ads

Monday 10 September 2012

learning how to fall.

a kcik-start for today. er maybe?
:")



3 hari lepas resit final exam.
penat gila.

pertama kali jatuh teruk, susahnya nak bangun balik.
susah. sangat susah.
dan Allah swt menjadikan semuanya senang sehingga saya mampu berdiri dan senyum untuk saat ini.
terima kasih Allah. untuk segala ujian dugaan air mata senyum ketawa segala.
sokongan Abah Umi adik beradik.
dan semangat sahabat2 yang 'paksa' bangun dari belakang.
alhamdulillah.

berbual-bual dengan kak Ina beberapa hari lepas.
saya tak ingat the exact date. tapi conversation tu lekat terus dalam kepala.

"kak Ina, susah gila kan tahun 3 ni? gila pun tak susah macam ni."
"lahhh. memang la. semua senior cakap tahun 3 susah. tahun paling horror. biasa lah tu. banyak subjek nak kena baca, faham, hadam. kalau baca faham sahaja, tak ada hal, tapi nak hadam tu masalah."
saya iakan saja.
"tapi bagi Sal la, tahun 3 sangat susah sebab 'the life in it' itu sendiri. bukan susah sebab kena hadam bnyk subjek, tapi susah sebab life sepanjang tahun 3 itu yang membawa kepada susah."
kata2 mati dalam hati. tak terkeluar.
entah la. tak semua orang faham.

malu nak mengeluh dengan ujian sekecil ni.
nak mengomel mempersoalkan ujian sepanjang tahun ni?
mengada2 dan kebudakan.
macamlah orang lain Allah tak uji. bahkan mungkin Allah uji mereka lebih berat.
saya sahaja yang sengaja pejamkan mata, pekakkan telinga.
tak mahu berusaha untuk mengalah dengan takdir.
malu dengan diri sendiri. serius malu.





andai saya jatuh sekali lagi.
mampukah saya bangun semula?
bangun berdiri senyum seperti hari ini?

*saya tak yakin. tergugat. hehe




#mari bilang berapa patah "susah" dalam entry ni. hahah. weng.

0 comments: