ads

Friday, 23 December 2011

berita gembira berduet.

i got 2 good news here.


dedicated for the birthday boy :
i love the way he smiled. muka suci.


satu :  21/12/11
happy 15th birthday! 
semoga Ame menjadi anak yang soleh, penyejuk mata Abah dan Umi.
ingat, redha Allah pada redha mereka.
semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati Allah swt.


dua :  22/12/11
TAHNIAH untuk keputusan PMR!!
7A's and 2B'S.
apalah sangat 2B'S tu. jangan risau lah.
Allah dah susun yang terbaik, insya Allah.
belajar rajin-rajin ye tahun depan.

oh satu lagi.
tak kisah lah masuk sekolah mana-mana pun.
sekolah planet marikh sekalipun, kalau tak reti 'bentang sejadah' tak guna jugak kan?
jom kita sama-sama mumtaz dunia dan akhirat.


"the most beautiful thing in this world is to see your parent smiling and knowing that you are the reason behind that smile."-quoted



You had made Abah and Umi proud of you. alhamdulillah.
and one thing for sure, i definitely happy for your excellence. keep it up!






*salam sayang banyak-banyak dari belakang piramid.
*asha balik ni, jangan lupa belanja. ini adalah kewajipan ke atas kamu. hahah


Friday, 16 December 2011

realiti.

kita cenderung untuk memandang kepada keburukan manusia.
walau segunung kebaikan yang jelas terkesan pada kehidupan, tapi secubit keburukan jualah yang dicanang seisi alam.


kita = manusia = saya.






Tuesday, 13 December 2011

praktikal terindah.




2.02 petang.
Dr. Wafa' masuk kelas, awalnya masuk kali ni. tak sempat saya nak berguling-guling selepas 2 jam tepu dengan kuliah pharmaco Dr. Walid sekejap tadi.
daripada baris meja ketujuh di belakang nun, saya beralih ke meja depan sekali. dengan niat suci, akan memberikan sepenuh konsentrasi untuk praktikal petang ni. acececece
padahal, kuliah Dr. Walid tadi sangat penuh sebab tu dapat seat belakang. sekarang, untuk praktikal ni, pelajar sudah tinggal separuh, seat pun banyak tak terisi.
"biasa praktikal pharmaco sekejap je kot. boleh la balik awal hari ni!" saya memujuk hati dengan bersungguh-sungguh.


3.19 petang.
malam tadi tak cukup tidur, perut kenyang makan shawarma ayam dekat The Hut tengah hari tadi, suasana petang ni pulak suram dan sedikit sejuk, kelas gelap-gelap, tajuk pharmacodinamic hari ni agak membosankan, sistem pengajaran dan pembelajaran menggunakan slides 100 peratus, seharusnya tidur dalam kelas adalah satu-satunya pilihan terbaik untuk anda.
tapi niat dibatalkan apabila ternampak 2 orang jejaka kacak di belakang saya sedang fokus memandang ke slides dengan dahi berkerut serius. pehhh. ini tak boleh jadi. malu kalau mereka perasan saya tidur. perhatian kembali terarah kepada Dr. yang tak berhenti-henti bercakap.
saya pun bangun, "Dr. can you give us a break for..err..maybe 5 minutes?" kata saya tegas. tapi dalam hati je lah. hahah


3.50 petang.
fuuhh. lagi 10 minit. sabar, sabar.
memang langsung tak faham apa yang ajar kat depan, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. satu haram tak melekat kat kepala. cepatlaa habis. saturated sangat dah ni.
mata saya bersinar-sinar bila Dr. nak click butang pangkah kat slides tu. ini sudah bagus!
tapi, harapan berderai apabila Dr. cakap "ok,lets continue to our next session. Depression."
satu kelas bising, memang kena sangat tajuk session hari ni. DEPRESSION. har har har
lalu, kami pun belajar, belajar dan belajar lagi sampai sawan.


4.10 petang.
akhirnya! habis jgk slide ni! banyak gila. seisi kelas sedang sibuk kemas buku segala. dan tiba-tiba.
"no no, please wait, i have my last 2 words for you. emmm.. for our experiment today, spinal cord stimulants."
wutttt? wuttt? salah dengar ke? mustahil sebab saya duduk baris paling depan.
aaaaaaaaaaaaaaaaaa.
terpaksa bukak buku semula. bukan 2 words, tapi 2 million words. keh keh keh.


4.25 petang
"do you have any question?"
"nooooooooooooo." bergema kelas tu. pantas dan padat.
lepas dapatkan tanda tangan Dr. untuk buku praktikal, kami pun marathon pulang ke rumah.
asar belum settle, maghrib tinggal lagi 30 minit.
kelas tadi di tingkat 5, berjalan kaki dari universiti sejauh 1.5 kilometer, panjat tangga ke rumah di tingkat 6.


letih la. kalau hari-hari macam ni.



tapi,
saya mula sayang kehidupan kalut-riuh-takcukupmasa macam ni.
saya tak ada banyak masa untuk merewang-rewang tak ada hujung pangkal.
saya tak ada banyak waktu untuk fikir apa jasa orang lain pada saya, cukup hanya mempersoalkan apa jasa saya pada mereka.
saya tak ada banyak ruang untuk bermain-main dengan amanah dan tanggungjawab.
saya sudah terlalu sibuk.





berdoalah agar kita tidak terlalu disibukkan dengan dunia sehingga kita terlupa dan tiada masa untuk Dia di atas sana.
learn to pray, not because you need something, but because you ought to thank Him about everything.
just say your pray. tak susah kan?
(:








*shawarma : kebab

Monday, 12 December 2011

parasit!



mulakan hari indah dengan menonton video di atas. hahah.
diorang tengah kutip ascaris daripada usus.
ascaris buat spagetti goreng. nak?

Ascaris lumbricoides adalah sejenis cacing parasit yang hidup dalam usus kecil manusia. Mereka boleh berpindah-pindah, memberi kesan kepada organ-organ yang lain, seperti hati, paru-paru, jantung, otak dan selainnya.
Dalam parasitology ni, kalau parasite tu nama Ascaris, penyakitnya akan jadi Ascariasis, parasite Fasciola, penyakitnya Fascioliasis, parasite Schistosoma, penyakitnya Schistosomiasis. Ada jugak penyakit bawaan parasite yang tidak menggunakan sistem suffix macam ni.

Untuk tahun 3, saya kena hadam segala jenis parasite yang menjadikan badan manusia sebagai syurga dunia mereka. Tak banyak pun, lebih kurang 90 jenis sahaja. SAHAJA.

.
Antaranya :
 Fasciola gigantica
Fasciola hepatica
Clonorchis sinensis
Opisthorchis felinius
Opisthorchis viverrini
Heterophyes heterophyes
Metagonimus yokogawai
Fasciolopsis buski
Paragonimus westermani
Schistosoma hematobium
Schistosoma mansoni
Schistosoma japonicum
Echinococcus granulosus
Echinococcus multilocularis
Taenia saginata
Taenia solium
Hymenolepis nana
Hymenolepis diminuta
Dipylidium caninum
Diphyllobothrium latum
Ascaris lumricoides
Enterobius vermicularis

semua tu saya dah belajar, tapi saya tak ingat semua pun. masih baaaaaaaanyak lagi yang kena belajar, ini pun sudah muak!

mula-mula belajar parasitology ni, nak sebut nama sekor-sekor pun tak reti.
terbelit lidah, gigi dan gusi.
tapi lama-lama, boleh la. hafal nama parasite macam hafal sifir. nama je la, tak termasuk dengan nama semasa mereka melalui larval stage, diognastic stage, dan infective stage. nama mereka akan berubah-ubah setiap kali bertukar stage. mencik lah!

dan yang paling bestnya, terdapat sesetengah parasite yang mendiami siput untuk melengkapkan kitaran hidup mereka. contohnya, untuk Fasciola gigantica, siputnya adalah Lymnaea cailliaudi. untuk Schistosoma mansoni, siputnya adalah Biomphalaria alexandria. semua tu kena hafal. selagi anda tak kena demam kuning, selagi tu kena hafal. faham kan?

terdetik dalam hati, kalau lah saya jadi cikgu tadika. kan senang......
melainkan jadi susah kalau anak murid saya mempunyai nama semirip dengan spesis parasite.
jenuh gua nak panggil sorang-sorang kalau masuk waktu makan nasik.

tapi, Abah selalu pesan, tak ada benda yang senang dalam hidup ni, ye tak?

oh ya. esok ada kuiz parasite. semoga baik-baik semuanya.






This girl has cancer but that didn't stop her from dreaming and drawing her self hair in the mirror.





*semoga saya istiqamah. aminnn.
*boringnya buat entry skema-skema. maaf.



Saturday, 10 December 2011

kuiz makan.

huih penat.

3 minggu berturut-turut ada kuiz. minggu 1 pharmaco, minggu 2 microbe dan pathology. minggu 3 parasite. [parasit sungguh la!]
dan minggu depan satu lagi, akan ada kuiz pharmaco sekali lagi. naisssss. (_ _!)

minggu ni plak, kena memasak 24/7. sebab salah tengok jadual. hahah. makanya, 4 hari berturut-turut kena memasak.

tak ada masalah kalau kena memasak, walaupun terpaksa ambik masa sejam untuk memasak, esp untuk makan malam, saya rasa puas hati sebab housemate semua makan sampai licin. even x sedap sgt, tapi diorang tak pernah nak berkira. semua boleh masuk perut. dan yang best nya, kitorang berlima makan dalam dulang setiap hari khamis, jumaat dan sabtu. hari-hari lain tak makan sekali sebab dapat makan tengah hari daripada universiti, yang ini kita cerita belakang. kah kah kah.

makan dalam dulang, salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah. insya Allah (:
rumah lama tak pernah buat macam ni. kalau buat pun hanya sekali, masa tu tak cukup pinggan sebab sambut hari jadi dan tetamu ramai. sangat rugi kan?



Ukhwah mrupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW :
"Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih sayang kerana ALLAH dan marah juga kerana ALLAH"





ahli beit lama. haishhhh.
entah lah. kalau berjumpa, kami akan berusaha untuk mengelak daripada bertemu mata. ambik tembok besar china, letak depan anak mata. nak tegur? jauh sekali. semua ego tinggi mengalahkan gunung everest.

let the time heals.










Sunday, 20 November 2011

bekki.


a picture never lie.






sedang perbaikpulih blog. dah hilang nuffnang adds, twitter, serta gadget bergantungan.
aisshhh..rasa macam nk delete blog terus.



hilang minat laa.
=.=



Friday, 11 November 2011

hidung sejuk.


rumah dah dapat internet. YEAY!!

tapi

laptop xleh guna sbb x ada charger. YEAYY!!

bila laa charger nak sampai ni.........





syita' tahun lepas



sekarang tengah syita' (winter), sejuk dia tahap dewa langit ke tujuh. bangun subuh kena fikir 17 kali sebelum sentuh air. kuasa air pada pukul 3-4 pagi mampu menyebabkan anda terasa seperti terkena renjatan elektrik dan menggelupur dalam bilik air tanpa segan silu.

bilik baru saya ada satu bilik air, tapi x ada heater. makanya terpaksa berwudu' guna air batu. kemudian sembahyang subuh sambil terketar-ketar. sama macam nenek anda yang berusia lewat 80-an, menghidap penyakit parkinson sedang sembahyang. tapi nenek tu mampu baca doa lepas sembahyang subuh, saya kadang-kadang tak terbaca doa langsung sebab katil nampak sangat seksi dengan cadar warna merah petak-petak.

malamnya sejukkkk. cabaran untuk stay up revise segala cacing-cacing parasit.
pakai baju 3 helai, stokin 2 pasang, rambut kasi tutup cuping telinga, 1 teko kecik teh O limau panas.
terasa bagai di syurgaaaa.
bonus untuk comforter lembut dari kepala sampai kaki.

duduk cantik-cantik, bukak buku..bismillahhirrahmanirrahimm..



2 minit..













10 minit.....










zzzzzzzzzz
mimpi pergi ostolia main koala.





#in the mid of study, tiba-tiba bunyi kompang. kuat gila.
panggg panggg pongggg panggg panggg panggg.
persiapan untuk walimah senior tahun 6 jumaat ni. Abang Rusydi dan Kak Ja. Mabrouk2!
barakallahu lakuma

Tuesday, 4 October 2011

hurup wau.


Pertama kali tengok "Tanyalah Ustaz" kat tv9, padahal dah nak dekat 2 bulan merewang-rewang depan tv. shame on me. *ambil bantal kecik, pergi tidur bawah meja*

Semalam dah dapat jadual kuliah utk tahun 3 secara pejabatnya. (officially)
tapi masih x tahu termasuk dalam group mana. tahun lepas group D sebab dia sorting guna nama jawi.
kan hurup wau adalah yang terkebelakang maka, group D terkenal dengan orang2 gorjes dan hensem membawa nama 'wan'.
padahal kalau sorting guna nama rumi pun, hurup dabelyu (w) memang azali lagi duduk terkebelakang dan terkebawah. kesian dia.



jadual tampak agak loose.tak tahu sama ada jadual ni akan berubah atau tidak sebab kebiasaanya, Doc memang jeles kalau nampak kami, msia students duduk lepak-lepak makan pizza harga LE 1.50 kat belakang gama'ah . (universiti)

tiba-tiba rindu nak pergi kuliah. heh.
semoga saya akan rajin-rajin pergi kuliah macam dolu-dolu. ewwaaah



perempuan memang pemalu ea? :')



oh ye, Abg Tan aka Amir akan mula PMR pagi ni. doakan Amir dipermudahkan semua urusan peperiksaan dia. cepatlah habis examm, dan balik duduk rumah dengan saya. yey! :)

Sunday, 2 October 2011

emo.

lu emo, bukan gua.

perempuan, kalau bercinta, cerdik sikit, boleh?
bercinta pakai otak, boleh?
kalau bercinta, gunakan semua gyri dan sulci, boleh?
jangan jadi bodoh sangat.
boleh?


oyak bodo kang, marohh.
huh!

# orang yang dekat dengan anda, melakukan hubungan intim sebelum akad nikah yang sah. and for worst, saya seolah-olah menghalalkannya. damn!

Friday, 30 September 2011

kembali ke pangkal jalan.

pada 15 Oktober 2011, saya bakal menyertai mereka.

mak cik comel jual tisu - kaki lima jalan otw ke Awwal Bahr



pak cik jual belon - depan Awwal Bahr



abang bunga - tepi jalan Maarad




budak-budak jual air - di Medan Sa 'ah


menyertai hiruk pikuk kehidupan mereka.
berkongsi syawarma (kebab), berebut aruz billaban (seperti puding), menghirup a'sirr mangga (jus mangga) di bawah matahari terik, sambil tuan kedai jeling dan buat bodoh kat budak melayu yang tengah berebut2 nak bayar. sebab? hentah!

kembali menelefon restoran makanan segera untuk delivery, sebab balik kuliah lepas asar-tak sempat masak. (malas sebenarnya)

kembali bercakap indon, sebab nak beli lauk makan malam dengan ostaz-ostaz indonesia.

kembali berdebat bayar bil gas,air,eletrik dengan tuan rumah, sebab x faham dia cakap arab cepatpekat sangat.

kembali sebut "assalamualaik, izayyik mama?" setiap kali bump into tuan rumah. sedikit hipokrit (banyak) sebab terpaksa senyum padahal panas hati bila dia selalu potong wifi.

kembali gosok baju kurung 5 pasang pd hari sabtu setiap minggu, sebab malas nk gosok tiap-tiap pagi.

kembali menunggu hosmet siapkan laundry dia, sebab dia jenis basuh baju selama 3-4 hari baru siap. buat pekasam agaknya.

kembali mematuhi jadual memasak, jadual pergi pasar, jadual laundry segala. perlu komitmen yang x berbelah bagi.

kembali berjalan ke kuliah sejauh 1 km, sambil menyapa senior-junior di depan belakang.

kembali makan lunch free kat malaysian hall, setiap ahad sampai rabu, sebab dean sayang pelajar malaysia bagai menatang RON95 yang penuh. minyak mahal, rugi kalau tumpah.








hidup kat Mesir ni, hati kena sental kasi keras sikit. sebab banyak benda yang kita tak sangka, tak jangka boleh jadi, tiba-tiba terjadi tepat depan mata.

4 tahun lagi, insyaAllah.
Ujian banyak. Nikmat lagi banyak. Tunggu kita nak pilih, antara syukur atau kufur.
semoga baik-baik sahaja di sana. :)


#arab mesir memang suka bergambar, pantang nampak saya angkat kamera, dia suruh tangkap gambar dia. wuuuu, tak malu.
#font entry ni kecik-besar-kecik, saya malas re-edit. biyo ler, kan unik.



Thursday, 29 September 2011

encik Abah.

"Asha, macam mana nak search blog Husam Musa?" abah hensem.

"emmm. Abah tahu x link blog dia macam mana?" saya jawab, tapi mata masih lekat kat CSI : Miami, Horatio Caine tengah tarik spek hitam dia keluar dari poket.

"Abah ada salin, tapi x ingat letak kat mana." beliau jawab acuh tak acuh.

"emmmm. Abah search kat Google tu, result top search atas sekali tu kot blog dia. try la tengok. kalau x dapat, jap lagi asha naik." saya menoleh ke arah abah yang tengah guna laptop kat atas, tak boleh miss scene CSI ni, nanti tak paham ending dia macam mana. [padahal alasan malas bergerak]

"tak dapat laa sha.. macam mana nak search?"abah confuse. "huh? ooh. jap-jap." berlalu meninggalkan coroner yang tengah menggerudi kepala mangsa.

kletuk-kletuk *bunyi keyboard diketuk*

lepas jumpa blog tu, Abah tiba-tiba senyum. tanda terima kasih mungkin.

Malam tu, saya cek history kat Google sebab nak cari sesuatu, then ternampak blog yang saya carikan untuk encik Abah petang tadi. tapi tarikh blog itu dibuka adalah 2 hari sebelum. aiyakk!!

aaaaaa.grrrrrrrrrrrrr. patut lah Abah senyum-senyum!

****************************************************


"Asha, youtube tu guna untuk apa?" abah dengan muka serius 4 megawatt bertanya.

"Youtube tu orang guna untuk cari video. semua jenis video la asalkan ada format video. hahah. lepas tu orang guna untuk bla bla bla bla bla bla bla." jawab saya dengan prihatin. agagaga

"Oooh. macam mana nak bukak youtube ni? taip kat mana?" beliau bertanya lagi.

"Ni, abah taip je kat sini, pastu tekan search." sambil tunjuk2 kat screen. Muka abah senyum-senyum.

"Asha, x payah ajar abah tu. abah dah tahu laa youtube tu macam mana. abah saja je nak test asha tu. baru-baru ni abah bukak youtube sebab nak tengok ceramah ustaz Azhar Idrus, masa tu Adi x ajar pun abah. abah rilek je bukak sendiri." Adi mencelah sambil mata tak lepas daripada homework matematik dia.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Abah terkekekekekekeh gelak. Lepas tu, beliau pun bukak youtube, tengok video Umi Hafilda. cehhh. terkena gua.

**********************************************

Dah banyak kali Abah buat macam ni, tapi ni je yang saya ingat. Nak test anak-anak katanya. Sebab tu, lain kali kena tanya abah, sama ada betul2 tahu atau tidak. Saya punyalah semangat explain pasal itu ini, rupa-rupanya beliau dah tahu!



encik Abah dengan muka innocent :)


Tinggal lagi 2 minggu nak balik sana, Abah dah start suruh listing barang-barang yang nak bawak balik. Setiap kali makan nasik, setiap kali tu Abah pesan macam-macam., dari soal belajar sampai soal kahwin segala. lol

Abah pernah pesan, kalau kita tak puas hati tentang sesuatu, just shout it out, jangan simpan. Berterus-terang itu lebih baik. Abah cerita, abah ada satu je yang abah regret sampai sekarang. Dulu sebelum Tok Wan meninggal, abah tak pernah terfikir nak belikan Tok Wan motor baru. Tok Wan pakai motor buruk tu untuk hantar anak-anak sekolah sampailah anak-anaknya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Saya tanya kenapa abah tak belikan Tok Wan motor baru, sebab masa tu, motor tu dah uzur sangat, tunggu saat nak rebah sujud ke bumi je. Abah jawab, masa tu abah tak pandai fikir, tak tahu nak mendahulukan siapa dalam hidup dia. Lepas Tok Wan pergi, baru abah terasa menyesal sangat. Tapi abah kata, kalau abah beli motor satu lori pun, tak ada guna, sebab Tok Wan dah tak ada. Saya boleh nampak muka abah berubah lepas abah cerita tu. Ada kekosongan dalam hati abah, rindu Tok Wan barangkali. :'(

Abah kata, konklusinya, kalau kita ada sesuatu yang nak dizahirkan untuk ibubapa, cubalah zahirkan. Jangan tangguh-tangguh, nanti menyesal macam abah. Dan saya tak pasti sama ada abah pernah beritahu orang lain perihal penyesalannya yang satu ini. Dan mungkin juga, ini hanyalah cerita rekaan untuk memberi kesedaran kepada anaknya yang terlebih 'istimewa' ni, tapi ianya sarat dengan pengajaran.

Ianya mahal dan susah nak dapat, terima kasih abah!



"Your parents are a gift for you, cherich them."
- islamicthinking

Monday, 26 September 2011

bahagia itu ada.


Lelaki tua ini sudah cukup bahagia dengan senaskhah al-Quran buruk di tangan dan seekor kucing yang setia menemani langkahnya.


"Bahagia, belum tentu ada di istana, tak semestinya sarang derita di gubuk buruk"
-Mim-







Dan saya menjadi orang yang terlalu mahu dan mahu, sampai terlupa apa yang terlalu perlu. Allah.... :(
Benarlah kata Ustaz Hasrizal, perkara yang paling susah adalah berubah.



Monday, 5 September 2011

perbezaan.

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other
(jason mraz : life is wonderful)

What's the point if life comes easy
You crash, you burn and you fly, You're free
here we go, are you ready?
Here we are just keeping it steady
Cos this life just got one shot
We gotta break through till we reach the top
(busco : r u ready)

Even when the world tries to pull me down
Tell me that I can't... try to turn me around
I wont let them put my fire out
But if I keep going on it will never be impossible
Not today
(dima bilan : believe)

Lirik lagu mereka mampu mendidik, mengajak kita berfikir dan mencipta impian. Mengajar kita bahawa life goes for circle. Mengajar kita, kalau nak naik tangga, kena satu-persatu. Sama jugak, kalau nak dapat phD, kena ada Master's degree dulu.





Another head hangs lowly,
Child is slowly taken.
And the violence caused such silence,
Who are we mistaken?

But you see, it's not me, it's not my family.
In your head, in your head they are fighting,
With their tanks and their bombs,
And their bombs and their guns.
In your head, in your head, they are crying.
(the cranberries : zombie)

Lagu mereka juga mengajar kita tentang sejarah. Lirik lagu Cranberries di atas bercerita mengenai konflik antara Ireland Utara dan England suatu ketika dulu.






Ten years old it's something to see
Another kid my age drugged under a jeep
Meanwhile, the leader just talks away
Stuttering and mumbling for nightly news to replay

And the rest of the world watching at the end of the day
both scared and angry like "what did he say?"
(linkin park : hands held high)

'Hands held high' mengisahkan political time-line sewaktu perang. without pointing at any specific war, not just the current war in mid-east. Ironi perang cuma satu, menyedapkan perut pemimpin dunia.


Lirik lagu kita? Jarang sangat yang dapat mendidik masyarakat. Balik-balik pasal cinta, pasal rindu. Sepak mau??

Kecuali lagu M.Nasir dan Too Phat/Malique. Liriknya sinis kena batang hidung.

Jadi, kalau nak dengar lagu, marilah kita dengar lagu mat saleh dan fahamkan lirik. Jangan tengok music video lagu tu, nanti kompom tak lalu nak dengar lagi lepas tu. mat saleh kan otak kuning sikit, so diorang buat video pun agak kekuningan lah.

Lets educating the public baby!





#sebaiknya, perbanyakkan mendengar bacaan al-quran dan zikrullah instead of those mat saleh punya lagu. Dijamin selamat dunia akhirat.



"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram"
(Ar-Ra`d:28)

acececece. Soleh sungguh ayat beta.

al-kisah abang tan.

2007.








2008.







2009.




2010.



2011.





everybody's changing, so do him. sudah hensem sekarang ni. hahak.

abang tan ni dah balik ke asrama sabtu lepas, askar wataniah kat rumah sudah kurang satu. rindu la nak buat ice blended dengan abang tan! :(

Sunday, 4 September 2011

with you right here, i am a rocketeer!

Mulakan hari dengan ini.



saya sudah ada banyak masa. bersepah-sepah ni.
nak mengadap axn pun, tv tak ada. mengadap buku? malas. =.=

dengan adanya blog ni, tumblr saya terabai. kesian dia. patut lah 2-3 hari ni nampak susah hati benar tumblr tu. kemurungan plus on pms. hahah

sape nak melawat mangsa kemurungan boleh ke bukandslr.tumblr.com sebelum dia bunuh diri dengan terjun bangunan kbmall. (pastikan mati sejurus selepas terjun ye, nanti malu kat abang bomba nak usung kamu!)

"when i start, i dont need roses. when i stop, nobody knows."
(copy-edit-paste from rocketeer : far-east movement)


Sunday, 28 August 2011

tidak tahu.

serius. tak tahu nak tekan hurup apa untuk post sulung ni.
seperti si Ibu beranak sulung, disuap bayi-2-hari nya dengan jeruk nanas. pehh sedapppp!
banyak benda, tapi tak tahu nak cerita apa.
esok-esok lah.
melayu dan bertangguh serasi bersama. yes, its damn true.