ads

Wednesday, 1 February 2012

kehujanan.

Assalamualaikum. :)

mutakhir ini Tanta asyik hujan dan hujan. (perlu ke guna mutakhir? haha)
beberapa hari lepas hujan lebat gila. tapi sekejap sangat, dalam 58 saat begitu.
dan subuh pagi tadi hujan lebat lagi. kali ni lama jgk, 3 minit ada kot.

pelik ke kalau hujan lebat?
kat sini hujan lebat lama-lama memang pelik, sebab Mesir sangat jarang hujannya.
kalau ada pun, renyai-renyai 2 3 kali setahun sebagai tanda perubahan musim.
kalau tiba-tiba hujan lebat, semua jadi seram! dah nak kiamat ni.


rumah kebasahan.

kan pagi tadi hujan lebat, saya pulak jenis tak tutup tingkap bilik. tingkap bilik ada dua lapis. (lapis?)
saya tutup tingkap paling dalam je, yg luar satu lagi tu saya biarkan terbukak. senang nak mengintai matahari.
disebabkan hujan lebat menggila tu, tempias dia masuk ke dalam bilik.
habis basah semua buku atas meja study. bercampur-aduk segala warna dia. T_T
nota-nota yg saya tampal kat dinding semua basah kuyup sampai boleh diperah-perah buat jus.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
nasib baik laptop berjaya diselamatkan. alhamdulillah.
gambar kejadian tak sempat diambil memandangkan jurukamera saya masih tidur pada masa itu.
sekian sahaja laporan untuk hari ini. 
thankies! :)



enjoying the rain. 




Doa semasa hujan : 
 اللهم صَيِّبًا نافعًا
Allaahumma soyyiban naafi'an.
"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat."





nota kaki:
bagi sesiapa yg masih tak kenai Tanta, mari saya beri pencerahan.
Tanta adalah sebuah pekan kecil, 94 km dari Kaherah, dihuni lebih 500 ribu rakyat yg comel-comel dan kacak-kacak belaka. 
ia sangatlah maju dan moden dengan purata 1 dalam 5 orang memiliki galaxy tab 10.1.
anak-anak mudanya mahir menunggang kuda dan semestinya jaguh dalam sukan polo.
ibu-ibunya pula mempunyai suara nyaring, pandai bergusti tetapi amat baik hati.
jemputlah melancong ke Tanta. the paradise of Egypt u know!

wanna know the truth? go gooooogle.




2 comments:

KeMa said...

haha... sini baru hjan jh... iklim sesuai untuk hibernate...

BuTterfLyBuDdy said...

sal,sal....