 
Orang pun dah muak tengok muka kita. Kot. Kot la haha. 

Lepas kemas, kitorang pun duduk sekeliling kakak2 yang bakal konvo 25hb ni, minta azimat kata semangat yang terakhir. And then barulaa kitorang dapat concludekan the whole picture about how this final year really is.
The exams, viva, cases, tools and everythingg in between. Like seriously berkajang. 

One word from me,

SCARY. 


.......

Get back to books people! Huarghhh. 



Tuesday 3 February 2015

The cakes and the nanny.


I was walking down the road on my way home from Awwal Bahr the other day. I was walking alone. Saja nak ambik angin petang-petang, sorang-sorang. Main perasaan, gituh. Haha. 


Okay then when suddenly i spotted a small cake house, about 10 meters ahead. Nice! Cherry. Nama kedai tu Cherry. I always bought an ice cream from this cake house eventho they are famous for their mouth-watering cakes. The ice cream here ughhghh i donno how to describe it. So sedappp. But on that day they didnt sell ice cream maybe because of the weather was so cold. Well, sapa nak makan ice cream winter gini ye dak. 

Kecewa sikit sebab ingat nak makan ice cream sambil jalan balik. But tiba-tiba came an idea, haaa how bout we eat the cakes with nenek yang jual sayur depan metro? Share sesama? Sounds good. 

Uuuu. So i bought two pieces of good looking so handsome cakes. I chose a very nice one and nampak-sedap aaaaa gitu. Got a bottle of mineral water and a box of cakes. But they (orang kedai) gave me only one set of fork that came with a small knife and a tissue. How im gonna eat the cakes with the nanny if i got only one forkkk. Ishhh Ammu niii. Next time awak cakap la nak berapaaa kan senang. *ketuk kepala sendiri*

Along the way tu duk salahkan diri kenapa tak mintak duaaa. Takkan nak sodok kek dengan pisau. No no cannot. And also takkan nak kongsi garpu? Mana boleh kongsi garpu dengan stranger. Mana tahu dia ada penyakit apa2 ke. Egypt. Everything is possible. Erk. Paranoid nyaaaa aku ni. *ketuk kepala lagi*

The nanny who i knew couple of months before is very poor, hardly selling some vegetables to make her living. She is very old as i can notice her back is already hunched, and she walks with a cane, tremors all over her hand. But what makes me so proud of her is she never begged for money. Eventho she is very old and poor, she is still working and struggling for her living. :'( 
Always tearing me down whenever i saw her working under the heating sun. :'((

Haa okay back to our story. Hihi. 
I was sooo relieved when i saw her hut was opened because it was friday, a public holiday for Egyptians. From afar i could see her small hut, with some kind of veges displayed in front of it. Got some peppers, zuchinis, potatoes, carrots and others but they were all in small amount only. She sat silently behind the hut, tying some gargil, knotting them together to be more easier to sell. 
The moment she saw me, she was surprised. We shook hands and talked. But i didnt talk much because i dont realllly know Arabic. Just a simple chats hahah. She asked if i want to buy some veges and she will give me discount. So i told her that i brought some cakes for her. But i couldnt find an understandable words to tell her that i want to eat the cakes together wih her. Hahaha pity me. 

She smiled and took the cakes. She kissed me and said that she was very thankful for the cake. I was "err er its okay. No prob at all." But dalam hati, "nenek, saya nak makan kek tu sama-samaaa dengan nenek sebab tu saya beli dua. Alaaa. Jom la makan sesama jom la." Tapi dalam hati je laaah. Hahaha sedih betul. Tak sampai hajat nak makan kek sama-sama. And then she took a plastic bag to pack some zuchinis and carrots for me, but i smiled and resisted because i really dont need them. "I dont want vege, I just want to eat the cakes with youu." Jerit dalam hati. Ouhh lupa! Air! I opened my backpack and handed a mineral water to her. 


her name is Naimah.
i love her. hihi
                

till we meet again!



Monday 2 February 2015

Chapter 2, page 2




Read. 
Tunggu DIAgnosis 2 pulak. 
:)


Friday 30 January 2015

Chapter 1, page 30

Seriously?

Di pagi jumaat yang indah ni? Seriously?



Gimme a break. 

Saturday 24 January 2015

chapter 1, page 24

tujuan date petang tu nak sembang-sembang lepas hampir 3 bulan tak jumpa.
payah oh nk jumpa yang berhormat ni, busy memanjang.

order, duduk, 10 minit waiter pun sampai.
frappucino, mocha, apple pie and chocolate roll tersedia atas meja.

"hows life? okay?"
"awat? okay je." dia senyum.
saya tahu dia tak okay. air muka obvious sangat. heh
tapi taknak paksa cerita. mungkin belum sampai masa untuk dia buka cerita, tunggu dan taknak jugak bersangka-sangka.

then makan-makan. huh lapar benar tadi. berlari-lari ke mercato sebab taknak dia tertunggu-tunggu kat situ lama. plan nak minum air panas sebab sejuk, sampai kat mercato dah panas and penat. langsung tukar fikiran nak air sejuk plak dah hahah!

most of the time saya yang banyak bercerita. habis seluruh petala dah spill. daripada cerita habis exam saaaammpai ke cerita mangsa banjir kat Malaysia. sambung lagi cerita bilharziasis kait dengan hep C. medico legal sangat topik nya haih.
sambung lagi cerita tak puas hati dengan TMT (team medical tanta) yang persatuan kitorang tubuhkan 2 tahun lepas. tapi TMT tahun ni dah ubah pendekatan selepas banyak kritikan yang mereka terima. so alhamdulillah.
then cerita pasal elaun MARA tergendala pulak. hmmm panjang cerita MARA ni so abaikan.

cerita-cerita-cerita and to the very moment, dia macam diam and pandang bawah. okay i can smell something wrong here.

"okay tak?"
"tak." dia geleng tapi bibir senyum.

mata macam berkaca-kaca pulak. haihhh apa aku dah buat ni huiiii.
bersambunglah cerita dia pulak.

tapi kali ni saya hanya mampu mendengar. mungkin kerana situasinya agak rumit untuk setel within days. makan masa bulan-bulan kalau nak setel betul-betul.

tiupkan kekuatan dari jauh, doa semoga ianya akan berlalu sempurna.
insyaAllah.
sabarlah, sahabat. Allah punya rencana yang lebih indah untukmu. 




Friday 23 January 2015

chapter 1, page 23

well dear fella, assalamualaikum!

lama nya ohhh tak log in blog yang takdak sapa baca ni haha!

nah nah nah! terima lah.
roses for this new chapter 1.

exam hri tu 3 bulan, balik Malaysia rightly afterward for plus minus 2 bulan and here meee again back in Egypt. *sadly
2 bulan cuti penuh dengan unexpected events.
event-S if i may say.
good or bad, tetap ianya sebuah kenangan. jalan terus. ;)
alhamdulillah. berkat doanya Umi Abah semua jalan smooth saja.
balik Malaysia pun best sebab airbus daripada abu dhabi ke kl agak kosong, ambik 2-3 seats untuk seorang dan boleh guling-guling macam tenggiling dalam tu for about 8 hours.
15 november balik Malaysia, 25hb dapat result. again, alhamdulillah.
4 january mula kelas tapi 11hb baru balik Mesir. phewww.

dah masuk tahun akhir, dah balik ke Mesir semula, dah masuk rumah baru, dah berhousemate baru, dah bersuasana baru, dah berstatus baru *erk, dah masuk class group baru, dah ada jiran baru kat rumah atas dan bawah bangunan ni which are juniors. heh obviously junior sebab awok kan dah tahun akhir.

takda la semua baru pun, but most of them are super new to me.

okayy hari ni dah mula winter break for 2 weeks. tak terasa sangat cutinya sebab baaaru je sampai eh tetiba cuti lagi. gittu. haha!
mula-mula plan jalan Bahriya tapi Abah tak benarkan, saya anak yang baik ^kahkah^ maka saya akur.
duduk Malaysia depan mata Abah pun kemain payah nak keluar berjalan nikan pulak kat Mesir oh. but itsokay. saya pun berat hati nak jalan kalau Abah dah tak bagi so i didnt made any further appeal for the permission ke Bahriya tu. no big deal pun kan. jalan-jalan dengan Abah jauh lagi best huuu.

makanya laddies, apa plan cuti seterusnya?
BOOKS?!
got to cover some missed rounds and lectures. bertambun-tambun tak baca lagi, haih laa.


no im kidding, really.
hibernating lah of course!
beruang-mode on.
zzz.