Jumaat, 2 ramadhan 1436.
Hari mulia, bulan mulia.
Mak achik kembali menemui Penciptanya yang paling dirindui awal subuh pagi tadi waktu Malaysia.
Saya seakan tak percaya.
Semudah itu.
Arwah mak tak sakit apa-apa. Sabtu masuk emergency, stroke membawa kepada pendarahan dalam kepala, dx as intracranial hemorrhage. Atas faktor usia doktor menasihatkan tak buat craniotomy, komplikasinya lebih teruk mungkin. Keadaan mak stabil, doktor nasihat bawa pulang ke rumah. Dekat dengan anak-anak, hilang sedikit stress mak. Mak sedar cuma tak responsive. Seminggu lepas tu mak pergi untuk selamanya.
اللم اغفرلها وارحمها
al-Fatihah.

"Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata : "sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu orang dilimpahi dengan pujian daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk." - surah al-Baqarah 155-157
Sabda Nabi s.a.w :
ما من شيء يصيب المؤمن حتى الشوكة تصيبه الا كتب الله له بها حسنة او حطت عنه بها خطئية"Tiada apa pun yang menimpa seseorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)." riwayat muslim
3 comments:
Al-Fatihah. so achik tu sempat tak jumpa mak dia?
Al-Fatihah. so achik tu sempat tak jumpa mak dia?
sempat. :')
Post a Comment