ads

Sunday 30 September 2012

forensic

hari ni shift kelas daripada ENT kepada Forensic and Toxicology, sepatutnya teruskan ENT sampai akhir bulan november, tapi tukar group, jadi subjek pun tukar jugak. =.=

masa tengah belajar forensic, cuba teka muka siapa yang tersengih2 dalam kepala ni?
jeng jeng jeng.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADDDAA!


Pornthip Rojanasunand
come greet my kekasih gelap. *salam tangan
dr. Pornthip
a Thailand forensic pathologist.
ganas tak muka dia? muka je ganas hati dia baik. [kot]
Nat Geo pernah buat documentary pasal dia ni. kira hebat lah tu kan?
siap ada bodyguard bermuka gangsta segala you!

dia pernah terlibat dengan kes bunuh mendiang Teoh Beng Hock (saksi penting SPRM dalam kes penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor)  yang dituduh bunuh diri padahal dibunuh dan dicampak ke bawah dari tingkat 14.
wallahua'lam sejauh mana cerita sebenar dia.
saya tak follow up sangat kes Teoh ni sebab media banyak putar belit. heh

but, the point here is I adore you dr. Pornthip Rojanasunand!
sampai muka awak yang masuk kepala saya masa saya belajar forensic tadi.
awak bangga tak? tak? hahaha. cesss!

i adore your hair more actually. berani gila you menghadap mayat dengan rambut macam tu.
sebab nak jaga aib, [takut sebenarnya] saya letak gambar awak yang paling solehah, ada lagi gambar rambut awak yang lebih ganas tahap tikam kepala orang. kan?
tak nak mengaku lah tu pernah buat rambut trojan kaler oren kan?

tapi saya letak yang ni sebab saya baik hati. kalau ada gambar awak pakai telekung sekalipun saya letak jugak. hehehe. peace yo dr!







*ada banyak cerita negatif pasal dr. ni, pandai-pandai lah tapis saring ye, ambik yang baik sudah.
**dah tengah malam ni, tiba-tiba rasa seram. erk. aiyyyokk tak tahuuuuuu

Friday 28 September 2012

senyumlah sahabat!

semalam kami dating berduet kat cafe Stereo, kat Tanta ni.
sebelum tu pergi Uni dulu sebab Imah nak recheck paper Microb dia, tp tak dapat jumpa dengan Doctor, so kami just jalan-jalan, pusing-pusing.
end up kat sini.


muka senyum ketawa segala
hati siapa tahu?



Imah, sal doakan Imah kuat!
win the courage!
Imah kata dia senyum hipokrit, sebab hati tengah sedih.
tak apa lah, hipokrit dulu, nanti ikhlas datang sendiri.




cheese madness. LE20 (RM10).
murah gila. dah lah besar gedabak.
saya makan ni sebagai pencuci mulut, tapi sebab besar sangat jadi macam main dish lah pulak.
hailaaa. =.=''
kalau tahu besar macam ni, order yang ni je cukup.
membazir duit gua!
tapi best jugak sebab kek ni sedap gila. serius.
sedap sedap sedap!



makan sampai jadi tanah rata.



agak lama jugak kami makan-makan, habis keluar semua cerita.
sengaja makan slow-slow sebab tak mahu balik rumah.
lagipun makanan kat sana saiz arab, pinggan semua saiz arab.
burger dalam menu nampak saiz kecik, bila dah ada depan mata, ya Rabbi...
diameter dia agak-agak dalam 15cm kot.
lepas nak dekat 2 jam lebih baru gerak balik.



*esok dah mula kuliah utk tahun 4, start a new mungkin? insyaAllah. :)


Thursday 27 September 2012

hilang

last night i dreamt of san pedro
just like i'd never gone, i knew the song.

- la isla bonita [madonna] 

_________________________________________________________________________________

bismillah. :)

lagu tak ada kaitan dengan benda yang tengah berkisar dalam otak ni hah
cuma terfikir
celah mana san pedro tu?


*senyum

ada banyak gila benda nak cerita
tapi tak tahu dari mana nak mula
hmmm

tunggu semua cool down dulu
ok?

jauh
pandang ke depan,
  fikiran melayang ke belakang
eh?




Thursday 13 September 2012

stop!


om nom nom!


4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

by Kevin Zahri



*Umi, asha nak berhenti lah makan ais krim. insaf.



Wednesday 12 September 2012

ricochet.


ric·o·chet
Noun:
A shot or hit that rebounds one or more times off a surface.
Verb:
(of a bullet, shell, or other projectile)
Rebound one or more times off a surface. eg : "a bullet ricocheted off the wall".

"you shoot me down, but i wont fall."
-titanium by david guetta
source


dalam hidup ni, saya jumpa ramai orang yang bersifat ricochet.
dengan kata lain, rebound.
contoh terdekat :
Bedah dapat keputusan SPM biasa-biasa sahaja, tapi dia rebound dari 'biasa-biasa sahaja' itu kepada dean-list, 4 flatter, muka pentas dan banyak lagi.
Biasa-biasa sahaja di sini bermakna memang terlalu biasa. Faham kan?
Gila tak gila Bedah ni, saban tahun, dia lah antara yang melangkah naik ke pentas menerima anugerah dekan. Hebat.

rebound tinggi terus.
pernah jatuh sekali, tapi reflex kepada kejatuhan, terus melantun ke atas.
bukan sekali, tapi berkali-kali.

normalnya, orang yang ricochet ni dia ada 'bulletproof'. sebab itu lah bullet tak tembus ke dalam. dan dirinya elok, tak terjejas.
dan cuba bayangkan, anda diserang 'peluru' daripada sebuah machine gun, 50g bullets at a speed of 700m/s.
agak-agak, anda ada 'bulletproof' tak?

'peluru' di sini merujuk kepada segala unsur negatif.
'bulletproof' pulak ialah iman yang dapat resist negatif itu dari meresap ke dalam diri.

oh ya.
kenapa saya tulis pasal ricochet?
kenapa pulak daripada cerita rebound pergi melalut sampai ke bulletproof?
tak tahu.
mungkin sebab saya lapar.


#tadak kheja. rindu nk tengok cerita SWAT kat tv.



Monday 10 September 2012

welcoming the new clan.


barakallah!
alhamdulillah.
5 syawal 1433.
as we welcoming the two new heroes of Abah.
Fauzi dan Fadhli
apa kes nama sejenis? tak ada variasi biologi sungguh.
welcome to the clan of kami adik beradik yang tak berapa nak senonoh dan huru-hara ni.
haha.  tapi kalau duduk separate plus ada tetamu kami semua jadi sopan.
adapt to it please dear bro.
teknologi berubah pantas, tapi perangai kami adik beradik berubah agak slow begitu.

oke, sekarang boleh lah pergi tebas rumput lalang belakang rumah Abah.
lepas tu cuci kebun kasi licin.
cepat! move move!
*orientasi freshies. kejam2. :)

_________________________________________________________________________________


old clan.
hujung kiri- kak Long. melayu panggil kakak iparku sayang.

pak aji : peace yo.
"eh, kita bukan lembu lah."
ingat? tak ingat?
minum susu Anmum bnyk2 supaya berhubung semua neuron, DHA dan gangliosida.
sini.
ingat dah? haaaa good girl!





learning how to fall.

a kcik-start for today. er maybe?
:")



3 hari lepas resit final exam.
penat gila.

pertama kali jatuh teruk, susahnya nak bangun balik.
susah. sangat susah.
dan Allah swt menjadikan semuanya senang sehingga saya mampu berdiri dan senyum untuk saat ini.
terima kasih Allah. untuk segala ujian dugaan air mata senyum ketawa segala.
sokongan Abah Umi adik beradik.
dan semangat sahabat2 yang 'paksa' bangun dari belakang.
alhamdulillah.

berbual-bual dengan kak Ina beberapa hari lepas.
saya tak ingat the exact date. tapi conversation tu lekat terus dalam kepala.

"kak Ina, susah gila kan tahun 3 ni? gila pun tak susah macam ni."
"lahhh. memang la. semua senior cakap tahun 3 susah. tahun paling horror. biasa lah tu. banyak subjek nak kena baca, faham, hadam. kalau baca faham sahaja, tak ada hal, tapi nak hadam tu masalah."
saya iakan saja.
"tapi bagi Sal la, tahun 3 sangat susah sebab 'the life in it' itu sendiri. bukan susah sebab kena hadam bnyk subjek, tapi susah sebab life sepanjang tahun 3 itu yang membawa kepada susah."
kata2 mati dalam hati. tak terkeluar.
entah la. tak semua orang faham.

malu nak mengeluh dengan ujian sekecil ni.
nak mengomel mempersoalkan ujian sepanjang tahun ni?
mengada2 dan kebudakan.
macamlah orang lain Allah tak uji. bahkan mungkin Allah uji mereka lebih berat.
saya sahaja yang sengaja pejamkan mata, pekakkan telinga.
tak mahu berusaha untuk mengalah dengan takdir.
malu dengan diri sendiri. serius malu.





andai saya jatuh sekali lagi.
mampukah saya bangun semula?
bangun berdiri senyum seperti hari ini?

*saya tak yakin. tergugat. hehe




#mari bilang berapa patah "susah" dalam entry ni. hahah. weng.

Sunday 2 September 2012

lapar.

ggGGGGAAaaahhh!!




but.




"asha, jaga pantang tu yg doktor suruh. jangan makan makanan sejuk2."

dari dulu , sampai sekarang Umi tak pernah missed utk pesan benda ini setiap kali call.

Umi pun tak pernah tak ingat nak taip ayat ini setiap kali hantar mesej.

i was like O_0! *anak derhaka

ice cream is like a vitamin. you need it for your next heart beat.

bilakah mahu adil dunia ini?