ads

Tuesday, 5 May 2015

the one fine Friday.

hari jumaat lepas kan,
saya join MARA education enhancement program (MEEP) bertempat di Alexandria.
workshop untuk basic surgical skill.
pagi sampai petang, ada small workshop untuk dressing/srubbing, surgical knot and surgical suture. and doctor selitkan lecture sikit tengah tu. takda la sikit sangat banyak sebenanya hahah. stended arab la mana pernah nak ngajar sikit-sikit neh.

doctor team dari Kasr el Aini.


depan hall tu apa entah nama dia. regional for women something.
lupa dah.


lepas tu kan, kannn. lepass tuu
Nadh ajak makan seafood tapi dia taktahu tempat. so saya pun bawakkan laa newly weds ni makan seafood.
"nice lah sebab Sal ada. boleh tunjuk jalan." cakap Ery.
gituu. dah macam tourist guide dah saya masa tu.
sebab diorang tak pernah sampai and saya pulak dah banyak kali pergi restoran seafood. takde lah banyak kali sangat, cuma dah biasa pergi alex so macam tahu sikit selok belok dia.

restoran seafood Syaaban kat Manshia.
restoran ni quite affordable, boleh pilih sendiri nak ikan apa, nak ikan berapa kilo and boleh pilih sendiri nak masak cemana. rebus ke goreng ke bakar ke ikut suka hati sanubari. just prepare duit sahaja. heee.
first time saya datang sini masa tahun satu 5 tahun lepas. masa tu ada field trip university, kitorang pergi Africano safari and ended lunch kat sini. masa tu semua university support. kitorang maaakaaan je. heaven oh.
sekarang tidak lagi. field trip sekarang tak sedia makan dah. diorang bayarkan trip je, makan sendiri-sendiri. bajet tak cukup bajet padahal kitorang bayar yuran banyak. takpe kita kena bersyukur ada trip percuma daripada tadak langsung heh.

back to Syaaban, masa kami sampai tu restoran ni sesak gila.
sampai nak cari table pun kena queue. bayangkan nak pilih makanan pun kena queue panjang berkajang.
kitorang selit-selit celah arab. lupa yang hari ni hari jumaat. kemain ramai arabs.
biasa lengang je tak payah beratur.

Ery dengan Nadh.

lepas order kitorang pun duduk borak-borak. first time saya duduk setable dengan Ery and Nadh. rasa janggal jugak mula-mula even kitorang sebatch. janggal dengan Ery la sebab tak pernah bercakap dengan Ery sebelum ni kecuali dalam meeting 2 tahun lepas tak silap. tu je lah.. tahun lepas pernah balik Malaysia sekali dengan diorang. masa tu tengok Ery macam garang betei. saya tengok Ery kot. muka dia masa bercakap dengan Nadh tak senyum pun. cemana Nadh boleh nak kawen dengan Ery neh. mihmih. *suka hati je kan cakap macam tuh tak baik!! haks*

borak punya borak, rupanya banyak gelak si Ery ni sebenanya. kalah Nadh. benda tak lawak sangat pun gelak macam apa dah. Nadh ni cakap jugak, tapi laki dia laaagi banyak cakap. okay la tu, complementing orang kata. dan mungkin jugak sebab dia dah selesa dengan perempuan sebab kan dia dah kawen. maka dia selesa la nak cakap dengan kawan perempuan.

point saya sebenar-benar kejadiannya adalah first impression tak selalunya betul.
kenal dulu kemudian baru tahu. jauh tak melencong sebelum masuk point sebanar? hahahaha

kena mengenanya sebab saya teringat masa playdate hari tu.
diorang (AJK batch) ada buat game yang kena tulis nama and opinion kita ataupun first impression kita dekat kawan sebatch (sebatch 40 orang) ni.
kiranya akan dapat 40 opinions untuk setiap orang. saya dapat palingg banyak orang komen kata saya pendiam.
i was like, huh biar benaaaa. celah mananya saya pendiam?
i am bising kot. tak pernah pendiam seumur hidup.

saya macam tak puas hati. saya pun tanya budak batch lain, Alon.
"Alon, Alon tengok Sal ni jenis pendiam ke senyap?"
"pendiam. pendiam kan?"
grrgrgrrr rasa nak gigit jeee Alon masa tuh. sebbaik i pakai braces. payah nak menggigit.

ces. tanak kawan dia. hahaha

saya tak pendiam pun. surrounding ni yang pendiam.
apa laa surrounding ni tak membina masyarakat sungguh.

okay la, nak gi kelas dah.
ciao~ :)







0 comments: